PEMBUKA BICARA

Apa yang tertulis di laman blog ini datang daripada lubuk hati saya yang paling dalam dengan niat yang ikhlas. Untuk yang sudi mengikuti blog ini, terima kasih saya ucapkan dan untuk yang terguris hatinya dengan pengisian blog ini, salam kemaafan yang saya pinta. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya daripada diri saya sendiri. ~AYU AMRON~

Ahad, 27 Mac 2011

MENCARI KASIH KEKASIH -PROLOG-


Jun 1997, Christchurch New Zealand.
Eddy termenung menghadap laptopnya sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Usai mengaru, dia kembali menyelak-nyelak helaian buku rujukan di hadapannya. Kemudian dia termenung lagi. Hah, idea!!! Lincah jari-jemarinya menari di atas papan kekunci laptopnya. Lima minit kemudian, Eddy berhenti menaip. Dia membaca semula apa yang ditaipnya tadi. Sekali baca, rasa macam faham. Dua kali baca, semakin tidak faham. Tiga kali baca, langsung tidak faham. ‘Oh god!!! Apa yang aku tulis ni.’ Gerutu hati kecilnya. Pantas dia menekan kekunci backspace.
            “Arghhh!!!” Tanpa sedar Eddy mengeluarkan suara sambil menghentak buku tebal di atas mejanya.
            “Ssshhh!!!” Berpuluh-puluh pasang mata memandangnya dan memberinya arahan serentak untuk diam. Eddy mengangkat tangannya tinggi sebagai tanda permohonan maaf. Dia benar-benar terlupa yang dia sedang berada di perpustakaan tatkala ini.
            “May I sit here? Sorry if I disturb you but there are no other places for me to sit.” Ujar suatu suara lembut. Tanpa melihat siapakah pemilik suara itu, Eddy terus menganggukkan kepalanya. Dia sama sekali tidak berminat untuk mengetahui siapakah pemilik suara itu kerana dia sedang sangat-sangat tertekan dengan tugasan yang dibekalkan oleh pensyarahnya.
            Tiba-tiba timbul rasa penyesalan kerana mengambil subjek Pengajian Kesusasteraan Melayu Lama sebagai salah satu subjek untuk memenuhkan jam kreditnya semester ini. Kenapa dia yang perlu bertungkus-lumus menghayati bahasa lingua franca ini sedangkan pemilik asal bahasa ini sendiri sudah semakin melupakannya? Buktinya sendiri adalah di kalangan teman-teman sepengajiannya di sini. Dalam kelas Pengajian Kesusasteraan Melayu Lama yang dihadirinya, hanya terdapat seorang sahaja penuntut berbangsa Melayu yang berasal daripada Malaysia iaitu Ridzuan Iskandar.
            “I’m Zaharah.” Bisik suara lembut di depannya sambil menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Eddy mengangkat mukanya menghadap pemilik suara lembut itu. Dia terkesima melihat keayuan gadis yang berada di hadapannya.
            “Hello.” Ujar Zaharah lagi sambil mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Eddy.
            “Hai! I’m Eddy. You are new here?” Soal Eddy sekadar berbasa-basi dengan gadis itu.
            “Yeah. I’m from Malaysia. I’m doing my BBA here. This is my first semester. How about you?”
            “I’m locally from here. I’m doing my MBA.” Balas Eddy.
            “Assigment?” Soal Zaharah lagi.
            “Yeah, Assignment.” Jawab Eddy ringkas, malas mahu memanjangkan perbicaraan dengan gadis itu.
            “Patutlah muka ketat. Tengah buat assignment rupanya.” Ujar Zaharah antara dengar dengan tidak.
            “Pardon? What you say just now?”
            “Nothing.” Jawab Zaharah. ‘Takkanlah dia tahu aku tengah kutuk dia. Dia reti cakap Melayu ke?’ Gumam Zaharah sendirian di dalam hati.
            “I tahu you kutuk I. Jangan ingat mat salleh macam I tak faham bahasa Melayu. Kalau you boleh cakap Inggeris, I pun boleh cakap Melayu.” Ujar Eddy sebelum melangkah pergi, meninggalkan Zaharah termangu-mangu sendirian di situ.
Disember 1999, Melaka Malaysia.
            “Aku nikahkan dikau dengan Siti Nur Zaharah Binti Mohd Josuh dengan berwali wakilkan kepada aku dengan mas kahwinnya sebanyak ringgit Malaysia tiga ribu tiga ratus tiga puluh tiga ringgit dan tiga puluh tiga sen.”
“Aku terima nikahnya, Siti Nur Zaharah Binti Mohd Josuh dengan mas kahwinnya sebanyak ringgit Malaysia tiga ribu tiga ratus tiga puluh tiga ringgit dan tiga puluh tiga sen.”
“Sah?”
“Sah.”
“ Alhamdulilah.” Ujar Tok Kadi sambil memgangkat tangan untuk membacakan doa.
            Usai doa dibaca, Eddy menyalami ayah mentuanya dan dia dibawa oleh kedua adik iparnya untuk upacara menyarung cincin nikah dan membatalkan air sembahyang. Hatinya mendebar bila memandang wajah yang amat dirinduinya itu. Sebulan tidak bersua muka bagaikan setahun baginya. Wajah itu semakin cantik dan semakin manis apabila mengenakan busana pengantin serba putih dan bertudung litup.
            Cincin pernikahan disarungkan ke jari manis milik Zaharah. Dikucup lembut dahi isterinya. Zaharah menyalami tangannya dan menciumnya. Syahdu hatinya apabila buat kali pertama Zaharah menyalami dan menciumnya sebagai seorang isteri. Hatinya bagai disiram oleh embun pagi yang sangat dingin. Kini, Zaharah sudah sah menjadi haknya. Semoga masjid yang baru dibina ini kekal selamanya.
Mei 2010, Jakarta Indonesia.
Ruang mesyuarat utama di Perusahaan Wijaya bergema dengan tepukan dan ucapan tahniah daripada semua ahli lembaga pengarah di atas pengumuman kemasukan dua buah projek besar yang bernilai ratusan juta dolar Amerika. Masing-masing merasa senang hati dengan kejayaan besar itu yang bakal memperkukuhkan lagi kedudukan perusahaan mereka di rantau Asia.
            “Selamat Pak Eddy atas kejayaannya. Ngak salah rasanya dulu bapak diangkat untuk mengetuai perusahaan ini.”
            “Makasih Pak Sobrano atas ucapannya. Kejayaan saya di sini bukan hanya kerana keringat saya sahaja tetapi ini turut melibatkan dukungan semua team-team director yang lainnya.”
            “Pak Eddy terlalu merendah diri.”
            “Iyalah pak. Pak Eddy ngak usah terlalu merendah diri. Kita sendiri tahu kok, sejak bapak mengepalai perusahaan ini, semuanya lancar dan kita juga semakin berkembang. Buktinya, peratusan perolehan pendapatan semakin berlipat bahkan Pak Eddy sendiri berjaya menyakinkan para investor kita supaya terus mendukung kita.”
            “Ngak perlu berlebih-lebihan pujiannya Buk Wani. Ntar nanti saya jadi ke’er loh buk.”
            “Ngak ada yang berlebih-lebihan kok pak. Pak Eddy emang selayaknya untuk menerima pujiaan itu.” Sokong Pak Hardy.
            “Oh iya Pak Eddy. Apa benar, ada khabar yang menyatakan kontrak bapak dengan pihak perusahaan di sini bakal tamat?” Soal Pak Sobrano menginginkan kepastian. Sudah beberapa kali khabar angin itu sampai ke telingganya tetapi baru sekarang dia punya kesempatan untuk menanyakan hal itu secara langsung kepada Eddy.
            “Khabar angin yang bapak dengar itu benar. Kontrak saya di sini bakal tamat lagi tiga bulan.” Ujar Eddy jujur kerana dia tahu lambat atau cepat mereka pasti akan tahu juga tentang perkara itu.
            “Apa ngak dilanjutin kontraknya pak?” Soal Buk Wani pula.
            “Pak Ardian ada menawarkan lanjutan kontrak kepada saya, tapi bila difikir-fikirkan semula ada baiknya kontrak saya di sini ditamatkan sahaja.” Jawab Eddy jujur. Sungguh, kalau diikutkan rasa hatinya, dia masih mahu tetap bekerja di sini tetapi masih ada perkara yang lebih penting untuk diuruskannya berbanding pekerjaannya di sini.
            “Kok begitu sih pak? Kalau kontrak bapak ditamatkan, mana ada yang bisa mengantikan posisi Pak Eddy di sini?” Luah Pak Hardy bimbang. Mana tidaknya, selama lima tahun dia tetap melabur di perusahaan ini semata-mata kerana kepercayaannya terhadap kemampuan dan kredabiliti Eddy menguruskan perusahaan. Jika kontrak Eddy bakal ditamatkan, itu bererti perusahaan ini bakal kehilangan seorang yang mampu diandalkan.
            “Itu bapak ngak usah khuatir. Saya yakin kok pak, masih ramai yang punya pontensi untuk menganti posisi saya di sini.” Jawab Eddy dengan tenang untuk meredakan kebimbangan Pak Hardy. “Lagian pula, saya udah terlalu lama di sini. Udah lima tahun. Jadi saya fikir ada eloknya saya bertukar angin pula.”
            “Apa Pak Eddy mahu pulang ke Christchurch?”
            “Ngak pasti lagi Buk Wani. Semuanya masih dalam perancangan.”
Suasana sunyi ruang legar di Perusahaan Wijaya sedikit tergangu dengan bunyi derap kaki yang kedengaran agak keras menuju ke meja pertanyaan. Kehadiran lelaki bertubuh sasa yang lengkap berkot itu menjadi perhatian beberapa pasang mata yang turut berada di situ. Namun, lelaki itu tidak sedikit pun mempedulikan mata-mata yang memandangnya. Tujuannya ke sini cuma satu. Urusannya dengan Eddy Edison harus diselesaikan secepat mungkin. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya. ‘Eddy, nahas kau, aku kerjakan hari ni!!!’
            “Excuse me.”
            “Selamat sore pak. Ada apa yang bisa saya bantu?” Soal seorang gadis yang berada di meja pertanyaan sambil melemparkan senyuman manis kepadanya.
            “Can I meet Mr Eddy Edison? Boleh saya ketemu sama Pak Eddy?” Soalnya dengan wajah yang serius.
            “Maaf pak, kalau bisa saya tau bapak ini siapa dan atas urusan apa bapak mahu ketemu dengan Pak Eddy?” Soal gadis genit yang agak seksi di pandangan mata kasarnya sebagai seorang lelaki. ‘Erm, no bad. Sexy… but this is not the right time for me.’ Ada urusan yang lebih penting yang sedang menunggunya saat ini.
            “Can I meet him or not?” Soalnya kembali kepada gadis itu tanpa mempedulikan pertanyaannya tadi.
            “Apa bapak udah bikin apointmentnya sama Pak Eddy? Pak Eddy lagi sibuk sekarang. Jadi, kalau bapak ngak bikin janji sama dia, bapak ngak bisa masuk.”
            “Emangnya kamu fikir, saya peduli dia lagi sibuk apa ngak. Pokoknya saya mahu ketemunya sekarang.” Balas lelaki itu. Kalau tadi not suaranya rendah dan mendatar tetapi sekarang notnya sudah berubah bernada tinggi.
            “Maaf pak. Pak Eddy lagi rapat sekarang. Dia benar-benar ngak bisa digangu.” Ujar gadis itu lagi mencuba untuk menghalang lelaki itu masuk berjumpa dengan Pak Eddy.
            “Saya ngak peduli. I don’t care.” Balas lelaki tanpa nama itu kasar lalu terus menghayun langkahnya menuju ke ruangan rapat. Gadis itu mengekori langkah lelaki itu. Dia berusaha untuk menghalangnya dari mencerobohi ruang mesyuarat namun segala tindakannya sia-sia belaka.
Tidak semena-mena ruang mesyuarat di Perusahaan Wijaya yang tadinya meriah dengan ucapan selamat dan tahniah bertukar menjadi sunyi sepi umpama dilanggar garuda apabila melihat pintu bilik mesyuarat itu dibuka dari luar. Kelihatan seorang lelaki berada di muka pintu.
            “Maaf Pak Eddy. Saya udah berusaha untuk mencegah bapak ini dari masuk tapi saya ngak berhasil.” Ujar gadis genit itu. Dia gugup. Ada riak kegusaran yang terpancar di wajahnya. Sungguh, dia gusar andai kata pengawai atasannya itu akan memarahinya gara-gara  dia gagal menghalang lelaki asing itu daripada mencerobohi ruang mesyuarat.
            “Ngak apa-apa Natilia. Lelaki ini, kamu bilang pakai bahasa apa pun sama dia, dia tidak akan pernah bisa untuk mengerti.” Ujar Eddy dengan nada sindiran. Dia tahu benar perangai lelaki yang berada di hadapannya kini. Walaupun dihalang dengan pelbagai cara sekalipun, dia pasti akan memastikan kemahuannya dipenuhi dan atas sebab itu juga dia tidak segan-segan untuk mencerobohi ruang mesyuarat Perusahaan Wijaya walaupun sudah dihalang oleh Natilia.
            “Bapak-bapak dan ibuk-ibuk semua, saya kira rapat kita pada hari ini sampai di sini dahulu dan kalian semua bisa bersurai.” Ujar Eddy kepada semua ahli lembaga pengarah yang berada di ruang mesyuarat itu. “Natilia, kamu juga bisa pergi. Tolong kamu tutup rapat pintunya dan saya ngak mahu diganggu.” Tambah Eddy lagi.
            “Baik Pak Eddy.” Jawab Natilia sebelum beredar meninggalkan pengawai atasannya itu bersama dengan lelaki yang tidak diketahui identitinya itu.
            “Please have a sit.” Ujar Eddy  mempersilakan tetamu yang tidak diundang itu untuk duduk. Walaupun kedatangan lelaki itu tanpa diundang dan perbuatannya menceroboh masuk ke ruang mesyuarat boleh dianggap sebagai satu tindakan yang kurang sopan tetapi bukan sifat Eddy untuk turut berkelakuan kurang sopan terhadap lelaki itu.
            “Ed, we need to talk.”
            “Kali ini, tentang apa?” Soal Eddy sambil menyusun semula dokumen-dokumen yang digunakan semasa mesyuarat sebentar tadi. Sebenarnya, Eddy sudah mengetahui maksud kedatangan Ridzuan Iskandar bertemunya pada hari ini dan dia juga sudah bersedia dengan jawapan yang dirasakan paling wajar untuk diberikan kepada peguam muda itu.
            “Sudah geharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula. Ed, kau lebih tahu maksud aku berbanding orang lain.” Balas Ridzuan sambil menggengam tangan kanannya.
            “What?” Soal Eddy selamba seperti sengaja mahu memancing api kemarahan Ridzuan.
            “Eddy!!!” Jerit Ridzuan sambil mencekak kolar kemeja Eddy. Tahap kesabaran Ridzuan semakin menipis. Eddy benar-benar mencabarnya kali ini. Kalau diikutkan rasa hatinya yang tengah panas, maka akan cacatlah wajah tampan milik Eddy dikerjakannya.
            “Woi!!! Behave yourself!!!” Ujar Eddy sambil menepis tangan Ridzuan dari terus mencekak kolar kemejanya. “What you expect me to say?” Tambah Eddy lagi. Dia menolak tubuh Ridzuan jauh darinya. “Kau datang sini macam penyangak antarabangsa, ceroboh bilik mesyuarat aku, tak ada manner then kau nak sound aku pula. What are the hells you think you are? Are you crazy or out of mind?” Ujar Eddy melepaskan apa yang terbuku di hatinya saat itu.
            Ridzuan tersenyum mendengar ucapan yang keluar dari mulut Eddy. “Yes, you are totally crazy. Tak ada orang yang akan senyum lepas kena marah. You are crazy.” Sambung Eddy lagi.
            “Kalau aku gila sekalipun, aku gila sebab kau. I’m crazy because of you. Kau puncanya.”
            “What?”
            “Yes, you are. It’s all because of you.”
            “Nonsense!!!”
            “Aku gila sebab tunggu jawapan dari kau.”
            “Waiting for my answer? Answer for what?”
            “Damn!!!” Ujar Ridzuan sambil menghentak kuat meja mesyuarat di bilik itu. Terkejut Eddy apabila mendengar bunyi hentakan yang kuat itu. Hampir luruh jantungnya. “Answer for my request.” Sambung Ridzuan lagi sambil tersenyum.
            “Your request? What request?”
            Ridzuan melangkah merapati Eddy yang kini berada di hujung meja. Jari-jemari kasarnya menyentuh tangan Eddy, mengusapnya lembut. Jari mereka bertaut dan mereka saling berpandangan. Pandangan yang membawa seribu makna. Hanya mereka yang mengerti. Ridzuan membawa jari-jemari Eddy dekat ke bibirnya. Namun, Eddy terlebih dahulu bertindak pantas dengan menepis tangan Ridzuan darinya. Jiwanya kacau saat itu. Sangat kacau!!!
            “Will you be mine? Will you be my special someone?” Soal Ridzuan dengan intonasi yang sangat lembut dan romantik. Eddy terdiam seketika apabila mendengar soalan itu dan akhirnya dia tersenyum. Demi melihat senyuman Eddy, Ridzuan pantas merangkul tubuh itu ke dalam pelukannya. Dipeluknya erat. Eddy turut membalas pelukan itu. Buat seketika mereka tengelam dan hanyut dalam hangatnya pelukan itu.
            Ridzuan mula merenggangkan pelukannya. Begitu juga dengan Eddy. Mata bertemu mata. Masing-masing melempar senyuman manis. Dan dalam kiraan sepuluh… 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10… mereka berdua pun ketawa. Kenapa? Hanya mereka yang tahu jawapannya.




           

           
           
           

3 ulasan:

nadiilham berkata...

mereka gay ke

Hafia Hana berkata...

apa jd kt wife eddy?
smbung lg k

AYU AMRON berkata...

Kalau nak tahu kena baca cerita selanjutnya.....slmt membaca=)