Eddy merebahkan badannya ke atas katil. Ah!!! Betapa nikmatnya dapat meluruskan segala sendi, urat dan tulang-temulangnya di atas katil ini. Hilang sedikit rasa sengal-sengal di tubuhnya kerana membantu ayah mertuanya di kebun petang tadi. Agaknya inilah bahananya bila orang yang tidak pernah memegang sabit dan cangkul tiba-tiba turun berkebun.
Eddy tersenyum sendiri. Petang tadi, dia sendiri yang beria-ia mahu ke kebun bersama ayah mertuanya dengan alasan mahu merasa hidup orang kampung yang berkebun. Walaupun sudah puas ditegah oleh ibu mertuanya namun dia masih tetap berdegil mahu ke kebun juga dan sekarang dia sendiri yang menerima padahnya. Habis satu badannya sengal-sengal dan sakit namun dia puas. Puas kerana mendapat pengalaman yang tidak mungkin ada di Chrischurch.
Eddy tersenyum lagi, mengingatkan perbualannya bersama isterinya yang tercinta sebentar tadi. Apalah agaknya kejutan yang dimaksudkan oleh Zaharah tadi? Hatinya jadi tidak keruan. Dia tertanya-tanya. Oh I hate this feeling!!! Gumamnya sendiri. Blackberry-nya diangkat lalu nombor isterinya yang tercinta di dail.
Tut, tut!!! Tut, tut!!! Lama dia menunggu tetapi hampa. Di dailnya sekali lagi. Tut,tut!!! Tut, tut!!! “Hello abang. I got class now. I call you back, okay. Bye!!! I love you. Mmmmmmuuuuaaah!!!!!!!!! Assalamualaikum.” Laju ayat itu satu persatu meluncur keluar daripada mulut Zaharah seperti peluru machine gun. Salam yang diberikan dijawab dalam hati. Eddy mengeluh hampa. Hajatnya tidak tercapai.
“Hai Eddy, dah malam-malam buta ni pun masih bergayut telefon lagi ke?” Soal Pak Josuh yang melewati pintu bilik Eddy untuk ke dapur. “Kamu telefon sapa malam-malam macam ni? Bawa-bawalah pergi tidur.”
“Telefon Zara tapi tak dapat cakap pun dengan dia. Dia ada kelas.” Jawab Eddy sambil melepaskan keluhan kecil.
“Aik? Baru tadikan Zara telefon kamu ni kamu dah nak telefon dia balik. Kenapa? Takkan dah rindu kot?” Kata Pak Josuh sambil menepuk bahu Eddy.
“Au!!!” Eddy mengerang perlahan. Tangan kirinya memegang bahu kanannya yang ditepuk oleh Pak Josuh tadi.
“Kenapa dengan bahu kamu tu?” Soal Pak Josuh.
“Tak ada apa-apalah abah. Sakit sikit je ni.”
“Meh sini abah tengok bahu kamu tu.” Ujar Pak Josuh sambil menarik lengan baju yang dipakai oleh Eddy. Ada kesan lebam di bahu kanan menantunya itu. “Ada lebam ni. Ni mesti sebab kamu dok pi pikul tong racun kat kebun petang tadi ni. Abah dah kata jangan dipikul tong racun tu tapi kamu degil, nak buat juga. Kamu ni bukannya biasa buat kerja-kerja kasar macam tu. Ni, dah lebam-lebam macam ni sapa yang susah? Kamu jugak kan.” Bebel Pak Josuh.
“Memanglah Eddy tak biasa buat kerja-kerja macam tu abah tapi kalau Eddy tak cuba buat nanti sampai bila-bila pun Eddy takkan biasa.”
“Kamu ni dengan Zara sama je. Kalau abah bercakap ada je yang dibalasnya balik. Dah sakit-sakit macam ni pun nak melawan lagi. Dah duduk kat sini kejap, abah pergi ambil minyak urut. Karang kalau dibiarkan aje bahu kamu tu tak berurut, masuk angin pulak. Kalau dah masuk angin kang lagi susah.”Pak Josuh membebel lagi. Isy, apalah nak jadi? Baik anak ke, baik menantu ke, perangai semua sama. Kalau orang tua-tua bercakap, bagi nasihat, ada je yang nak diputarkan balik cakap tu. Hei, nasib-nasib! Manalah pula minyak urut ni? Masa dicari masa tulah juga tak jumpa. Kalau orang tak nak pakai tu ada je botol tu dekat almari ni. Hah! Itu dia botolnya.
Selang beberapa minit kemudian Pak Josuh datang semula ke bilik Eddy sambil membawa sebotol minyak urut di tangannya.
“Buka baju kamu tu. Biar abah urutkan sikit bahu kamu, kasi hilang lebamnya.” Pak Josuh memberi arahan. Eddy yang mendengarnya hanya menurut tanpa sebarang bantahan.
“Au!!! Sakit bah.” Adu Eddy sebaik sahaja Pak Josuh mengurut bahunya.
“Tulah, lain kali jadi orang tu jangan degil sangat. Dah abah tak bagi kamu pikul tong racun tu, kamu pikul juga buat apa. Ni, nasib baik bahu je yang lebam sikit kalau sampai tergeliat pinggang ke kan lagi susah.”
“Eddy nak try power je bah.” Ujar Eddy sambil menyeringai menahan kesakitan akibat diurut oleh bapa mertuanya itu.
“Banyaklah kamu punya nak try power. Nak jadi pahlawan kesiangan lah pulak. Erk…erk…” Pak Josuh sendawa beberapa kali. “Banyak pulak tu angin kat badan kamu ni. Erk…” Pak Josuh sendawa sekali lagi. “Kamu ni muda lagi, badan nak kena jaga, nak pakai lama tu. Kalau muda-muda macam ni tak nak jaga badan, nanti umur dah naik sikit mulalah sakit sana sakit sini. Ni hah, abah tengok perut kamu pun dah boroi dah.” Ujar Pak Josuh sambil menepuk perut Eddy yang memang agak boroi sedikit berbanding sebelum dia berkahwin.
“Nak wat macam mana abah? Zara tu masak sedap-sedap kat rumah. Rugi kalau tak makan, takkan Eddy nak pandang je kot.” Balas Eddy sambil tersenyum mengingatkan kelazatan masakan yang sering disediakan oleh Zaharah. Kini dia tahu kalau Zaharah mewarisi kepakaran memasak itu daripada ibu mertuanya.
“Yang kamu tersenyum sorang-sorang ni kenapa plak?” Soal Pak Josuh walaupun sebenarnya hati tuanya itu tahu kenapa Eddy tersenyum. Pasti teringatkan Zaharah! “Dah, pergi tidur. Tak payah dok tersenyum sorang-sorang kat sini macam orang angau. Nak kata belum kahwin… dah kahwin tapi penyakit angau kamu tu tetap tak senang-senang juga.”
“Mana ada angau bah, Eddy teringat jelah.” Nafi Eddy menutup malunya kerana riak wajah angaunya terkesan oleh mata tua bapa mertuanya itu.
“Samalah tu.” Balas Pak Josuh sebelum melangkah keluar daripada bilik tidur Eddy. “Dah pergi tidur!” Laung Pak Josuh dari luar bilik Eddy.
“Ya bah!” Jawab Eddy dengan nada yang serupa.
“Ya, ya tapi ya kamu tu tak bertitik. Tutup lampu tu. Kang kalau lambat bangun esok, abah suruh mak kamu jirus dengan air dari perigi belakang tu.” Cepat-cepat Eddy mematikan lampu bilikya apabila mendengar ugutan Pak Josuh itu. Siapa yang mahu dijirus oleh air perigi di pagi subuh? Sejuknya hanya Tuhan yang tahu.
Zaharah tersenyum memandang telefon bimbitnya. Dia cuba membayangkan wajah Eddy yang masam mencuka. Pasti sekarang suaminya itu sedang gelisah memikirkan tentang kejutan yang ingin dia berikan. ‘Wait my honey bunny. I got a big surprise for you.’ Zaharah tersenyum lagi.
“Psst!” Zaharah memandang wajah Julia yang menyiku lengannya sambil mengangkat keningnya. “Kok kamu malah senyum-senyum sendiri sih. Emangnya ada yang lucu ya pada bicara Prof. Martin di depan itu?” Soal Julia, teman sekelasnya yang berasal daripada Jakarta itu. Zaharah tersenyum lagi. Kali ini senyumannya semakin lebar, mengundang tanda tanya di hati Julia. “Kamu jangan bikin aku penasaran kok Ra.” Keluh Julia.
Zaharah menyeluk begnya lalu mengeluarkan alat ujian kehamilan yang mengandungi dua jalur berwarna merah jambu di atasnya. Alat itu kemudiannya diserahkan kepada Julia. “Hah! Kamu hamil?” Soal Julia teruja. Zaharah tersenyum lagi.
“Julia! Zara! Is there anything special that you would like to share in my class?” Lantang suara Prof. Martin itu terus mematikan senyuman Zaharah.
“No, sir.” Jawah Julia dan Zaharah hampir serentak.
“Good! Please pay attention in my class or not, you may leave.” Singkat, padat dan tegas sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki setengah abad itu.
Sejam telah berlalu. Kelas Professor Martin juga telah tamat. Zaharah sibuk mengemaskan kertas-kertas nota dan juga buku pelajarannya. Julia yang memandangnya hanya tersenyum.
“Kenapa?” Soal Zaharah yang merasa aneh melihat gelagat Julia itu.
“Pantasan aja, kebelakangan ini kamu kelihatan lebih cantik dan berseri-seri.”
“Jadi maksud kamu selama ini aku tidak cantik ya Ju?”
“Bukan itu maksud aku. Selama ini kamu tu cukup cantik tapi kebelakangan ini kamu tambah cantik dan berseri-seri.”
“Maksud kamu?”
“Kura-kura dalam perahu, pura-pura ngak tahu.” Julia berpantun dua kerat sambil tersenyum manis. “Maksud aku sekarang ini ada pancaran sinar mommy wanna be di wajah kamu.” Sambung Julia lagi.
“Kamu ini, ada-ada aje.” Balas Zaharah sambil tersenyum bahagia.
“Oh iya! Ngomong-ngomong, kamu udah bagi khabar bahagia ini ke Eddy atau belum?” Soal Julia. Zaharah hanya mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Kok belum sih? Harusnya kan Eddy dikasi tahu. Dia pasti senang bangat dengar khabar ini. Lagian pula, kalian kan udah nikah hampir setahun.”
“He’s not around here now. Eddy di rumah orang tuaku di Malaysia. Aku mahu beri kejutan ini kat dia bila dia pulang ke sini semula. Sebelum itu aku mahu check-up dengan doktor dulu.” Jelas Zaharah. Dia tersenyum. Membayangkan reaksi gembira Eddy sewaktu menerima kejutan ini sahaja sudah cukup membuatkan hatinya berbunga bahagia. “Ju, can I ask your favor?” Soal Zaharah.
“I am willing to do anything for you my dear friend.”
“Benar ni?” Duga Zaharah.
“Ngidam ya? Emangnya kamu mahu apa? Daging gajah putih? Kamu jangan ngidam yang aneh-aneh loh.” Laju sahaja perkataan-perkataan itu meluncur keluar dari mulut comel Julia.
“Bukan.” Nafi Zaharah sambil tersenyum dengan sangkaan Julia itu. Sungguhpun dia mengidam, pasti bukan Julia mangsa yang akan disuruh untuk mencari semua itu kerana dia mahu Eddy yang mencarinya.
“Jadi kamu mahu apa?” Soal Julia.
“Boleh tak kalau kamu teman aku ke doktor?” Soalan di balas soalan oleh Zaharah.
“Erm…”
“Please!!!” Zaharah mengerdipkan matanya beberapa kali di hadapan Julia sambil membuat muka comelnya persis bagaikan anak kecil yang sedang meminta gula-gula.
“Baiklah.”
“Yes!!! Thank you so much Julia.” Balas Zaharah sambil melonjak kegembiraan.
“Ra! Apaan sih. Jangan lonjak-lonjak gaya ngitu. Kamu kan lagi hamil.” Ujar Julia.
“Aku lupa.” Balas Zaharah sambil tergelak kecil.
“Yuk, kita pergi sekarang. Nanti telat lagian pula kita masih punya satu sesi kuliah lagi sore ini.”
“Ok.” Balas Zaharah sambil mula mengorak langkah bersama Julia. Hatinya tidak putus-putus berdoa, semoga keputusan yang bakal diterimanya daripada doktor nanti selari dengan keputusan ujian kehamilan yang dilakukannya di rumah.
Sebaik sahaja kelibat Zaharah dan Julia menghilang dari dewan syarahan itu, Ana mula keluar dari tempat persembunyiannya di balik pintu belakang dewan. Tadi, hatinya sakit kerana perlu berpatah balik ke dewan gara-gara buku notanya tertinggal tetapi sekarang hatinya bertambah sakit apabila tanpa sengaja dia terdengar perbualan antara Julia dan Zaharah. Apakah yang di dengarnya tadi satu kenyataan? Kalau itu benar, harapannya untuk memiliki Eddy pasti semakin tipis. Tanpa anak pun sudah cukup sukar untuknya memenangi hati Eddy inikan pula kalau Eddy memiliki anak bersama Zaharah. Itu pasti akan menguatkan ikatan yang ada di antara mereka.
Ana mengeluh sendiri di dewan yang sudah kosong itu. Mengapa begitu sukar untuk dia memiliki Eddy? Berbagai-bagai cara telah dia lakukan untuk memikat hati pemuda Inggeris itu namun semuanya menemui jalan buntu. Kasih Eddy terlalu utuh buat Zaharah dan begitu juga sebaliknya.
Dia masih ingat lagi bagaimana dia cuba untuk meracuni fikiran Zaharah supaya meragui Eddy tetapi usaha itu hanya sia-sia kerana Zaharah terlalu mempercayai Eddy. Ana melepaskan keluhan lagi. Dia mengengam tangannya erat. Dia tekad untuk menjadikan Eddy miliknya dan andai kata dia tidak dapat memiliki Eddy, Zaharah juga tidak akan dapat memiliki Eddy buat selamanya.
“Hei! Here you are. I’m looking for you everywhere. Lucky I found you here. Got your notebook?” Segera Ana menoleh ke arah suara garau yang menegurnya itu. Dia tersenyum manis ke arah pemilik suara itu, Martin.
Martin mengambil tempat di sisinya. “I miss you.” Bisik Martin lembut di peluput telinga Ana. “I really miss you.” Bisik Martin lagi sambil mengusap pipi gebu Ana. Kemudian tangannya mula menjalar di tempat yang tidak sepatutnya.
Ana tersenyum. Dia tahu apa yang Martin mahu darinya. Ana menolak tangan Martin lembut. Ana tersenyum lagi. Dia mendapat idea untuk memiliki Eddy dan Martin adalah sebahagian daripada ideanya itu.
“Why babe? Don’t you miss me?” Soal Martin lagi sambil tetap meneruskan agendanya. Dia mencium lembut bahu Ana yang terdedah itu.
“Not now darling, I still got class after this. You come to my place tonight and I will serve you as what as you like.” Bagaikan pucuk di cita ulam yang mendatang. Martin hanya tersenyum mendengar perlawaan Ana itu.
“Ok. Tonight at you place. I see you there darling.” Ujar Martin sambil melepaskan flying kiss sebelum berlalu pergi meninggalkan Ana sendirian di dewan syarahan itu. Ana tersenyum. Martin akan menjadi sebahagian daripada rencananya untuk memiliki Eddy.
3 ulasan:
lamanyer m'hilang
update la slalu
best cite ni
hope eddy p'caye la kt zara..
xmo t'pengaruh ngan anasir2 jahat tu
insyaAllah akan saya usahakan untuk update cite nie....sorry ye sb bz sikit lately nie.terima kasih atas sokongannya....:)
TERUKNYA BETINA TU!!UWEKK!!I means Ana.@.@
Catat Ulasan