PEMBUKA BICARA

Apa yang tertulis di laman blog ini datang daripada lubuk hati saya yang paling dalam dengan niat yang ikhlas. Untuk yang sudi mengikuti blog ini, terima kasih saya ucapkan dan untuk yang terguris hatinya dengan pengisian blog ini, salam kemaafan yang saya pinta. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya daripada diri saya sendiri. ~AYU AMRON~

Khamis, 31 Mac 2011

KATA MAMA

Sewaktu nasi tumpah ke tanah
Kata mama, ia bukan rezeki untuk kita
Saya memandang putih mata
Mencari makna pada usia yang terlalu muda.


Sewaktu petang menua pulangkan warna terang
Kata mama, itulah anugerah Tuhan untuk kita
Saya merenung dalam penuh tanya
Mencari makna malam dan gelap yang datang.


Sewaktu usia membawa saya kepada remaja
Kata mama, ia adalah tempoh yang paling mahal
Saya mengira dengan akal
Mencari berapakah mahalnya harga usia.


Kata mama, maruah adalah cinta
Hanya satu tiada dua
Anugerah paling berharga, jagailah ia dengan nyawa.


Kata mama, perempuan adalah rahsia
Penuh rasa malu tercipta
Tanpanya benteng takkan tega
Menongkah perit cubaan dunia.


Kata mama, lindungilah dirimu wahai anak
Dari sinar panahan syaitan
Yang menunggu waktu kau layu
Ia mencarimu disetiap yang bernama keseronokan.


Kata-kata mama saya simpan dalam peti azimat
Buat bekal di perjalanan
Apabila saya terasa hidup ini cukup penat
Ia akan jadi pedoman yang mengingat.


Kini,
Setika saya sudah dewasa dan memamah erti hidup
Dengan segala rasa payah, saya mencari makna kata-kata mama


Saya pegang amanah maruah
Saya junjung beban kasih yang melimpah
Hanya kerana pesan mama, bahawa
Cinta itu wahai anak
Bukanlah benda yang dapat dicari
Tidak juga boleh dibeli
Jauh lagi untuk dimusuhi
Pun bukan untuk dipenuhi
Atau untuk dibinasai.


Cinta itu wahai anak
Adalah yang mewangi bila diuji
Yang tabah bila disakiti, yang redha bila dilukai
Yang tidak hilang bilamana musim berganti.


Kau akan berjaya
Bila siang yang terang tidak mampu memanah kulitmu
dan malam tidak mampu menggelapkan hatimu
dan ujian tidak mampu meruntuhkan dirimu
dan cinta tidak mampu menurunkan darjatmu
dan kegembiraan tidak mampu membeli kekhusyukanmu
dan pada ketika itu
kau akan merasa dunia ini manis dalam ujian yang pilu
kau akan dapati indahnya ketekunanmu memelihara malu
pada ketika cinta sejati yang Tuhan kurniai
tidak mampu mendorongmu menyerahkan harga diri.


Sebaliknya,Kau tetap segar dan mekar
Di dalam pagar syariat yang kukuh, utuh dan ampuh
Kau melindungi diri
Kau dilindungi Tuhan Yang Maha Tinggi.


Demikian, pesan mama saya simpan
Di sudut hati yang paling suci
Mengisi segala nilai-nilai murni.





Selasa, 29 Mac 2011

MENCARI KASIH KEKASIH- BAB 1-

BAB 1:
Zaharah ralit memerhati dedaun pepohonan yang mulai gugur satu-persatu memenuhi lantai bumi Christchurch. Musim luruh sudah sepurnama menjadi tetamu di bumi Christchurch. Walaupun musim sejuk masih belum menampakkan bayangnya namun, segelintir penghuni Christchurch sudah mula terasa kedinginannya yang bagaikan mencucuk-cucuk ke dalam tulang hitam mereka. Zaharah juga turut merasakannya. Merasakan tempias angin musim sejuk yang bakal menjenguk siswa siswi Christchurch di sini. Namun, keadaan itu tidak sedikitpun mencacatkan rutin harian mereka di sini yang sedang dahagakan ilmu.
            “What are you looking at?” Tegur satu suara garau yang cukup dirindui Zaharah.
            “Nothing.” Balas Zaharah sambil tersenyum ke arah Eddy Edison, anak muda yang sudah banyak membantunya sepanjang berada di bumi asing ini. Anak muda yang sudah hampir tiga tahun menyulam kasih bersamanya.
            “Bermenung.” Teka Eddy.
            Zaharah mengulum senyum mendengar kata-kata Eddy. “Bukan bermenung tapi termenung.” Ujar Zaharah membetulkan kesalahan penggunaan kata imbuhan oleh Eddy.
            “Oh, wrong again.” Keluh Eddy.
            “It’s okay. You still can learn.” Pujuk Zaharah. Dia gagum dengan kebolehan Eddy bertutur menggunakan Bahasa Melayu kerana sangat susah untuk menemui seorang lelaki berbangsa Inggeris yang boleh berkomunikasi menggunakan bahasa itu. “Minggu depan majlis konvokesyen you, lepas ni tentu susah kita nak jumpa. You dah habis master tapi I ada satu semester lagi kat sini untuk habiskan first degree.” Tambah Zaharah lagi.
            “Zara.”
            “Erm…”
            “Do you really love me?” Soal Eddy tiba-tiba.
            “Of course, I do love you. Why?” Soal Zaharah kembali.
            “Will you marry me? Kita kahwin.” Ujar Eddy sambil menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Zaharah. Zaharah terkesima melihat tindakan drastik Eddy. Fikirannya kosong tiba-tiba. Perasaannya bercampur-baur tatkala itu. Sukar digambarkan dengan sebarang kata-kata. “Kita kahwin.” Ulang Eddy apabila tidak mendapat sebarang respon daripada Zaharah.
            “Hah, kahwin?” Soal Zaharah, terkejut dengan lamaran Eddy.
            “Why? You don’t want to marry me?” Soal Eddy pula. Dia kecewa dengan respon yang diberikan oleh Zaharah. Sangkanya Zaharah akan teruja dan gembira dengan lamaran itu.
            “No, is not like that. I do want to marry you but not now. I’m still studying. You know that, right?”
            “Tapi, you yang cakap lepas ni kita susah nak jumpa lagi. Kalau kita kahwin, hari-hari kita boleh jumpa. You ada baki pengajian selama satu semester lagi untuk first degree you but is okay. You boleh belajar dan I boleh kerja. You pun ada beritahu I yang you naksambung pengajian master you di sini tapi parents you tak setuju sebab bimbangkan you. Tiada siapa yang jaga you di sini but at least bila you kahwin, parents you tak perlu nak bimbangkan you lagi sebab you ada suami yang boleh jaga you di sini. Habis sahaja first degree you, kita balik ke Malaysia. Bila semester baru dibuka, kita pulang semula ke sini untuk you sambung master you dan I tetap boleh bekerja di sini. Lepas you habis master, kita balik ke Malaysia. Kerja di sana dan bina keluarga kita di sana.” Ujar Eddy panjang lebar.
            “You tak kisah tinggalkan kehidupan you di sini.” Soal Zaharah. Dia sengaja mahu menduga sejauh mana kesungguhan Eddy dengan kata-katanya sebentar tadi.
            “Apa yang ada dengan kehidupan I di sini? I tak ada sesiapa di sini. I hanya ada you dalam hidup I. Tapi you masih ada keluarga di sana. Your parents and your younger brothers. So better, I ikut you balik ke sana untuk mulakan hidup baru.” Jawab Eddy. Mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Eddy itu sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran di hatinya. Mutiara jernih mula bergenang di tubir mata Zaharah. Sungguh dia terharu dengan kesungguhan Eddy untuk menetap di Malaysia bersamanya. Walau bagaimanapun, masih ada satu perkara lagi yang perlu Eddy korbankan demi cinta mereka iaitu agamanya. Sanggupkah Eddy?
            “Why? You still tak yakin dengan I?” Soal Eddy setelah melihat riak kegusaran yang terpancar mata bening milik Zaharah.
            “Bukan. Bukan soal tu.” Nafi Zaharah.
            “Then?”
            “Religion. Are you willing to convert?” Soal Zaharah. Dia perlukan kepastian daripada Eddy tentang kesanggupan pemuda itu untuk bertukar agama. Mustahil baginya untuk bernikah dengan Eddy andai kata pemuda itu enggan memeluk Islam.
            “I’m a Muslim.” Jawab Eddy sambil tersenyum.
            “Not funny okay. I’m serious.” Balas Zaharah, keras. Dia terasa seolah-olah Eddy mempersendakannya apabila Eddy mengaku yang dia seorang Muslim. Memang dia seorang gadis yang agak bersosial. Memang dia seorang gadis yang agak kebaratan. Dia tahu itu dan dia juga mengakuinya. Namun, pegangan akidahnya masih kuat. Baginya, agama bukan perkara untuk dipersendakan.
            “I’m serious too.” Balas Eddy. Melihat rona wajah Zaharah yang tegang membuatkan Eddy melepaskan keluhan berat. “I’m be a Muslim for the past two months.” Sambung Eddy lagi membuat pengakuan.
            “What?” Soal Zaharah terkejut dengan pengakuan Eddy itu. “How? When? Kenapa I tak tahu? Why don’t you tell me?” Soal Zaharah lagi bertalu-talu. Begitu banyak persoalan yang sedang bermain di fikirannya kini dan itu semua memerlukan jawapan daripada Eddy.
            “It’s surprise!!! Surprise mana boleh beritahu.”
            “You!!!” Bentak Zaharah tidak puas hati. Eddy dapat membaca rasa tidak puas hati yang sedang bermukim di dasar hati teman wanitanya itu.
            “Okay. You nak dengar which version? The short one? Or the long one?”
            “Eddy!!!” Zaharah tayang muka tidak puas hati terhadap Eddy. Geram kerana Eddy membelakangkannya dalam hal sepenting ini.
            “Okay, okay. I will tell everything from a till z.” Eddy menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melepaskannya keluar. Zaharah melihat sahaja perbuatan Eddy dengan seribu satu persoalan dan kemusykilan di hatinya.
            “For the past two months, you were very busy with all your preparation for the final exam and also for your thesis. Because of that I have a lot of time to be alone and to think about changing my religion. One fine day, I went to the park just to get some fresh air but suddenly I hear some nice melody from the mosque nearby the park.”
            “Melody?” Soal Zaharah agak teruja mendengar kisah Eddy. Memang diakuinya sejak peperiksaan akhir semester bermula, dia jarang menghabiskan waktu bersama Eddy lagi kerana dia sangat sibuk dengan persiapan akhir sebelum peperiksaan. Waktu yang ada digunakan sebaik mungkin untuk menelaah pelajaran. Dia tidak mahu kerana terlalu asyik bercinta, pelajarannya pula yang terkandas di pertengahan jalan.
            “The melody is azan. Do know why, I really fall in love with that melody. Deep inside my heart I felt so peaceful. Several days later, I went to the mosque. I meet the imam, Syeikh Aziz. I tell him everything.” Eddy berhenti sejenak. Menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya keluar. Dia cuba mengimbas kembali apa yang terjadi kepadanya hampir dua bulan yang lalu.
            “Everything? What you mean by telling him everything?” Duga Zaharah.
            “About our relationship and about what I felt when I heard azan.”
            “Then, what he says?” Soal Zaharah lagi.
            “He say, maybe this is guidance from Allah. Some hidayah from Him. Syeikh Aziz help me a lot. With his help, I discover the beauty of Islam. After a couple of weeks, I decide to convert and to be a Muslim.”
            “I harap you bukan convert hanya semata-mata nak kahwin dengan I.” Luah Zaharah. Tinggi harapannya pada Eddy. Semoga Eddy benar-benar memeluk Islam kerana menerima hidayahNya, bukan hanya kerana mahu menikahinya.
            “To be honest with you, dulu I memang fikir macam tu but not now. Now, I convert because I really want to be a good Muslim.” Memang itu niat Eddy sekarang. Kalau dulu mungkin dia akan memeluk Islam kerana niatnya mahu berkahwin dengan Zaharah tetapi tidak kini. Sekarang, hatinya kuat mengatakan Islam agama terbaik untuknya. Andai kata jodohnya dengan Zaharah tidak panjang sekalipun, insyaallah dia akan tetap bertahan dengan agama pilihannya.
            “Alhamdulilah.” Ujar Zaharah sambil menadah tangan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. “So, what is your new name?” Soal Zaharah sambil mengenyitkan mata nakalnya.
            “Saifuldeen.”
            “Pedang agama?”
            “Ya, nama tu di beri oleh Syeikh Aziz. Nama penuh I sekarang ialah Eddy Saifuldeen Edison Bin Abdullah.” Pertama kali nama itu disarankan oleh Syeikh Aziz kepadanya, dia terus bersetuju. Entah mengapa, dia begitu sukakan makna di sebalik nama yang diberi. Pedang agama.
            “You masih kekalkan nama Eddy. May I know why?”
            “Let it be more modern.” Jawab Edy dengan nada berseloroh sambil tersenyum.
            “Ada-ada jelah you ni. However, it stills a nice name for you.” Zaharah tersenyum bahagia. Dia bahagia dan terharu sekali dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Eddy untuk memperisterikannya. Namun, masih ada lagi keraguan di dalam hatinya. Bagaimanakah penerimaan orang tuanya tentang perancangan pernikahan mereka? Adakah mungkin abahnya akan bersetuju untuk menerima Eddy sebagai menantunya?
            “Thanks dear.”
            “You are most welcome dear. Now, masalah tentang agama you dah selesai tapi…” Ucapan Zaharah tergantung seketika. Dia berfikir adakah wajar dia meluahkan kebimbangannya kepada Eddy.
            “What?” Soal Edy. Dia mengusap lembut cari runcing Zaharah sambil menatap jauh ke dalam anak mata Zaharah. Ada sinar kebimbangan yang terbias dari sepasang mata bening milik gadis itu. Zaharah tidak mampu menahan panahan mata Eddy. Seperti biasa, dia akan segera melarikan pandangannya ke tempat lain. Eddy tersenyum. Sudah tiga tahun berlalu tetapi Zaharah masih tidak mampu melawan pandangannya lagi.
            “We have another biggest problem.” Jawab Zaharah sambil tersenyum nipis. Terasa sungguh plastik senyumannya tatkala itu.
            “Ada lagi?”
            “Yeah.”
            “Kali ini, apa pulak masalahnya?”
            “My dad.”
            “Your dad?”
            “Yes, my dad.”
            “What wrong with your dad? I can’t get it.”
            “I kan perempuan.”
            “Itu I tahulah. Kalau you lelaki, takkanlah I nak bercinta dengan you. I’m not that desperate okay. I’m not a gay.” Ujar Eddy sambil tersenyum. Dia tetap tidak dapat menangkap maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh Zaharah.
            “You ni!!! I serious ni tau. You boleh main-main pulak.” Zaharah mengetap bibirnya. Geram dengan perangai Eddy yang kadang-kala suka bermain dengan perkara yang penting.
            “Me too. So, what the problem?”
            “Dalam Islam, kalau seorang perempuan atau wanita ingin bernikah dan mendirikan rumahtangga, dia terlebih dahulu perlu mendapatkan izin wali amd in this case, wali I adalah abah I. So, it means I kena dapatkan izin abah I dulu sebelum I berkahwin dengan you. Jadi, inilah problem kita sekarang. Permission from my dad.” Jelas Zaharah.
            “Minta jelah. Tak susah pun kan.”
            “Cakap memanglah senang tapi nak buat tu susah tau tak. I don’t think he will agree with your crazy idea to get marry with me.”
            “Crazy idea? So, it mean you tak nak kahwin dengan I?” Soal Eddy sedikit tersinggung dengan kata-kata Zaharah yang mengangap idea perkahwinan mereka sesuatu yang gila.
            Zaharah perasan pertukaran nada suara Eddy. Barangkali Eddy tersinggung dengan kata-katanya sebentar tadi. Bukan niatnya untuk menguris perasaan Eddy dengan mengatakan idea perkahwinan mereka adalah idea gila tetapi itu adalah hakikat yang perlu mereka berdua terima.
            “It’s not like that. Of course, I do want to marry you. I love to marry you but how about my dad. He would not allow that. Never!!!” Sengaja ditekan perkataan akhirnya untuk menyatakan betapa abahnya tidak akan setuju dengan perkahwinan mereka.
            “Okay. Kita boleh pujuk dia.” Usul Eddy.
            “Dia tidak akan setuju.” Balas Zaharah. Dia yakin benar akan hakikat itu. Siapa yang tidak kenal dengan sikap Mohd Josuh Ismail yang amat membenci lelaki kulit putih yang dianggapnya sebagai penjajah dan perosak maruah bangsanya. Hatta, Eddy berasal dari New Zealand sekalipun, sebuah negara yang tidak pernah menjajah Tanah Melayu tetapi dia sangat yakin Eddy tetap akan terkena tempias kebencian abahnya itu.
            “Okay, why he will not allow you to marry me?”
            “First, I still study. Second, you are English man, pada abah I semua orang putih tu penjajah. Third, you are not Malaysian. Fourth, he doesn’t know you at all.”
            “Only four reasons?”
            “Habis tu, you nak berapa banyak lagi? Empat ni pun belum tentu kita dapat selesaikan.” Balas Zaharah geram. Terasa seolah-olah dia sedang dipermainkan oleh Eddy. Hatinya separuh nanar memikirkan respon yang bakal diterima daripada abahnya tetapi Eddy masih lagi boleh menguntum senyum. Senyuman yang akan membuatkan tidurnya tidak lena.
            “Untuk yang pertama, walaupun kita dah kahwin tapi I tak akan halang you untuk teruskan pengajian you bahkan I akan sokong dan berikan galakan yang sepenuhnya pada you. Kedua, I rasa soal bangsa tu tak penting tapi yang penting soal agama. Since now I dah convert, it should not be a problem anymore. Soal penjajah tu, setahu I New Zealand tak pernah jajah Tanah Melayu. Tak tahu pulak I kalau buku sejarah yang abah you baca tu ada tulis yang negara I pernah jajah negara you.” Eddy berhenti seketika. Terasa kering pula tekaknya. Diteguk air mineral yang berada di tangannya. Terasa lega sedikit anak tekaknya yang sedang terseksa. “Ketiga, I memang bukan orang Malaysia tapi I kan dah cakap when everything settle kat sini, kita akan stay kat Malaysia. Yang keempat dan juga yang terakhir, kalau your parents tak kenal I, why not you introduce kita orang so that kita orang boleh saling kenal-mengenali. Simple kan? So, the problem is solve.”
            “Cakap memanglah senang tapi nak buat tu susah. Wait, wait, wait. Tadi you cakap apa? Introduce you all?”
            “Yeah.”
            “So. It mean that…”
            “Yes. Cuti musim sejuk nanti, I ikut you balik Malaysia. I boleh jumpa parents you dan kita boleh bincang perkara ni dengan mereka.”
            “What? Are you serious?” Soal Zaharah bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar dari mulut Eddy.
            “Yes. I serious. Totally serious. Apa pun penerimaan keluarga you I akan terima dengan hati yang terbuka. I akan berusaha semaksima mungkin untuk puaskan hati family you especially Encik Mohd Josuh Bin Ismail yang you takutkan sangat tu.” Ujar Eddy sambil mengangkat tangan kanannya seolah-olah dia sedang membaca ikrar. Zaharah tersenyum bahagia melihat kesungguhan Eddy.
            ‘Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Kami ingin membina masjid dan menuju ke arah kerehdaanMu. Kami ingin menjauhi maksiat dan zina. Kami ingin menghalalkan hubungan yang ada. Tunjukkanlah jalanMu kepada kami. Amin!!!’ Doa Zaharah  di dalam hatinya. Semoga apa yang dirancang mereka menjadi kenyataan. Zaharah memandang cincin yang sudah tersarung kemas di jari manisnya. Indah ukirannya. Dan ia akan menjadi bertambah indah apabila niat suci mereka mendapat restu keluarganya di Malaysia. Zaharah dan Eddy saling berpandangan, saling membalas senyum bahagia.
Di sebalik kesibukkan ratusan orang yang membanjiri Avenue Park Christchurch saat ini, terdapat sepasang mata yang memandang pasangan merpati dua sejoli itu dengan rasa amarah yang membara. Dia mengetap bibirnya. Perasaannya bergolak. Kecewa, cemburu, marah dan geram. Kecewa kerana huluran kasihnya ditolak mentah-mentah oleh Eddy. Cemburu kerana hati Eddy dimiliki oleh seseorang yang rapat dengannya. Marah, dan geram kerana Zaharah masih lagi mendekati Eddy meskipun sudah mengetahui rahsia hatinya terhadap jejaka Inggeris itu. Kini semuanya bercampur-baur menjadi satu iaitu dendam.
Dendam yang hanya akan terlerai apabila mereka berdua menderita seperti dia. Hanya kerana dendam itu, dia nekad untuk memastikan bahawa mereka tidak akan bahagia. Tidak akan kekal bersama. Andai takdir Tuhan mengatakan Eddy bukan miliknya maka Eddy juga tidak akan menjadi milik sesiapa termasuk Zaharah.
Sekali lagi dia melihat ke arah pasangan itu. Hatinya sakit bagai dihiris belati tajam apabila melihat kemesraan yang dipamerkan mereka. Jiwanya hancur apabila melihat Eddy melayan Zaharah dengan penuh kasih sayang dan cinta. Dari dulu hingga kini, Eddy tidak pernah melayannya dengan baik. Hanya sekadar bertegur sapa apabila sesekali bertemu di kampus. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu sedangkan antara dia dan Zaharah, dia lebih dahulu mengenali lelaki itu.
Apa kurangnya dia dan apa lebihnya Zaharah? Soalan itu sering diajukannya kepada dirinya sendiri. Namun sehingga kini, dia masih gagal menemui jawapannya.


           

           

Ahad, 27 Mac 2011

MENCARI KASIH KEKASIH -PROLOG-


Jun 1997, Christchurch New Zealand.
Eddy termenung menghadap laptopnya sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Usai mengaru, dia kembali menyelak-nyelak helaian buku rujukan di hadapannya. Kemudian dia termenung lagi. Hah, idea!!! Lincah jari-jemarinya menari di atas papan kekunci laptopnya. Lima minit kemudian, Eddy berhenti menaip. Dia membaca semula apa yang ditaipnya tadi. Sekali baca, rasa macam faham. Dua kali baca, semakin tidak faham. Tiga kali baca, langsung tidak faham. ‘Oh god!!! Apa yang aku tulis ni.’ Gerutu hati kecilnya. Pantas dia menekan kekunci backspace.
            “Arghhh!!!” Tanpa sedar Eddy mengeluarkan suara sambil menghentak buku tebal di atas mejanya.
            “Ssshhh!!!” Berpuluh-puluh pasang mata memandangnya dan memberinya arahan serentak untuk diam. Eddy mengangkat tangannya tinggi sebagai tanda permohonan maaf. Dia benar-benar terlupa yang dia sedang berada di perpustakaan tatkala ini.
            “May I sit here? Sorry if I disturb you but there are no other places for me to sit.” Ujar suatu suara lembut. Tanpa melihat siapakah pemilik suara itu, Eddy terus menganggukkan kepalanya. Dia sama sekali tidak berminat untuk mengetahui siapakah pemilik suara itu kerana dia sedang sangat-sangat tertekan dengan tugasan yang dibekalkan oleh pensyarahnya.
            Tiba-tiba timbul rasa penyesalan kerana mengambil subjek Pengajian Kesusasteraan Melayu Lama sebagai salah satu subjek untuk memenuhkan jam kreditnya semester ini. Kenapa dia yang perlu bertungkus-lumus menghayati bahasa lingua franca ini sedangkan pemilik asal bahasa ini sendiri sudah semakin melupakannya? Buktinya sendiri adalah di kalangan teman-teman sepengajiannya di sini. Dalam kelas Pengajian Kesusasteraan Melayu Lama yang dihadirinya, hanya terdapat seorang sahaja penuntut berbangsa Melayu yang berasal daripada Malaysia iaitu Ridzuan Iskandar.
            “I’m Zaharah.” Bisik suara lembut di depannya sambil menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Eddy mengangkat mukanya menghadap pemilik suara lembut itu. Dia terkesima melihat keayuan gadis yang berada di hadapannya.
            “Hello.” Ujar Zaharah lagi sambil mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Eddy.
            “Hai! I’m Eddy. You are new here?” Soal Eddy sekadar berbasa-basi dengan gadis itu.
            “Yeah. I’m from Malaysia. I’m doing my BBA here. This is my first semester. How about you?”
            “I’m locally from here. I’m doing my MBA.” Balas Eddy.
            “Assigment?” Soal Zaharah lagi.
            “Yeah, Assignment.” Jawab Eddy ringkas, malas mahu memanjangkan perbicaraan dengan gadis itu.
            “Patutlah muka ketat. Tengah buat assignment rupanya.” Ujar Zaharah antara dengar dengan tidak.
            “Pardon? What you say just now?”
            “Nothing.” Jawab Zaharah. ‘Takkanlah dia tahu aku tengah kutuk dia. Dia reti cakap Melayu ke?’ Gumam Zaharah sendirian di dalam hati.
            “I tahu you kutuk I. Jangan ingat mat salleh macam I tak faham bahasa Melayu. Kalau you boleh cakap Inggeris, I pun boleh cakap Melayu.” Ujar Eddy sebelum melangkah pergi, meninggalkan Zaharah termangu-mangu sendirian di situ.
Disember 1999, Melaka Malaysia.
            “Aku nikahkan dikau dengan Siti Nur Zaharah Binti Mohd Josuh dengan berwali wakilkan kepada aku dengan mas kahwinnya sebanyak ringgit Malaysia tiga ribu tiga ratus tiga puluh tiga ringgit dan tiga puluh tiga sen.”
“Aku terima nikahnya, Siti Nur Zaharah Binti Mohd Josuh dengan mas kahwinnya sebanyak ringgit Malaysia tiga ribu tiga ratus tiga puluh tiga ringgit dan tiga puluh tiga sen.”
“Sah?”
“Sah.”
“ Alhamdulilah.” Ujar Tok Kadi sambil memgangkat tangan untuk membacakan doa.
            Usai doa dibaca, Eddy menyalami ayah mentuanya dan dia dibawa oleh kedua adik iparnya untuk upacara menyarung cincin nikah dan membatalkan air sembahyang. Hatinya mendebar bila memandang wajah yang amat dirinduinya itu. Sebulan tidak bersua muka bagaikan setahun baginya. Wajah itu semakin cantik dan semakin manis apabila mengenakan busana pengantin serba putih dan bertudung litup.
            Cincin pernikahan disarungkan ke jari manis milik Zaharah. Dikucup lembut dahi isterinya. Zaharah menyalami tangannya dan menciumnya. Syahdu hatinya apabila buat kali pertama Zaharah menyalami dan menciumnya sebagai seorang isteri. Hatinya bagai disiram oleh embun pagi yang sangat dingin. Kini, Zaharah sudah sah menjadi haknya. Semoga masjid yang baru dibina ini kekal selamanya.
Mei 2010, Jakarta Indonesia.
Ruang mesyuarat utama di Perusahaan Wijaya bergema dengan tepukan dan ucapan tahniah daripada semua ahli lembaga pengarah di atas pengumuman kemasukan dua buah projek besar yang bernilai ratusan juta dolar Amerika. Masing-masing merasa senang hati dengan kejayaan besar itu yang bakal memperkukuhkan lagi kedudukan perusahaan mereka di rantau Asia.
            “Selamat Pak Eddy atas kejayaannya. Ngak salah rasanya dulu bapak diangkat untuk mengetuai perusahaan ini.”
            “Makasih Pak Sobrano atas ucapannya. Kejayaan saya di sini bukan hanya kerana keringat saya sahaja tetapi ini turut melibatkan dukungan semua team-team director yang lainnya.”
            “Pak Eddy terlalu merendah diri.”
            “Iyalah pak. Pak Eddy ngak usah terlalu merendah diri. Kita sendiri tahu kok, sejak bapak mengepalai perusahaan ini, semuanya lancar dan kita juga semakin berkembang. Buktinya, peratusan perolehan pendapatan semakin berlipat bahkan Pak Eddy sendiri berjaya menyakinkan para investor kita supaya terus mendukung kita.”
            “Ngak perlu berlebih-lebihan pujiannya Buk Wani. Ntar nanti saya jadi ke’er loh buk.”
            “Ngak ada yang berlebih-lebihan kok pak. Pak Eddy emang selayaknya untuk menerima pujiaan itu.” Sokong Pak Hardy.
            “Oh iya Pak Eddy. Apa benar, ada khabar yang menyatakan kontrak bapak dengan pihak perusahaan di sini bakal tamat?” Soal Pak Sobrano menginginkan kepastian. Sudah beberapa kali khabar angin itu sampai ke telingganya tetapi baru sekarang dia punya kesempatan untuk menanyakan hal itu secara langsung kepada Eddy.
            “Khabar angin yang bapak dengar itu benar. Kontrak saya di sini bakal tamat lagi tiga bulan.” Ujar Eddy jujur kerana dia tahu lambat atau cepat mereka pasti akan tahu juga tentang perkara itu.
            “Apa ngak dilanjutin kontraknya pak?” Soal Buk Wani pula.
            “Pak Ardian ada menawarkan lanjutan kontrak kepada saya, tapi bila difikir-fikirkan semula ada baiknya kontrak saya di sini ditamatkan sahaja.” Jawab Eddy jujur. Sungguh, kalau diikutkan rasa hatinya, dia masih mahu tetap bekerja di sini tetapi masih ada perkara yang lebih penting untuk diuruskannya berbanding pekerjaannya di sini.
            “Kok begitu sih pak? Kalau kontrak bapak ditamatkan, mana ada yang bisa mengantikan posisi Pak Eddy di sini?” Luah Pak Hardy bimbang. Mana tidaknya, selama lima tahun dia tetap melabur di perusahaan ini semata-mata kerana kepercayaannya terhadap kemampuan dan kredabiliti Eddy menguruskan perusahaan. Jika kontrak Eddy bakal ditamatkan, itu bererti perusahaan ini bakal kehilangan seorang yang mampu diandalkan.
            “Itu bapak ngak usah khuatir. Saya yakin kok pak, masih ramai yang punya pontensi untuk menganti posisi saya di sini.” Jawab Eddy dengan tenang untuk meredakan kebimbangan Pak Hardy. “Lagian pula, saya udah terlalu lama di sini. Udah lima tahun. Jadi saya fikir ada eloknya saya bertukar angin pula.”
            “Apa Pak Eddy mahu pulang ke Christchurch?”
            “Ngak pasti lagi Buk Wani. Semuanya masih dalam perancangan.”
Suasana sunyi ruang legar di Perusahaan Wijaya sedikit tergangu dengan bunyi derap kaki yang kedengaran agak keras menuju ke meja pertanyaan. Kehadiran lelaki bertubuh sasa yang lengkap berkot itu menjadi perhatian beberapa pasang mata yang turut berada di situ. Namun, lelaki itu tidak sedikit pun mempedulikan mata-mata yang memandangnya. Tujuannya ke sini cuma satu. Urusannya dengan Eddy Edison harus diselesaikan secepat mungkin. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya. ‘Eddy, nahas kau, aku kerjakan hari ni!!!’
            “Excuse me.”
            “Selamat sore pak. Ada apa yang bisa saya bantu?” Soal seorang gadis yang berada di meja pertanyaan sambil melemparkan senyuman manis kepadanya.
            “Can I meet Mr Eddy Edison? Boleh saya ketemu sama Pak Eddy?” Soalnya dengan wajah yang serius.
            “Maaf pak, kalau bisa saya tau bapak ini siapa dan atas urusan apa bapak mahu ketemu dengan Pak Eddy?” Soal gadis genit yang agak seksi di pandangan mata kasarnya sebagai seorang lelaki. ‘Erm, no bad. Sexy… but this is not the right time for me.’ Ada urusan yang lebih penting yang sedang menunggunya saat ini.
            “Can I meet him or not?” Soalnya kembali kepada gadis itu tanpa mempedulikan pertanyaannya tadi.
            “Apa bapak udah bikin apointmentnya sama Pak Eddy? Pak Eddy lagi sibuk sekarang. Jadi, kalau bapak ngak bikin janji sama dia, bapak ngak bisa masuk.”
            “Emangnya kamu fikir, saya peduli dia lagi sibuk apa ngak. Pokoknya saya mahu ketemunya sekarang.” Balas lelaki itu. Kalau tadi not suaranya rendah dan mendatar tetapi sekarang notnya sudah berubah bernada tinggi.
            “Maaf pak. Pak Eddy lagi rapat sekarang. Dia benar-benar ngak bisa digangu.” Ujar gadis itu lagi mencuba untuk menghalang lelaki itu masuk berjumpa dengan Pak Eddy.
            “Saya ngak peduli. I don’t care.” Balas lelaki tanpa nama itu kasar lalu terus menghayun langkahnya menuju ke ruangan rapat. Gadis itu mengekori langkah lelaki itu. Dia berusaha untuk menghalangnya dari mencerobohi ruang mesyuarat namun segala tindakannya sia-sia belaka.
Tidak semena-mena ruang mesyuarat di Perusahaan Wijaya yang tadinya meriah dengan ucapan selamat dan tahniah bertukar menjadi sunyi sepi umpama dilanggar garuda apabila melihat pintu bilik mesyuarat itu dibuka dari luar. Kelihatan seorang lelaki berada di muka pintu.
            “Maaf Pak Eddy. Saya udah berusaha untuk mencegah bapak ini dari masuk tapi saya ngak berhasil.” Ujar gadis genit itu. Dia gugup. Ada riak kegusaran yang terpancar di wajahnya. Sungguh, dia gusar andai kata pengawai atasannya itu akan memarahinya gara-gara  dia gagal menghalang lelaki asing itu daripada mencerobohi ruang mesyuarat.
            “Ngak apa-apa Natilia. Lelaki ini, kamu bilang pakai bahasa apa pun sama dia, dia tidak akan pernah bisa untuk mengerti.” Ujar Eddy dengan nada sindiran. Dia tahu benar perangai lelaki yang berada di hadapannya kini. Walaupun dihalang dengan pelbagai cara sekalipun, dia pasti akan memastikan kemahuannya dipenuhi dan atas sebab itu juga dia tidak segan-segan untuk mencerobohi ruang mesyuarat Perusahaan Wijaya walaupun sudah dihalang oleh Natilia.
            “Bapak-bapak dan ibuk-ibuk semua, saya kira rapat kita pada hari ini sampai di sini dahulu dan kalian semua bisa bersurai.” Ujar Eddy kepada semua ahli lembaga pengarah yang berada di ruang mesyuarat itu. “Natilia, kamu juga bisa pergi. Tolong kamu tutup rapat pintunya dan saya ngak mahu diganggu.” Tambah Eddy lagi.
            “Baik Pak Eddy.” Jawab Natilia sebelum beredar meninggalkan pengawai atasannya itu bersama dengan lelaki yang tidak diketahui identitinya itu.
            “Please have a sit.” Ujar Eddy  mempersilakan tetamu yang tidak diundang itu untuk duduk. Walaupun kedatangan lelaki itu tanpa diundang dan perbuatannya menceroboh masuk ke ruang mesyuarat boleh dianggap sebagai satu tindakan yang kurang sopan tetapi bukan sifat Eddy untuk turut berkelakuan kurang sopan terhadap lelaki itu.
            “Ed, we need to talk.”
            “Kali ini, tentang apa?” Soal Eddy sambil menyusun semula dokumen-dokumen yang digunakan semasa mesyuarat sebentar tadi. Sebenarnya, Eddy sudah mengetahui maksud kedatangan Ridzuan Iskandar bertemunya pada hari ini dan dia juga sudah bersedia dengan jawapan yang dirasakan paling wajar untuk diberikan kepada peguam muda itu.
            “Sudah geharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula. Ed, kau lebih tahu maksud aku berbanding orang lain.” Balas Ridzuan sambil menggengam tangan kanannya.
            “What?” Soal Eddy selamba seperti sengaja mahu memancing api kemarahan Ridzuan.
            “Eddy!!!” Jerit Ridzuan sambil mencekak kolar kemeja Eddy. Tahap kesabaran Ridzuan semakin menipis. Eddy benar-benar mencabarnya kali ini. Kalau diikutkan rasa hatinya yang tengah panas, maka akan cacatlah wajah tampan milik Eddy dikerjakannya.
            “Woi!!! Behave yourself!!!” Ujar Eddy sambil menepis tangan Ridzuan dari terus mencekak kolar kemejanya. “What you expect me to say?” Tambah Eddy lagi. Dia menolak tubuh Ridzuan jauh darinya. “Kau datang sini macam penyangak antarabangsa, ceroboh bilik mesyuarat aku, tak ada manner then kau nak sound aku pula. What are the hells you think you are? Are you crazy or out of mind?” Ujar Eddy melepaskan apa yang terbuku di hatinya saat itu.
            Ridzuan tersenyum mendengar ucapan yang keluar dari mulut Eddy. “Yes, you are totally crazy. Tak ada orang yang akan senyum lepas kena marah. You are crazy.” Sambung Eddy lagi.
            “Kalau aku gila sekalipun, aku gila sebab kau. I’m crazy because of you. Kau puncanya.”
            “What?”
            “Yes, you are. It’s all because of you.”
            “Nonsense!!!”
            “Aku gila sebab tunggu jawapan dari kau.”
            “Waiting for my answer? Answer for what?”
            “Damn!!!” Ujar Ridzuan sambil menghentak kuat meja mesyuarat di bilik itu. Terkejut Eddy apabila mendengar bunyi hentakan yang kuat itu. Hampir luruh jantungnya. “Answer for my request.” Sambung Ridzuan lagi sambil tersenyum.
            “Your request? What request?”
            Ridzuan melangkah merapati Eddy yang kini berada di hujung meja. Jari-jemari kasarnya menyentuh tangan Eddy, mengusapnya lembut. Jari mereka bertaut dan mereka saling berpandangan. Pandangan yang membawa seribu makna. Hanya mereka yang mengerti. Ridzuan membawa jari-jemari Eddy dekat ke bibirnya. Namun, Eddy terlebih dahulu bertindak pantas dengan menepis tangan Ridzuan darinya. Jiwanya kacau saat itu. Sangat kacau!!!
            “Will you be mine? Will you be my special someone?” Soal Ridzuan dengan intonasi yang sangat lembut dan romantik. Eddy terdiam seketika apabila mendengar soalan itu dan akhirnya dia tersenyum. Demi melihat senyuman Eddy, Ridzuan pantas merangkul tubuh itu ke dalam pelukannya. Dipeluknya erat. Eddy turut membalas pelukan itu. Buat seketika mereka tengelam dan hanyut dalam hangatnya pelukan itu.
            Ridzuan mula merenggangkan pelukannya. Begitu juga dengan Eddy. Mata bertemu mata. Masing-masing melempar senyuman manis. Dan dalam kiraan sepuluh… 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10… mereka berdua pun ketawa. Kenapa? Hanya mereka yang tahu jawapannya.




           

           
           
           

MENCARI KASIH KEKASIH -SINOPSIS-


Kita sering kali disajikan dengan kisah kesetiaan wanita yang bergelar isteri namun kali ini, MENCARI KASIH KEKASIH bakal merungkai konsep kesetian dari sudut yang berbeza. Apakah erti kesetian kepada seorang lelaki yang bergelar suami? Adakah kesetian seorang suami juga sama seperti kesetian seorang isteri? Mampukah golongan gagah ini berkorban segalanya seperti para isteri? Sanggupkah mereka merendahkan harga diri dan ego mereka demi mempertahankan kesetiaan mereka? Terlalu banyak persoalan yang menantikan jawapannya.
            Eddy dan Zaharah, dua insan yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Eddy, pemuda Inggeris yang punya segalanya namun dia tumbuh membesar menjadi seorang lelaki yang tidak mengenal erti kekeluargaan. Zaharah pula seorang gadis kampung yang hidup serba kekurangan tetapi dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang cukup sempurna. Peluang melanjutkan pengajian di luar negara digunakannya sebaik mungkin. Tekadnya cuma satu iaitu mahu menarik keluarganya keluar dari kancah kemiskinan hidup. Pertemuan di antara mereka yang bermula sebagai kenalan biasa akhirnya mewujudkan bunga-bunga cinta. Mereka nekad untuk menghalalkan hubungan yang ada walaupun pada mulanya ditentang oleh keluarga Zaharah.
Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Mahligai indah yang baru didirikan dihempas badai lautan bergelora. Rupanya dalam diam ada mata yang memandang iri terhadap pasangan muda ini. Satu demi satu musibah melanda mereka dan akhirnya membawa kepada suatu tragedi ngeri yang menyebabkan Eddy terlantar koma hampir dua tahun dan Zaharah hilang tanpa meninggalkan jejak. Keajaiban muncul apabila Eddy tersedar daripada komanya. Harapannya kini cuma satu iaitu untuk bersama semula dengan isteri tercinta namun harapannya hancur berkecai apabila mentuanya menyatakan bahawa Zaharah sudah hilang tanpa jejak dan sudah diisytiharkan meninggal dunia.
Namun, naluri Eddy sebagai seorang suami kuat mengatakan yang Zaharah masih hidup. Padanya selagi tiada pusara selagi itulah isterinya masih hidup. 8 tahun Eddy hidup dalam pengharapan dan pencarian. Secantik manapun gadis yang datang kepadanya, sekuat manapun godaan mereka, Eddy masih teguh mempertahankan kesetiannya terhadap isteri tercinta. Tetapi semuanya berubah apabila Shahira, seorang wanita seksi berstatus ibu tunggal muncul dalam hidupnya. Hadirnya Shahira membawa sinar baru dalam hidup Eddy, apatah lagi dengan kehadiran Danish Irfan si cilik yang petah berkata-kata. Dalam setiap renungan mata Shahira, Eddy dapat melihat bayangan Zaharah. Dalam setiap bait bicaranya, Eddy dapat merasakan kehadiran Zaharah dan bila mendengar suaranya umpama Eddy mendengar suara Zaharah.
Siapakah Shahira yang sebenarnya? Adakah Eddy akan terus mempertahankan kesetiannya kepada Zaharah? Atau Eddy bakal terkulai layu dalam pelukan Shahira? Sama-samalah kita mencari jawapannya dalam MENCARI KASIH KEKASIH.