PEMBUKA BICARA

Apa yang tertulis di laman blog ini datang daripada lubuk hati saya yang paling dalam dengan niat yang ikhlas. Untuk yang sudi mengikuti blog ini, terima kasih saya ucapkan dan untuk yang terguris hatinya dengan pengisian blog ini, salam kemaafan yang saya pinta. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya daripada diri saya sendiri. ~AYU AMRON~

Khamis, 26 Mei 2011

MENCARI KASIH KEKASIH -BAB 7-


Zaharah mengeliat di atas katilnya, tangan kanannya meraba-raba meja sisi untuk mencari-cari sesuatu dengan mata yang masih terpejam. ‘Hah! Jumpa pun.’ Zaharah tersenyum apabila jemari runcingnya dapat menyentuh sebuah objek berbentuk segi empat yang berada di atas meja sisi itu. Objek berbentuk segi empat itu di bawanya ke hadapannya. ‘Aik! Kenapa gelap nie? Tak nampak apa-apa pun.’ Zaharah mengosok mata-matanya beberapa kali lalu dia tersenyum lagi. ‘La… patutlah tak nampak apa-apa. Aku buka mata pun belum lagi. Hehehe.’ Zaharah mengeliat lagi sambil membuka matanya perlahan-lahan. Kalau di ikutkan hatinya yang malas ini, mahu sahaja dia menyambung tidurnya lagi tambahan pula dia tiada kelas pada hari ini. Tetapi bila dikenangkan dia sudah berjanji dengan Julia untuk menemaninya mencari bahan tugasan di perpustakaan, niatnya untuk menyambung tidur itu harus di kuburkan dalam-dalam.
            Zaharah mengambil objek yang berbentuk segi empat itu sekali lagi lalu di pandangnya. “Erm… masih awal. Baru pukul lapan pagi. Aku janji dengan Julia pukul sebelas. Erm… boleh sambung tidur lagi sekejap.” Zaharah berbicara sendiri sambil tersenyum lalu merebahkan badannya semula ke katil.
            Zaharah yang baru mahu memejamkan matanya semula seperti terlihat kelibat seseorang di penjuru kamarnya. Hatinya jadi berdebar. Darahnya berderau tiba-tiba. Seingatnya dia sendirian di rumah kerana Eddy masih belum pulang daripada Malaysia dan seingatnya juga dia telah mengunci semua pintu dan tingkap sebelum masuk tidur malam semalam. Jadi, mustahil ada orang lain yang dapat masuk ke apartmentnya.
            Zaharah menarik turun selimut yang menutupi wajahnya perlahan-lahan sambil matanya turut di buka perlahan-lahan juga. Dia dapat melihat jelas figura seorang lelaki yang berpakaian serba putih berdiri di hadapannya kini.
            “Mak!!! Hantu!!!” Jerit Zaharah nyaring sambil menutup semula mukanya dengan selimut yang sudah tersedia di tangannya. Dia berfikir sejenak, logik ke ada hantu siang-siang hari di bumi Christchurch ini. Macam tak logik sahaja kalau ada hantu siang-siang hari begini lalu dia menurunkan selimut yang menutupi wajahnya tadi. Dia melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya semula. Kalau tadi dia hanya memandang lelaki itu hingga separas pinggang sahaja tetapi kini dia melihat lelaki itu hingga ke wajahnya.
            Mulut Zaharah terganga. Dia tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya kini. Eddy!!! Zaharah bingkas bangun daripada katil lalu menerpa Eddy. Eddy yang tidak dapat menampung berat Zaharah yang tiba-tiba menerpa ke arahnya mula terhuyung-hayang seketika sebelum dia dapat menstabilkan semula dirinya.
            “Bila abang balik?” Soal Zaharah yang kini tengelam dalam pelukan hangat Eddy.
            “Malam tadi.” Jawab Eddy ringkas. Dia mengemaskan pelukan kepada Zaharah sambil mula mencium leher jinjang milik isterinya itu untuk melepaskan segala kerinduan yang terbuku di hatinya.
            “Erm…” Zaharah mengeliat kegelian. “Kenapa tak kejutkan Zara masa abang sampai?” Soal Zaharah lagi.
            “Kalau abang kejutkan Zara tak dapatlah abang lihat perangai Zara pagi tadi. Tidur pun boleh senyum-senyum. Ingatkan siapa?” Soal Eddy pula sambil mengelus rambut ikal milik Zaharah perlahan-lahan. Dia menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Zaharah.
            “Tak ada sapa-sapa. Zara tak ingatkan sapa-sapa pun.” Balas Zaharah sambil jari-jemari runcingnya mula membuka butang kemeja Eddy lalu membelai dada bidang suaminya itu.
            “Betul?” Soal Eddy lagi. Eddy mula merapatkan wajahnya ke wajah Zaharah. Zaharah mula merasai desas nafas Eddy yang panas itu menampar wajahnya. Eddy merapatkan lagi wajahnya sedikit demi sedikit ke wajah Zaharah. Mata mereka yang bertentangan mengirim rasa rindu yang mengunung.
            Eddy tersenyum lalu mula merapatkan bibirnya ke bibir Zaharah. Belum sempat pun bibir mereka bertemu, Zaharah menolak tubuh Eddy agar menjauhinya. Eddy terpempan seketika. Terkejut dengan penolakan Zaharah. Eddy merapati Zaharah semula tetapi langkahnya terhenti apabila Zaharah memberikan isyarat agar tidak mendekatinya. Eddy binggung dengan tingkah Zaharah yang agak aneh itu.
            Tiba-tiba Zaharah berlari ke arah bilik mandi sambil menekup mulutnya.
            “Uwek!!! Uwek!!!” Zaharah mengeluarkan segala isi perutnya. Hilang rasa loya yang bertandang tiba-tiba di anak tekaknya tadi. Dia melihat wajahnya di cermin sinki. Pucat tidak bermaya. Dia menghela nafasnya dalam-dalam beberapa kali sebelum keluar daripada bilik air itu.
            Eddy yang setia menantinya di luar di pandang sepi.
            “Why? Are you sick?” Soal Eddy. Perasaan bimbang mula merajai hatinya kerana selama mereka berkahwin tidak pernah sekalipun Zaharah jatuh sakit. “Perut masuk angin ke?” Soal Eddy lagi.
            Zaharah hanya mengelengkan kepalanya.
            “I take you to the doctor, okay?”
            Zaharah hanya mengelengkan kepalanya lagi sambil tersenyum.
            “Kita pergi jumpa doktorlah. Buat check up. Nanti kalau sakitnya melarat lagi susah.” Pujuk Eddy bersungguh-sungguh. Melihat wajah isterinya yang pucat tidak bermaya itu betul-betul merutun hati lelakinya.
            “Zara dah pergi jumpa doktor. Lagipun abang tak payah risaulah, Zara dah biasalah macam ni. Dah seminggu dah Zara muntah-muntah macam ni.” Jelas Zaharah sambil memejamkan matanya merasai nikmat picitan jari-jari kasar Eddy di tengkuknya.
            “What? Seminggu? A week?” Eddy terkejut dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut isteri kesayangannya itu. Selama seminggu ini, dia berada di rumah keluarga mertuanya di Malaysia dan dia hanya berhubung dengan Zaharah melalui panggilan telefon tetapi tidak sedikit pun Zaharah menyentuh perihal ini. “Kenapa tak beritahu abang? Kalau abang tahu, abang boleh balik sini cepat-cepat untuk jaga Zara.” Ujar Eddy sedikit terkilan dengan sikap Zaharah yang tidak memaklumkan keadaan itu kepadanya. Terasa seolah-olah dirinya tidak penting untuk Zaharah.
            “Abang kan kat rumah mak dengan abah. Zara tak naklah kacau abang.”
            “Kacau apa pulak. Zara ni kan tanggungjawab abang. Zara sakit abang kenalah jaga. Kalau jadi apa-apa kat Zara, apa abang nak jawab dengan mak dengan abah? Ingatlah Zara ni sekarang  isteri abang, apa-apa yang jadi kat Zara itu semua tanggungjawab abang. Dah sakit-sakit macam ni sampai seminggu pun tak nak beritahu kat abang. Suka sangat simpan semua sorang-sorang. Kalau Zara simpan semua tu sorang-sorang, tak nak share dengan abang, apa guna abang ni jadi suami Zara?” Ujar Eddy lagi.
            Zaharah memicit kepalanya perlahan. Pergh! Kepalanya bertambah berdenyut-denyut apabila Eddy mula membebel persis seperti ayahnya. ‘Dia ni balik Malaysia pergi jenguk mak dengan abah ke pergi menuntut ilmu membebel dengan abah. Wah, hebat abah aku! Seminggu je balik sana, dia boleh tukar menantu dia yang tak banyak cakap nie jadi sama kuat membebel macam dia. Bravo abah! Bravo!’
            “Ni apahal pulak senyum-senyum ni?” Soal Eddy kehairanan. Isy! Orang bercakap betul-betul, dia boleh tersenyum-senyum pula. Zara, Zara. “Betul dah jumpa doktor ni?” Soal Eddy lagi mencari kepastian. Dia bukan boleh percaya sangat dengat cakap Zaharah yang sememangnya penakut kalau di suruh jumpa doktor atau makan ubat. Dia masih ingat lagi bagaimana dia harus bersusah payah memecahkan sebiji panadol sehingga halus menjadi serbuk dan memasukkan serbuk itu ke dalam kapsul untuk di berikan kepada Zaharah sewaktu Zaharah demam suatu ketika dahulu.
            “Dahlah. Kalau tak percaya pergi call Julia. Dia yang teman Zara pergi klinik hari tu.” Jawab Zaharah.
            “Then, what the doctor say?”
            “Zara sihat. Tak sakit apa-apa pun. Nothing to worry.”
            “Hah! Dah seminggu muntah-muntah macam ni pun doktor tu kata tak ada apa-apa. Biar betul doktor tu. Zara ni pergi jumpa doktor haiwan ke doktor manusia?” Eddy musykil dengan jawapan yang diberikan oleh Zaharah. Sudah seminggu muntah tetapi doktor tetap mengatakan isterinya itu sihat. Aneh! Pelik bin ajaib!
            “Doktor manusialah bang. Abang ingat Zara ni apa? Kucing ke nak pergi jumpa doktor haiwan.” Bidas Zaharah.
            “Doktor tu bertauliah ke tak?” Soal Eddy lagi.
            Zaharah yang mendengar soalan itu memandang Eddy penuh kehairanan sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal, suatu tindakan refleks yang biasa dia lakukan sekiranya dia berada di dalam situasi keliru. Apasal pula soalan yang pelik-pelik keluar daripada mulut suami aku ni? Tadi tanya aku jumpa doktor manusia ke jumpa doktor haiwan? Sekarang tanya doktor yang aku jumpa tu bertauliah ke tak? Ada skru longgar ke dekat kepala dia?
            “Why are you looking at me like that?” Soal Eddy apabila dia menyedari keanehan pandangan yang dilemparkan oleh isterinya itu. Dia meraba-raba mukanya dan memerhati pakaian yang dipakainya. Sempurna seperti biasa. Tiada satu pun yang luar biasa sehingga boleh menimbulkan keanehan di mata isterinya itu. “What?” Soal Eddy sekali lagi sambil mengangkat sebelah keningnya ke atas.
            “You are weird.” Ujar Zaharah sambil meletakkan sebelah tapak tangannya ke atas dahi Eddy manakala sebelah lagi ke atas dahinya sendiri untuk seketika kemudian Zaharah memegang pergelangan tangan kiri Eddy sambil mengerling sekilas jam di atas meja di sisi katil. Suhu ok. Denyutan nadi pun ok, stabil, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan tetapi kenapa perlakuan Eddy aneh. Tanya soalan pun yang pelik-pelik.
            “What’s wrong with you?” Soal Eddy lagi penuh tanda tanya. Musykil dia melihat telatah isterinya itu. Pagi-pagi lagi sudah main doktor-doktor atau memang isterinya itu sudah menukar profesionnya. Takkanlah! Baru dua minggu berjauhan, isterinya boleh jadi doktor pula. Orang lain kalau nak jadi doktor pun paling kurang kena belajar lima ke enam tahun baru boleh jadi doktor. Takkanlah isterinya ini genius sangat sampai boleh habiskan semua sukatan pelajaran ilmu perubatan dalam masa dua minggu. Sungguh-sungguh mustahil dan sama sekali tidak boleh diterima akal warasnya.
            “Suhu badan normal. Denyutan nadi pun normal. Tak laju sangat and tak perlahan sangat. Sedang-sedang aje.” Ujar Zaharah seakan-akan memberi ulasan tentang tahap kesihatan Eddy tanpa sedikit pun mengendahkan soalan yang diajukan oleh Eddy.
            “Honey, what’s wrong with you?”
            “Hani mana pula ni bang? Abang baru dua minggu berjauhan dengan Zara dah pandai cari perempuan lain ye.” Ujar Zaharah sambil bercekak pinggang di hadapan Eddy. Wajahnya mula menyingga. Kalau singga, si raja rimba itu lihat wajah Zaharah pada waktu ini pun, dia boleh kecut perut dan lari lintang pukang. Silap-silap haribulan terus letak jawatan sebagai raja rimba.
            “I said honey. H O N E Y. I not said Hani. H A N I.” Eddy terpaksa mengeja kedua-dua perkataan itu untuk membezakannya. Isy, kenapalah ada dua perkataan yang sama bunyi lain ejaan dan lain maksudnya? Tak pasal-pasal aku kena masuk kelas mengeja balik ni. Yang Zara ni pun satu. Cuaca elok aje aku tengok, panas terik lagi kat luar tu tapi boleh pulak ada ribut taufan kat sini siap dengan puting beliung sekali. Bulan mengambang penuh ke apa? Sensitif semacam je ni, mesti tengah mengambang ni. Eddy bermonolog sendirian.
            “Oh… yeke? H O N E Y not H A N I. Sorry, wrong interpretation.” Zaharah mengaru-garu kepalanya lagi. Wajahnya merona merah. Dia jadi malu sendiri kerana salah mentafsirkan kata-kata suaminya tadi. Nasib baiklah belum sampai perang dunia ketiga lagi. Kalau tidak, sia-sia je bergaduh pasal benda yang remeh-temeh seperti itu.
            “Moody je abang tengok Zara ni. Tengah period ke apa?” Soal Eddy. Dia kenal isterinya itu. Sikap Zaharah tidak seperti kebiasaannya. Sikapnya ini hanya boleh dilihat pada waktu-waktu tertentu setiap bulan.
            “Taklah.”
            “Selalu kalau period je Zara buat perangai macam tu dengan abang. Almaklumlah bila kawan baik Zara tu datang Zara kan tak pedulikan abang ni. Asyik nak marah-marah je, moody memanjang.”
            “Mana ada.” Nafi Zaharah. Dia memintal-mintal hujung rambutnya yang ikal itu sambil berfikir sejenak. Ye ke? Kalau aku period aku moody? Aiseyman! Aku tak perasan orang lain pulak yang perasan. Buat malu je. Tapi tak apalah yang perasan pun bukan orang lain, suami aku juga. Zaharah tersenyum sendiri.
            “Ni apa kes pulak termenung sambil pintal-pintal rambut ni? Dah tu boleh senyum sorang-sorang pula. Isy, dah kritikal dah abang tengok penyakit Zara ni. Tadi tak pasal-pasal boleh muntah-muntah lepas tu marah plus moody. Sekarang ni pulak boleh termenung sambil tersenyum sorang-sorang. Are you sure, doktor tu cakap Zara sihat? Tak ada apa-apa penyakit yang serius?” Soal Eddy bertalu-talu.
            “Jangan risaulah bang. Tak ada apa-apa yang serius pun.” Jawab Zaharah bersungguh-sungguh. Sukar untuk Eddy mempercayai kata-kata isterinya itu kerana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana isterinya muntah tadi dan betapa pucatnya wajah isterinya tatkala ini.
            Eddy memandang wajah Zaharah, menatap terus ke anak matanya. Dia cuba mencari kebenaran kata-kata isterinya itu dari sinar yang terpancar oleh sepasang mata bening milik Zaharah. Hanya sinaran kejujuran yang terpancar di situ tetapi Eddy tetap tidak berpuas hati dengan kata-kata Zaharah lalu dia menarik Zaharah ke cermin besar yang tergantung di kamar tidur mereka. Jelas terpancar dua figura manusia di cermin itu. Satu milik Eddy dan satu lagi milik Zaharah.
            “Zara kata Zara sihat tapi Zara tengok sendiri wajah Zara kat cermin ni. Zara pucat! Tak bermaya langsung!”
            “Pucat sikit aje. Biasalah tu.” Selamba Zaharah membidas kata-kata suaminya itu.
            Eddy yang mendengar kata-kata selamba daripada mulut isterinya itu mendengus geram. Mak ai!!! Bini aku ni biar betul? Muka dah pucat macam mayat hidup pun dia boleh kata pucat sikit aje. Rabun ke apa bini aku ni? Aku yang bermata empat ni pun kalau tak pakai spec boleh nampak jelas dan nyata yang dia ni tak sihat.
            “Biasalah tu?” Eddy mengulang semula kata-kata Zaharah dengan nada yang berbau soalan. Pandangannya dicerlung tajam ke arah Zaharah, penuh dengan rasa tidak puas hati. Zaharah berlagak seperti biasa, buat-buat tidak nampak pandangan tajam yang dilemparkan oleh suaminya yang tercinta itu. Sengaja dia mahu mendera perasaan Eddy. Sesekali mempermainkan perasaan orang seronok juga. Zaharah tersenyum di dalam hati.
            “Zara, please! Beritahulah abang betul-betul apa yang doktor cakap dengan Zara. It must be something wrong with you, kalau tak, takkanlah muka Zara sampai pucat macam ni sekali. Please…tell me. Jangan buat abang risau.” Eddy memujuk Zaharah. Selagi dia tidak tahu apa sebenarnya penyakit Zaharah selagi itulah hatinya tidak puas. Resah dan gelisah.
            “Sebenarnya… Zara…” Zaharah menghela nafasnya dalam-dalam. Dia masih mahu bermain teka-teki dengan Eddy. Melihat riak kerisauan yang terpancar jelas di wajah kacak suaminya itu membuatkan Zaharah berasa seronok untuk terus bermain ‘tarik tali’ dengannya.
            “Sebenarnya apa?” Eddy memotong kata-kata Zaharah.
            “Doktor kata… penyakit Zara ni tak ada ubat. Doktor tak boleh nak buat apa-apa.” Ujar Zaharah perlahan sambil membuat mimik muka sedihnya.
            Eddy terpempan mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut isterinya itu. Dia menelah air liurnya yang terasa kesat di kerongkongnya.
            “Zara sakit apa? Takkanlah doktor tak boleh nak buat apa-apa. Teknologi perubatan kat sini kan canggih. Abang tak percaya semua tu. Kalau doktor yang Zara jumpa tu tak boleh buat apa-apa, abang akan cari doktor lain untuk rawat Zara. Pasti ada caranya.” Luah Eddy bersungguh-sungguh sambil mengengam erat tangan Zaharah. Dada Eddy sebak tiba-tiba. Dia mula tewas dengan perasaannya sendiri.
            “Abang, abang jumpa doktor yang paling hebat sekali kat dunia pun, dia tetap tak boleh buat apa-apa sebab penyakit Zara ni bukan penyakit biasa. Zara terkena penyakit buatan orang.”
            “What? Penyakit buatan orang?” Soal Eddy terkejut. Sungguh dia tidak menyangka di zaman yang serba moden dan canggih ini, masih ada lagi ‘penyakit buatan orang’ ini. “Kalau doktor tak boleh nak rawat Zara, apa kata kita balik kampung je. Berubat cara tradisional. Jumpa dukun ke, bomoh ke, pak-pak ustaz ke yang pandai rawat penyakit macam ni.” Cadang Eddy.
            “Buang masa je bang sebab dia orang pun tak boleh nak buat apa-apa dengan penyakit Zara ni.”
            “Janganlah cakap macam tu. Kita ikhtiar je, manalah tau kalau-kalau mereka boleh sembuhkan penyakit Zara ni. Abang tak sanggup kehilangan Zara.” Lirih sahaja suara Eddy saat dia menuturkan kata-kata itu. Wajahnya juga telah diselaputi awan mendung sedangkan dalam hati Zara, dia melonjak-lonjak kegembiraan kerana berjaya mengenakan Eddy.
            “Abang janganlah risau, InsyaAllah lepas lebih kurang sembilan bulan, Zara pasti akan sembuh macam biasa.”
            Eddy memandang Zaharah, dia berasa pelik sedikit tentang penyakit Zaharah. Penyakit buatan orang yang boleh sembuh selepas sembilan bulan? Penyakit apa? Eddy mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil memikirkan tentang keanehan penyakit yang dihidapi oleh Zaharah.
            “Agak-agak Zaralah, siapa yang jahat sangat sampai sanggup buat Zara macam ni? Sanggup buat Zara terkena penyakit buatan orang ni?” Soal Eddy.
            “Betul ke abang nak tahu siapa orangnya?” Soalan Eddy dibalas dengan soalan juga oleh Zaharah.
            Eddy merenung tepat ke wajah isterinya itu. “ Zara tahu ke? Siapa?” Soal Eddy lagi.
            “Abanglah.”
            “What? Zara jangan nak tuduh abang yang bukan-bukan. Takkanlah abang sanggup nak buat Zara macam tu.” Ujar Eddy.
            “Zara tak tuduh abanglah. That’s reality. Ini buktinya.” Zaharah menghulurkan sekeping gambar scan hasil pemeriksaannya dengan doktor tempoh hari.
            “Gambar apa ni?” Soal Eddy dengan wajah yang berkedut-kedut.
            “Correction! Not gambar apa tapi gambar siapa and jawapannya ialah ini gambar anak kita.” Jawab Zaharah seraya menarik tangan Eddy untuk diletakkan di perutnya.
            Eddy tergamam. Dia bagaikan tidak percaya dengan kata-kata Zaharah itu tetapi senyuman manis yang terukir di wajah isterinya itu berjaya menyakinkannya bahawa kata-kata itu adalah suatu kebenaran. Eddy mendakap Zaharah erat dan menghujani wajah jelita isterinya itu dengan ciuman.
            “Thanks sayang because give me such a beautiful present.”
            “You are most welcome abang.”
            “Wait! Kejap-kejap! Abang tak faham, tadi Zara kata Zara kena penyakit buatan orang lepas tu sekarang ni Zara nak kata yang Zara pregnant and lepas tu Zara kata abang yang buat Zara. Apa semua ni? Abang tak fahamlah.” Eddy meleraikan pelukannya dan kembali menyoal Zaharah.
            “Isy abang ni! Lambat pick up lah. Maksud Zara tadi, abanglah yang buat Zara jadi macam ni or in others word abang lah yang buat Zara pregnant. Ada faham?” Zaharah mengenyitkan sebelah matanya.
            “So, kiranya yang muntah-muntah tadi tu morning sicknesslah?” Soal Eddy. Dia kembali meraih Zaharah ke dalam pelukannya semula.
            “Pandai pun. Sepuluh markah.” Jawab Zaharah yang sudah tengelam di dalam kehangatan pelukan Eddy. “Nanti abang tolong beritahu kat mak dengan abah tau pasal berita ni.”
            “Kenapa pulak abang yang kena beritahu mak dengan abah? Kalau Zara yang beritahu mak dengan abah kan lebih afdal. Mereka pasti gembira. Zahid dengan Zaidi pun pasti suka sebab nak dapat anak buah.”
            “Betul ke mak dengan abah akan gembira?” Soal Zaharah.
            “Mestilah gembira sebab nak dapat cucu kan. Kenapa Zara tanya macam tu pulak?”
            “Yelah, dulu masa kita kahwin pun abah dah bising-bising sebab Zara belum habis study. Sekarang ni pun mesti abah bising lagi sebab belum habis study tapi dah nak ada baby pulak.” Luah Zaharah. Dia takut penerimaan orang tuanya mengenai berita ini terutama sekali penerimaan abahnya.
            “Tak payah risaulah. InsyaAllah mak dengan abah akan gembira dengan berita ni.” Eddy mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya lalu mendail beberapa nombor.
            “Nak call siapa ni?”
            “La… nak call mak dengan abahlah. Nak beritahu diarang berita gembira ni.”
            “Yeke? Dah berapa bulan? Lima minggu? Alhamdulilah. Jaga Zara tu baik-baik Eddy. Jangan bagi dia buat kerja berat-berat sangat. Suruh dia banyak berehat. Yelah, nanti mak beritahu dengan yang lain-lain. Kirim salam mak kat Zara tu. Assalamualaikum.” Mak Leha meletakkan kembali ganggang telefon yang berwarna hijau lumut itu ke tempatnya sambil tersenyum lebar. Dia menadah tangannya, memanjatkan beribu-ribu kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan berita yang baru diterimanya tadi.
            “Siapa yang telefon tadi?” Soal Pak Josuh yang tiba-tiba muncul dari balik pintu. “Asyik benar awak bercerita dekat telefon tu.”
            “Eddy yang telefon tadi.”
            “Menantu awak tu nak apa?” Soal Pak Josuh. Memang tidak di nafikan menantunya yang seorang itu memang rajin menelefon ke rumah untuk bertanyakan khabar. Kalau hendak diharapkan anak perempuannya, si Zaharah itu yang menelefon memang jaranglah. Sibuk memanjang katanya. Kadang-kala dia berasa pelik dengan tingkah anak dan menantunya itu. Yang benar-benar anak jarang menelefon tetapi yang menantunya pula selalu menelefon ke rumah, paling tidak seminggu sekali pasti dia akan menelefon.
            “Isy, abang ni kalau bercakap tu macam si Eddy tu menantu saya sorang je. Eddy tukan menantu abang jugak.” Ujar Mak Leha dengan rasa sedikit tidak senang dengan kata-kata suaminya tadi.
            “Yelah, yelah. Menantu kita tu nak apa?” Soal Pak Josuh kembali. Perkataan ‘kita’ itu sengaja ditekankannya untuk memuaskan hati isterinya.
            “Dia nak beritahu kita yang Zara dah mengandung lima minggu.” Jawab Mak Leha gembira dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibirnya. Dia berasa sangat gembira kerana bakal menjadi nenek dan menimang cucu pertamanya.
            “Zara dah mengandung? Habis pelajarannya bagaimana? Diakan belum habis lagi belajarnya tu.” Pak Josuh sedikit beremosi apabila memikirkan Zaharah bakal menjadi seorang ibu sedangkan dia masih lagi belum menamatkan pengajiannya.
            “Abang ni janganlah risau sangat. Tadi saya ada juga tanyakan kat Eddy kalau Zara dah mengandung nanti pelajarannya macam mana. Eddy kata Zara akan tetap teruskan pengajiannya sebab tinggal empat bulan je lagi pengajian Zara di sana, lagipun Zara mengandung baru lima minggu. Jadi sempat sangatlah dia nak habiskan pelajarannya kat sana tu.” Ujar Mak Leha. Pak Josuh menarik nafas lega apabila mendengar kata-kata isterinya itu. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu pelajaran anaknya itu terganggu. Dia mahu anaknya itu pulang semula ke tanah air dengan kejayaan. Semoga dengan kejayaan Zaharah nanti dapat mendorong Zahid dan Zaidi untuk mencapai kejayaan yang sama juga suatu hari nanti.


3 ulasan:

itu_aku +_^zue berkata...

eheehe
nk baby
hope xde la jahat sgt plan SA eddy

itu_aku +_^zue berkata...

sambung cpt2 ye:)
x sbr tgu next n3

AYU AMRON berkata...

insyaAllah....thanks ye sb sudi baca cerita merapu saya ni...saya sgt hargainya