PEMBUKA BICARA

Apa yang tertulis di laman blog ini datang daripada lubuk hati saya yang paling dalam dengan niat yang ikhlas. Untuk yang sudi mengikuti blog ini, terima kasih saya ucapkan dan untuk yang terguris hatinya dengan pengisian blog ini, salam kemaafan yang saya pinta. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya daripada diri saya sendiri. ~AYU AMRON~

Jumaat, 20 Mei 2011

LINGKARAN DOSA SEMALAM-SINOPSIS-

Murni, gadis desa  yang mencuba nasib di kota untuk mencari rezeki demi meringankan beban keluarganya di kampung. Di kota dia bertemu dengan Haikal, anak pemilik hotel tempat di mana dia berkerja. Pertemuan pertama mereka secara tidak sengaja telah menjadikan Murni pelarian di tempat kerjanya sendiri. Sebisa mungkin Murni berusaha untuk tidak terserempak dengan Haikal di tempat kerjanya, tetapi apakan daya pertemuan kedua di antara mereka terjadi juga. Selepas bertemu buat kali kedua, Haikal nekad untuk membalas dendam kepada Murni di atas satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh Murni. Pelbagai cara digunakan oleh Haikal untuk menyusahkan hidup Murni termasuk mengikat Murni dengan satu ikatan pernikahan tanpa kerelaan gadis tersebut. Murni yang terdesak terpaksa mengikut telunjuk Haikal. 
Dalam diam Haikal merasakan cinta di hatinya tetapi untuk mengakuinya dia tidak sanggup kerana dihalang dek egonya yang tinggi melangit. Sedang Haikal memendam rasa, rasa yang sama juga mula mengetuk pintu hati Murni.Saat masing-masing mula merasa cinta, satu rahsia besar tentang dosa semalam keluarga mereka terbongkar. Rahsia yang tidak mungkin membenarkan mereka bersatu melainkan ada keajaiban yang berlaku.

Tiada ulasan: