PEMBUKA BICARA

Apa yang tertulis di laman blog ini datang daripada lubuk hati saya yang paling dalam dengan niat yang ikhlas. Untuk yang sudi mengikuti blog ini, terima kasih saya ucapkan dan untuk yang terguris hatinya dengan pengisian blog ini, salam kemaafan yang saya pinta. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya daripada diri saya sendiri. ~AYU AMRON~

Jumaat, 20 Mei 2011

LINGKARAN DOSA SEMALAM-BAB 1-


Sudah lama Salmah menopang dagu, melayani fikirannya di atas pangkin di halaman rumahnya. Dia leka memerhati dedaun nyiur yang meliuk-lentuk ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. Suasana yang damai dan tenang itu gagal menenangkan gelodak perasaannya tatkala itu.
            Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini perasaan berdosa dan bersalah sering kali mengusik hati kecilnya. Peristiwa lampau itu seolah-olah menghantuinya semula dan acap kali jua menganggu lena tidurnya.
            “Kita berdosa Sham! Kita dah berdosa.”
            “Mah mesti faham. Kita terpaksa….”
            “Tapi kita tak sepatutnya….”
            “Kita tak ada pilihan! Kita mesti melakukannya!”
            “Jangan! Mah mahukannya……”
            “Tak boleh Mah! Mah mesti faham, kita belum berkahwin. Tinggi risikonya. Apa kata orang-orang kampung nanti.”
            Dan akhirnya sang syaitan durjana berhasil mengoda anak-anak Adam sehingga dia dan Shamsuddin sanggup meninggalkan bayi yang masih merah itu di tepi timbunan samaph tanpa ada sedikit pun perasaan simpati dan belas kasihan. Bayi lelaki yang masih belum tanggal tali pusat itu merengek-rengek halus semasa ditinggalkan seperti dia megerti betapa kedua-dua ibu bapanya tidak mengalu-alukan kehadirannya ke dunia ini.
            Tepukan di bahu kirinya menyentak lalu menghalau pergi lamunannya. Segera dia menoleh ke sisinya. Kelihatan seorang lelaki yang sudah dimamah usia sedang mengelap keringat yang sedang galak terbit di dahinya.
            “Apa yang dimenungkan tu, Mah?” Soal Pak Din kepada isterinya.
            “Abang…”
            “Emm….”
            “Malam tadi Mah mimpikan dia lagi bang. Dia datang, dia Tanya Mah. Kenapa Mah tinggalkannya? Kenapa Mah tak jaga dia? Kenapa Mah……” kata-kata terakhirnya terhenti di situ. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya.
            “Hussy……!” Pak Din meletakkan jari telunjuknya ke bibir Salmah yang separuh terbuka. “Mak tak ada pilihan lain waktu tu. Mah terpaksa. Yang penting sekarang, anak-anak yang bersama dengan kita. Abang tak mahu Murni, Sarah dan Maziah tahu tahu cerita hitam itu. Abanh tak mahu sebab perkara itu mereka sampai hilang rasa hormat mereka terhadap Mah, ibu mereka sendiri.”
            “Tapi bang…..” ujar Salmah perlahan
            “ Mah, ianya sudah menjadi sejarah. Usah dikenang lagi peristiwa itu. Lagipun abang rasa dia dah mati.”
            “Mati? Bagaimana abang boleh begitu yakin? Bagaimana kalau ternyata dia masih hidup?” soal Salmah bertalu-talu
            “Dia tak mungkin masih hidup. Dia perlukan keajaiban untuk terus hidup.” Ujar Pak Din lagi untuk mengendurkan ketegangan isterinya.
            “Bagaimana kalau keajaiban itu benar-benar berlaku?” Soal Salmah lagi.
            “Mah!” Intonasi suara Pak Din berubah. Bernada tinggi. “Dia….” Pak Din tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila terpandang anak keduanya sedang menatang dulang menuju ke arah mereka. Pak Din bersyukur kerana dia berjaya membesarkan anak-anaknya walaupun di dalam keadaan serba kekurangan.
            “Mak, abah jemput minum.” Lembut suara Sarah menampar peluput telingganya. Sarah kelihatan sibuk mengatur minuman di atas pangkin.
            Salmah dan Pak Din mengambil cawan dan meneguknya. Sarah hanya memandang perlakuan kedua-dua orang tuanya. Sarah masih lagi mencari ayat yang paling sesuai untuk memberitahu ayahnya tentang pesanan guru tingkatannya. Tapi dia masih gagal. Sememangnya sukar baginya untuk menyuarakan pesanan gurunya tadi. Dia takut kalau-kalau pesanan gurunya itu menambah lagi beban masalah yang sedia ditanggung oleh ayahnya.
            Salmah dapat menangkap keresahan yang terpancar di mata anal gadisnya itu. “Sarah ada masalah di sekolah ke?” Soal Salmah. “Kalau ada, cakaplah.” Tambahnya lagi.
            Pak Din yang sedang asyik menghisap rokok daunnya memandang wajah Sarah. Dia dapat melihat anak gadisnya itu menguis-nguis tikar mengkuang yang menjadi hamparan tempat duduk di atas pangkin. Terpancar jelas keresahan di ruangan mata anaknya itu.
            “Apa masalahnya Sarah? Ceritalah.” Pujuknya lembut.
            “Abah…. Tadi waktu di sekolah cikgu ada jumpa Sarah. Dia Tanya bila Sarah nak bayar duit yuran peperiksaan? Dia cakap kalau Sarah tak bayar sampai hujung bulan ini Sarah tak boleh ambil peperiksaan SPM hujung tahun nanti.”
            Pak Din termenung panjang. Wajahnya yang tadi ceria berubah mendung. Bukannya dia tidak mahu menjelaskan yuran peperiksaan anaknya itu tetapi dia sendiri kesempitan wang saat ini. Hendak makan pun payah inikan pula hendak membayar yuran peperiksaan SPm yang berjumlah ratusan ringgit itu.
            “Sarah mintalah pihak sekolah tolong bayarkan dahulu. Nanti bila abah ada duit abah bayarlah balik pada pihak sekolah,” celah Murni tiba-tiba. Sarah sendiri tidak sedar bila kakaknya pulang dari bengkel membuat kerepek, tempatnya bekerja.
            “Sarah cubalah dulu tanyakan pada cikgu. Nanti lepas abah dapat duit bersihkan kebun Pak Hassan, abah bayarkan.” Ujar Pak Din kepada anaknya.
            Pak Din bungkam. Dia mengenangkan nasib yang bakal dilalui oleh anak-anaknya kelak. Anal sulungnya, Murni hanya dapat disekolahkan hingga ke tingkatan enam sahaja. Bukannya anak itu tidak pandai, Cuma perbelanjaan untuk membolehkan dia meneruskan pengajiannya terlalu tinggi. Pak Din tidak mampu menanggungnya. Akhirnya, Murni hanya bekerja di bengkel membuat kerepek berhampiran rumah mereka. Pak Din tidak mahu perkara yang sama menimpa dua lagi anaknya yang masih besekolah. Dia mengeluh sendiri.

1 ulasan:

cerilicious berkata...

agak2 apa yang berlaku pd mak cik mah.... terus diburu rasa bersalah.. menarik... what's next my dear.... update me k..