Ketika Zaharah menyelak helaian buku ilmiahnya yang setebal sebuah yellow pages, ditemani angin malam yang amat dingin dari jendela kamar yang sengaja dibiarkan terbuka, dia teringatkan kenangan lamanya bersama Eddy. Perkenalan yang bermula tanpa sengaja di perpustakaan sewaktu dia masih baru lagi menginjakkan kakinya ke sini. Dia masih ingat betapa berserabutnya wajah Eddy waktu itu. Namun wajah serabut itu tetap comel di hatinya. Menarik untuk dipandang.
Entah mengapa waktu itu dia berani untuk menegur Eddy. Penerimaan Eddy pada mulanya baik tetapi dek kerana mulutnya yang lancang tidak berinsurans, hubungan mereka boleh diibaratkan seperti anjing dan kucing. Pantang bersua pasti bercakaran. Kemuncak krisis antara mereka adalah sewaktu Hari Memperingati Tokoh-tokoh Sasterawan Sedunia yang dianjurkan oleh Falkulti Bahasa Dan Sastera.
“Saya pilih novel Salina karya sasterawan agung Malaysia, Dato’ A. Samad Said yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 1961 sebagai karya sastera yang akan mewakili Malaysia untuk hari memperingati tokoh pada tahun ini.” Ujar Eddy memberikan pendapatnya kepada Professor Izrahim Nabawi.
“Saya tak setuju Prof.” Bantah Zaharah.
“Kamu ada cadangan lain?” Soal Professor Izrahim.
“Ada. Saya cadangkan novel Putera Gunung Tahan.” Balas Zaharah dengan penuh yakin kerana dia pernah membaca hasil karya itu.
“Saya tak setuju Prof. Putera Gunung Tahan terlalu ringan teksnya. Struktur dan tekstur pengolahan jalan cerita dan ayat hanya sesuai untuk tatapan pelajar sekolah sahaja. Langsung tidak menetapi ciri-ciri yang telah kita tetapkan.” Bantah Eddy pula. Dia menjeling Zaharah dengan penuh perasaan mengkal yang bermukim di dadanya. Dia masih ingat kata-kata Zaharah yang mengutuknya di perpustakaan tempoh hari. Mujur dia mengetahui Bahasa Melayu, kalau tidak tentu Zaharah akan mengutuknya dengan lebih teruk lagi.
“Tatapan pelajar sekolah? Apa maksud awak? Awak jangan nak hina hasil karya sastera negara saya.” Panas sungguh hatinya mendengar bantahan Eddy. ‘Sesuka hati dia je nak kutuk hasil karya orang. Dia ingat dia dah tahu cakap Melayu dah kira bagus ke. Menyampahnya!!!’
“Excuse me! I tak pernah hina hasil karya sesiapa pun. You ni sound trouble ke apa? Better you pergi check your ears. Takut nanti ada masalah pendengaran pulak nanti. Sayang…masih muda tapi dah pekak.” Jerkah Eddy. ‘Bila pulak aku hina karya orang? Perempuan ni sah pekak. Lain yang aku cakap lain pulak yang dia dengar.’
“Kalau awak tak menghina, yang awak cakap karya pilihan saya hanya sesuai untuk tatapan pelajar sekolah tu kenapa?” Bentak Zaharah. ‘Isy!!! Dah hina karya orang tak nak mengaku pula. Sajelah tu nak tegakkan benang yang basah. Dasar chopstick bergerak.’ Zaharah mengutuk di dalam hatinya.
“Yang you terasa sangat tu kenapa? I tak berniat nak menghina tapi I rasa apa I cakap tu betul berdasarkan fakta yang I tahu. I rasa you lebih faham maksud I.”
“Macam tu you kata tak menghina. You dah memperkecilkan hasik karya orang lain. Tahu tak?” Hilang sudah bahasa bersaya dan berawak oleh Zaharah. Timbul pula bahasa ‘ber you’ dan ‘ber I’. Semuanya kerana gara-gara geram berbalah dengan Eddy. Professor Izrahim hanya menjadi pemerhati sahaja. Memerhati betapa hebatnya dua orang pelajar kegemarannya berbahas mempertahankan pilihan masing-masing.
“I rasa tak salah bila I cakap Putera Gunung Tahan untuk tatapan pelajar sekolah. I tak menghina pun.” Tegas Eddy lagi. Kenapalah kenyataan yang dikeluarkannya boleh disalah anggap oleh gadis kecil molek dihadapannya ini. Kalaulah bukan kerana Professor Izrahim ada bersama mereka waktu ini, mahu sahaja digigit-gigitnya hidung mancung Zaharah. Geram!!!
“Tak salah you kata?” Bentak Zaharah.
“Betullah. Setahu I Putera Gunung Tahan adalah teks wajib Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima wilayah selatan Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Takkanlah you student dari Malaysia tak tahu teks wajib negara sendiri?” Sengaja Eddy memulangkan paku buah keras kepada Zaharah. “Atau you memang tak ambil tahu? You tak buat research ke sebelum nak berdebat dengan I di sini?” Sindir Eddy. Berdesing telingga Zaharah mendengar kata-kata Eddy itu. Merona merah mukanya menahan malu kerana disindir sebegitu rupa di hadapan professornya.
“Itu I tahulah. Sapa kata I tak tahu? I pun guna teks tu masa SPM dulu.” Balas Zaharah ingin menutup malunya. “Tapi I tetap tak setuju kalau Salina yang dipilih.” Tegas Zaharah.
“May I know why you disagree with my choice? Give me a concrete reason.” Pening kepala Eddy dengan bantahan demi bantahan daripada Zaharah. Penat nak melayannya. ‘Aduhai perempuan ni. Kot ye pun nak meroyan janganlah dengan aku. Kan sampai dah terkeluar ayat mother tongue aku ni. Nasib baik Prof. Izrahim tak perasan. Kalau tak mesti dia cakap, Eddy… Malay please.’
“Mengangkat martabat seorang wanita yang bekerja sebagai seorang pelacur sebagai watak utama dan watak putih dalam sesebuah karya penulisan adalah satu perlakuan yang sangat tidak boleh diterima oleh akal waras saya. Menjadikan keruntuhan akhlak, perjudian dan ketagihan arak sebagai latar belakang penceritaannya juga tidak boleh saya terima. Kalau karya ini mewakili negara saya, pengkritik akan fikir tentang kerendahan moral negara saya.”
“Cetek sungguh akal pemikiran kamukan.” Sindir Eddy sambil tersenyum sinis. Sungguh dia tidak boleh menerima segala alasan yang dikemukan oleh Zaharah tadi. “Memang benar Salina menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang. Mereka menghalalkan apa jua cara untuk memastikan keberlangsungan kehidupan mereka termasuk perlacuran dan mengorbankan harga diri sendiri.”
“Menghalalkan apa jua cara yang sudah jelas-jelas salah. Moral anak bangsa saya akan dipertikaikan.” Bentak Zaharah keras. Seingatnya dia tidak pernah membentak sekeras itu di hadapan sesiapun tetapi tidak untuk kali ini. Dia tidak akan membenarkan orang luar memperlekehkan negaranya.
“Cik Zaharah, kenapa you sentiasa melihat sesuatu perkara itu daripada sudut yang negatif? Cuba you lihat perkara ini daripada perspektif yang berbeza. The positive side of it.” Ujar Eddy. Dia melepaskan keluhan berat. Intonasi suaranya dikendurkan sedikit. Suasana seakan-akan semakin tegang, panas dan membahang. Kenapalah gadis di hadapannya ini terlalu cepat melatah bila soal moral anak bangsanya diperkatakan? Tidakkah ada sedikit pun sisi baik yang dapat dilihat oleh gadis itu di dalam karya agung sasterawan negara itu? Pelbagai soalan muncul dan bermain di benaknya kini.
“Positive side?” Soal Zaharah sambil memeluk tubuhnya.
“Ya. Cuba pandang karya itu dari sudut dan sisi yang berbeza. You akan dapat melihat apa yang sebenarnya penulis ingin sampaikan. Penulisnya tidak menulis hanya sekadar untuk suka-suka. Dia ada misi yang tersurat dan tersirat. Ada mesej dan pengajaran yang ingin beliau sampaikan. Kalau tidak, masakan karya itu diangkat martabatnya, dijulang nilainya oleh pekarya-pekarya sastera yang lain.” Edy berhenti seketika. Dia menghela nafasnya dalam-dalam sebelum menyambung bicaranya. “I yakin semasa menulis tidak ada sedikit pun terlintas di hati beliau untuk merendahkan moral anak bangsanya sendiri. Apa yang ditulisnya adalah semata-mata untuk mengambarkan peristiwa sebenar selepas perang dan memberi sedikit pengajaran kepada generasi pelapisnya supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama.”
Zaharah terpana seketika mendengar hujah yang dikeluarkan oleh Eddy. Sedikit sebanyak Zaharah mula mengakui kebenaran kata-kata Eddy itu di dalam hatinya. Begitu dalamkah pengetahuan pemuda itu mengenai karya agung itu?
“Menurut kamu, apa pengajaran yang beliau ingin sampaikan?” Soal Zaharah ingin menduga sedalam mana Eddy mengetahui mengenai karya agung sasterawan negara itu.
Eddy tersenyum nipis mendengar soalan Zaharah itu. Hatinya berdetik dalam diam. Mungkin hujahnya telah berjaya mematahkan bantahan gadis kecil molek itu. “Cintakan keamanan dan jauhi peperangan.” Jawab Eddy ringkas.
“Boleh kamu terangkan dengan lebih jelas dan terperinci?” Soal Professor Izrahim tiba-tiba setelah dari tadi hanya menjadi pemerhati kepada pertikaman lidah mereka.
“Kita sendiri sedia maklum yang dunia kita ni bukanlah seaman mana. Di beberapa tempat masih terdapat segelintir pihak yang masih bertelagah sesama sendiri. Kerana apa? Sebabnya mudah sahaja. Kerana kuasa dan pengaruh. Kerana perbezaan agama dan ideologi. Kerana perbezaan kasta dan macam-macam lagi.”
“Apa pula kaitannya situasi itu dengan novel yang kamu pilih?” Soal Zaharah pula.
“Ada bidalan yang mengatakan mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Melaluinya kita boleh berdakwah dan saya rasa melaluinya juga kita boleh mengadakan kempen keamanan. Bak kata orang, serampang dua mata sambil menyelam minum air.”
“Jadi?” Soal Professor Izrahim ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa yang sedang difikirkan oleh Eddy. Eddy bukan calang-calang mahasiswa. Selama mengenali pemuda itu, ideanya sentiasa bernas, buah fikirannya sentiasa segar. Pada awal usia perkenalan mereka, dia sentiasa berfikir bahawa Eddy terlalu berlebih-lebih apabila mengeluarkan ideanya dan kadang-kala apa yang difikirnya terlalu dramatik untuk dipraktikkan. Tetapi apabila masa berlalu dan dia kian mengenali Eddy, dia sedar yang pemuda itu memiliki kebolehan berfikir yang luar biasa. Yang jarang dimiliki oleh orang lain. Eddy sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa.
“Novel itu mengisahkan situasi semasa dan selepas perang. Kebanyakkannya berkisar tentang kesusahan, kepayahan, kesulitan dan kesengsaraan hidup selepas perang. Bagaimana survivalnya hidup mereka. Bagaimana menderitanya mereka demi meneruskan hidup dalam kebinasaan selepas perang. Sedikit-sebanyak dengan menggunakan kisah ini kita boleh mengambarkan tentang keadaan perang yang sebenar. Perang bukan sahaja mengenai kemenangan dan kuasa tetapi sebenarnya perang lebih kepada penderitaan dan kemusnahan. Kita boleh didik mereka untuk lebih mencintai keamanan supaya mereka tidak perlu lagi melalui kehidupan yang penuh dengan duka dan air mata sepertimana apa yang dilalui oleh generasi sebelumnya. Kita boleh pupuk semangat cintakan kedamaian supaya mereka tidak jadi seperti nenek moyang mereka. Mengejar kuasa yang tidak pasti tetapi akhirnya menghancurkan sebuah negara bangsa.” Eddy menghentikan hujahnya seketika. Dilemparkan pandangan matanya kepada dua insan yang sedang berada di hadapannya. Ada riak kagum di wajah mereka. “Mungkin apa yang saya dan kita semua cuba lakukan tidak akan memberi kesan atau impak yang terlalu besar kepada situasi semasa tetapi setidak-tidaknya kita telah mengambil satu langkah kecil untuk mengekalkan keamanan yang kita nikmati sekarang. Dan kita juga harus ingat bahawa setiap langkah besar pasti akan dimulai dengan satu langkah kecil terlebih dahulu. Mungkin satu hari nanti langkah kecil yang kita ambil pada hari ini mampu mengubah sejarah dunia pada hari esok.” Tambah Eddy lagi.
“Sejauh mana kamu yakin dengan apa yang kamu rancangkan?” Soal Professor Izrahim. Sesungguhnya dia sangat berpuas hati dengan ulasan daripada Eddy. Sungguh dia tidak percaya seorang pemuda yang tidak pernah terlibat secara langsung dengan peperangan mampu berfikir sejauh itu.
“Semua anak-anak di universiti ini cendiakawan. Mereka terpelajar dan punya pendidikan yang tinggi. Mereka mampu berfikir yang mana kaca dan yang mana permata walaupun secara zahirnya kilauan yang terpancar itu seolah-olah sama tetapi tetap tidak serupa. Dan saya yakin tiada seorang cendiakawan pun di dunia ini yang menyukai peperangan kerana peperangan itu akan memusnahkan ilmu.” Jawab Eddy dengan penuh yakin dan semangat yang berkobar-kobar.
Zaharah yang mendengar hujah demi hujah yang keluar daripada mulut pemuda Inggeris itu hanya mampu terdiam. Berfikir sejenak tentang kebenaran yang diungkapkan oleh pemuda itu. Bagaimana dia boleh buta menilai karya agung itu? Selama ini dia begitu taksub mempertahankan moral anak bangsanya yang seakan-akan diperlekehkan di dalam karya itu sehingga dia gagal memahami mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh penulisnya. Zaharah malu dengan dirinya sendiri. Dia juga malu dengan Eddy. Eddy begitu mendalami karya itu sedangkan dia selama ini menyalah ertikan karya itu. Kini, dia faham mengapa karya itu diangkat sebagai karya agung sasterawan negara.
“Eddy, saya luluskan cadangan kamu.” Ujar Professor Izrahim memberi keputusannya setelah berpuas hati mendengar hujah daripada kedua-dua pihak. Eddy tersenyum mendengar keputusan itu.
Tuk, tuk, tuk!!! Tuk, tuk, tuk!!!
Bunyi ketukan yang bertalu-talu di muka pintu biliknya menghalau pergi kenangan masa lalunya bersama Eddy. Zaharah bangkit dari dudukya. Dengan lagak malas dia menuju ke pintu bilik untuk melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu biliknya. Dikerling sekilas jam yang sedia tergantung di dinding yang sudah menunjukkan ke angka tiga pagi. Hah!!! Tiga pagi? Lamanya aku berkhayal. Gumamnya sendiri di dalam hati. Seingatnya kali terakhir dia melihat jam baru pukul satu pagi.
“Ana rupanya. Zara ingatkan siapa tadi.” Ujar Zaharah apabila melihat wajah Ana Dalila, salah seorang teman serumahnya yang menjengol di sebalik pintu. Zaharah membiarkan pintu biliknya terbuka dan kembali duduk semula di meja belajarnya. Ana Dalila menuruti langkah Zaharah ke dalam bilik lalu duduk di birai katil.
“Kenapa Ana?” Soal Zaharah. Aneh rasanya apabila Ana Dalila mengetuk pintu kamarnya seawal jam tiga pagi.
“Kenapa apa?” Soal Zaharah dibalas dengan soalan semula oleh Ana Dalila. Dia melemparkan pandangannya ke seluruh ruang kamar Zaharah yang berukuran sederhana besar itu. Kemas dan rapi. Sangat berbeza dengan keadaan kamarnya yang seakan-akan seperti kapal yang dilanggar garuda. Pandangannya terhenti di meja belajar Zaharah. Cuma meja itu yang agak berselerak dengan buku-buku ilmiah dan beberapa helai kertas.
“Zara tengah buat assignment ke? Sorry kalau Ana ganggu.” Ujar Ana Dalila sambil bergerak ke arah meja itu.
“Bukan assignment. Just buat revision sikit. Ana ada hal penting ke nak cakap dengan Zara?” Soal Zaharah pula.
“Kenapa Zara tanya macam tu kat Ana?”
“Bukan kebiasaannya untuk Ana datang ke bilik Zara. Inikan pula waktu-waktu pagi begini. Kalau tak ada perkara yang betul-betul penting, Zara rasa Ana tidak akan ke sini.” Jawab Zaharah. Memang sepanjang perkenalan mereka, Zaharah tidak begitu akrab dengan Ana Dalila walaupun mereka datang daripada negara yang sama. Walaupun tinggal serumah tetapi mereka jarang bersua muka apatah lagi duduk berbual bersama. Ana Dalila tersenyum mendengar kata-kata Zaharah. Bingkai gambar yang berisi gambar Zaharah bersama Eddy di atas meja diambilnya lalu ditatap lama. Timbul perasaan mengkal di hatinya.
“Kenapa Ana?” Soal Zaharah semula apabila Ana Dalila diam seribu bahasa. Aneh!!! Itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh hati kecil Zaharah.
“Ana tengok Zara semakin akrab dengan Eddy kebelakangan ini. Zara serius dengan Eddy?” Soal Ana Dalila lalu meletakkan kembali bingkai gambar itu di posisi asalnya.
“Kenapa Ana tanya?” Soal Zaharah sedikit kurang senang dengan pertanyaan Ana Dalila tadi. Selama ini Ana Dalila tidak pernah mencampuri urusan peribadinya tetapi kini sebaliknya pula yang berlaku.
“Ana cuma ambil berat perkembangan rakan senegara di sini. Ana tidak mahu Zara tersilap langkah.” Jawab Ana Dalila.
“Maksud Ana? Zara tak faham?”
“Kita datang ke sini untuk belajar bukannya berkasih. Takut nanti amanat orang tua kita terabai. Zara fahamkan maksud Ana?” Soal Ana Dalila kembali. Zaharah tidak menjawab soalan itu. Seingatnya sejak dia menuntut di sini dan berkenalan dengan Eddy, dia tidak pernah sama sekali mengabaikan pelajarannya. Walaupun keputusan peperiksaannya tidak secemerlang Eddy tetapi setidak-tidaknya dia tidak pernah mengulangi kertas yang sama untuk kali kedua.
Melihat Zaharah hanya berdiam dan tidak menjawab soalannya, Ana kembali menyambung bicara, “Eddy bukan sebangsa dengan kita apatah lagi agamanya. Zara tak takut kalau Eddy hanya mahu mempermainkan perasaan Zara? Ana cuma bimbang kalau-kalau nanti habis madu sepah dibuang.”
“Kalau tentang itu, Ana tidak perlulah bimbang. Zara kenal Eddy. Zara yakin dengan dia, Lagipun selama ini Eddy tidak pernah ambil kesempatan di atas diri Zara. Bahkan siang tadi, Eddy sudah melamar Eddy.”
“Zara percaya janji manis yang ditabur Eddy? Dia tu lelaki Zara. Dia boleh cakap apa pun yang dia suka.” Ujar Ana Dalila lagi.
“Insyaallah Ana. Tidak akan ada perkara buruk yang berlaku di antara kami. Terima kasih atas ingatan Ana itu.” Balas Zaharah dengan penuh yakin. Ana Dalila melepaskan keluhan berat. Ternyata dia gagal menanam benih syak wasangka di dalam hati Zaharah terhadap Eddy.
“Terserah pada Zara. Ana cuma menjalankan kewajipan Ana untuk menasihati Zara. Walaupun kita berdua tidak terlalu rapat tapi Ana tetap tidak mahu teman senegara Ana tersilap langkah.” Ujar Ana Dalila sebelum berlalu pergi meninggalkan Zaharah sendirian di biliknya.
Sesampai sahaja di biliknya, Ana Dalila menekup mukanya dengan bantal lalu menjerit sekuat hati demi melepaskan segala amarah yang kini berada di dalam dirinya. Dia gagal dalam misi pertamanya. Ternyata kepercayaan Zaharah terhadap Eddy terlalu kuat untuk digugat. ‘Tak apa. Kau tunggu dan lihat apa yang akan aku buat. Kau takkan bahagia dengan Eddy. Ini Ana Dalila, keturunan Pendekar Kundur, pantang berundur.’
“Dah sampai Malaysia ke?” Soal Eddy kepada Zaharah tiba-tiba sambil menghulurkan sebotol air mineral kepadanya. Zaharah mengurut dadanya perlahan. Berderau darahnya apabila ditegur sebegitu rupa secara tiba-tiba.
“You!!! Terperanjat I. Next time bagilah salam dulu. Ni tak, you main terjah je. Nasib baik I ni tak ada sakit jantung. Kalau ada tak pasal-pasal je nanti I collapse kat sini.” Omel Zaharah melepaskan ketidakpuasan hatinya terhadap perbuatan Eddy. Bukan sekali dua bahkan sudah berkali-kali dia menegur perbuatan Eddy yang suka menegurnya daripada belakang itu tetapi segala tegurannya hanya sia-sia belaka. Umpama mencurah air ke daun keladi, langsung tidak dipedulikan oleh Eddy.
“Hello Cik Siti Nur Zaharah Binti Mohd Josuh. I dah bagi salam banyak kali tapi you yang tak jawab salam I.” Balas Eddy membela dirinya.
“Ye ke? I tak dengar pun.”
“Macam mana you nak dengar kalau you tu asyik sangat termenung.You tengah fikirkan apa? Paper tadi? Kalau pasal paper tadi, tak payahlah fikir sangat. I yakin you dah buat yang terbaik. You kan bijak, mesti boleh skorlah.” Ujar Eddy memberi kata-kata perangsang kepada Zaharah.
“I bukan fikir pasal paper tadilah, I tengah fikir pasal benda lain ni.”
“Fikir pasal benda lain? Benda apa?” Soal Eddy inginkan kepastian.
“About our plan.” Jawab Zaharah sambil memintal hujung rambutnya yang ikal.
“Our plan? Which plan?” Soal Eddy lagi. Dia bingung. Tidak tahu rancangan mana satu yang dimaksudkan oleh Zaharah kerana ada terlalu banyak rancangan yang dirancangnya bersama Zaharah.
“Tentang perkahwinan kita. Tentang Malaysia.” Jawab Zaharah sedikit dingin kerana agak tersinggung dengan tingkah Eddy yang tidak mengingati rancangan perkahwinan mereka. Walhal dulu Eddy yang beria-ia ingin berkahwin dengannya.
Eddy perasan raut wajah Zaharah sudah berubah sedikit mendung. Nada suaranya juga sedikit dingin tidak mesra seperti biasa. Eddy tersenyum. Mungkin Zaharah terasa dengan kata-katanya sebentar tadi. Tiga tahun menyulam cinta bersama gadis itu membuatkan Eddy tahu persis setiap pergolakan jiwa yang berlaku ke atas gadis itu dan dia juga tahu bagaimana mahu memujuk hati keras seorang gadis bernama Zaharah.
“Kalau tentang itu, I ada surprise nak bagi dekat you.”
“Surprise? Erm… apa dia?” Soal Zaharah antara acuh dengan tidak. ‘Ni nak beli jiwalah ni. Tadi sakitkan hati aku, ni tahu plak nak pujuk balik.’ Gumamnya sendirian di dalam hati.
“Trang…!!!” kata Eddy sambil menghulurkan sepucuk sampul surat kepada Zaharah.
“Apa ni?” Soal Zaharah.
“Mana boleh cakap. Kalau I cakap itu bukan surprise lagi namanya. Why not, kalau you buka and you tengok sendiri apa isinya.”
Dengan lafaz basmallah, Zaharah membuka sampul surat itu dengan penuh hati-hati. Berdebar dadanya ingin mengetahui apa isinya. Sekeping kertas yang berlipat kemas dikeluarkan daripada sampul surat itu. Diamatinya seketika. Timbul tanda tanya di dalam hatinya. Surat apakah ini? Ditebarkan pandangan matanya ke arah Eddy. Ingin bertanya namun Eddy terlebih dahulu bersuara.
“Bukalah.” Gesa Eddy. Dia mengulum senyum. Terasa aneh senyuman itu di mata Zaharah. ‘Senyum sumbing semacam je. Nie mesti ada apa-apa. Si Eddy ni bukan boleh percaya sangat. Kang datang mood dia nak mendajalkan aku. Apa-apa pun dia boleh buat. Tak apa Zaharah, buat macam biasa je. Kita lihat siapa yang terkena nanti.’
“La… yang termenung tu kenapa? Bukalah.” Gesa Eddy lagi.
“Yelah, yelah. Orang nak bukalah ni.” Lipatan surat itu dibuka perlahan. Ada tulisan berwarna-warni di situ. Di bacanya perlahan di dalam hati. Zrupp!!! Panas!!! Terasa seolah-olah semua darahnya kini berkumpul di muka. ‘Isy, saja jelah ni nak cari pasal dengan aku.’ Dihadiahkan satu jelingan maut kepada Eddy. Dia bingkas bangun merapati Eddy yang berada beberapa langkah darinya. Entah bila pemuda itu bangun dari sisinya pun dia tidak pasti.
Melihat sahaja Zaharah yang sudah mula melangkah ke arahnya, Eddy dapat mengagak apa yang bakal berlaku. Dia sudah bersiap sedia kerana dia tahu bila-bila masa sahaja si singa betina itu akan mengaum. 1…2…3…lari!!!
Eddy berlari pantas meninggalkan Zaharah yang sedang terkial-kial mengejarnya daripada belakang. Zaharah yang mengejarnya sudah tercunggap-cunggap. Dia sedar dia tidak mungkin menyaingi langkah Eddy. Tiba-tiba timbul satu idea di benaknya.
“Auch!!!”
Eddy yang mendengar jeritan Zaharah itu segera berpaling. Zaharah sudah jatuh terjelepok ke tanah sambil mengurut-ngurut kaki kanannya.
“Kenapa?” Soal Eddy.
“Semua pasal you tau. Sakit kaki I ni tau.” Adu Zaharah sambil mengurut kakinya.
“Sakit sangat ke?” Soal Eddy lagi yang turut sama membantu mengurut kaki Zaharah.
“Auch!!!”
“Sorry. Tak sengaja.” Balas Eddy sambil spontan tangannya diangkat dari kaki Zaharah. Timbul rasa bersalah di hati Eddy. Kalau dia tidak menyakat Zaharah tadi, mungkin Zaharah tidak akan terjatuh dan tercedera. Dia tayang muka seposen, mengharap simpati daripada Zaharah agar tidak memarahinya. Zaharah dapat membaca maksud pandangan itu tetapi sengaja dia buat seolah-olah tidak mengertinya. Sengaja mahu mendera perasaan Eddy. ‘Amik ko, padan muka.’ Gerutu hatinya sendiri sambil tersenyum. Senyuman yang hanya ada dalam hatinya.
Melihat wajah Zaharah yang berkerut seribu menahan kesakitan menambah lagi rasa bersalah di dalam diri Eddy. Dia mengutuk perbuatan keanak-anakannya. Kata orang terlajak perahu boleh diundur tetapi kalau sudah terlajak kata dan perbuatan, buruk akibatnya.
“I’m so sorry. I don’t mean to hurt you.” Pujuk Eddy. Zaharah diam. Langsung tidak memandang ke arah Eddy. “Please!!! Say something to me.” Pujuk Eddy lagi. Dia benar-benar dibebani rasa bersalah tatkala ini.
Namun Zaharah tetap diam seribu bahasa. Tetap tidak membalas walaupun dengan sepatah perkataan. Sengaja dimasamkan mukanya namun di dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia sedang sedang bersorak riang melihat rupa Eddy yang sedang kalut memujuk hatinya. Sesekali mengenakan orang best juga, bisik hatinya nakal sambil menyimpan senyum.
Eddy melepaskan keluhan berat. Segala usahanya untuk memujuk Zaharah menemui jalan buntu lalu dia mengeluarkan sepucuk sampul surat dan diserahkan kepada Zaharah. Zaharah memandang sampul surat itu dan wajah Eddy silih berganti. Eddy menghantar bahasa tubuh kepada Zaharah untuk membuka sampul surat itu. Zaharah sedikit teragak-agak untuk membukannya. Dia takut kalau-kalau Eddy mendajalkannya sekali lagi.
Usai membukanya, isinya dikeluarkan dengan penuh berhati-hati. Zaharah terkesima. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berada di atas tapak tangannya kini. Dua tiket penerbangan ke Malaysia.
“You?”
“Yeah.”
“Serious?”
“Mestilah serious. Takkan I nak main-main pulak. Kita akan balik ke Malaysia dalam masa dua minggu lagi. So, you dah beritahu parents you pasal kita?” Soal Eddy.
Mendengar sahaja pertanyaan yang keluar dari mulut Eddy itu, perasaan bersalah mula menyerang hati Zaharah. Dia hanya mampu mengelengkan kepalanya.
“Why?” Soal Eddy. Ada nada kecewa di dalam bicaranya.
“I takut.” Jawab Zaharah pendek. Itulah jawapan terbaik yang dirasakan paling wajar diberikan kepada Eddy kerana sesungguhnya dia memang benar-benar takut untuk memberitahu keluarganya di Malaysia tentang rancangan perkahwinan mereka.
“Takut? Takut apa?” Soal Eddy binggung. Semua perancangan telah diatur dengan rapi. Tiket penerbangan ke Malaysia juga telah dibeli. Bahkan melalui Ridzuan, teman rapatnya dari Malaysia, dia telah merancang rombongan meminang Zaharah yang akan diwakili oleh orang tua Ridzuan sendiri. Memang Zaharah tidak pernah meminta dia menghantar rombongan merisik mahupun meminang kerana pada Zaharah lafaz akad dan nikah itu lebih penting. Tetapi, ini semua adalah rancangannya sendiri kerana dia mahu Zaharah merasai perasaan menjadi tunangan orang walaupun cuma sebentar. Tetapi setelah apa yang dia dengar daripada Zaharah, dia berasa sangat kecewa. Dia berasa seolah-olah hanya dia sahaja yang beria-ia di atas rancangan perkahwinan mereka.
“Penerimaan family I terutama sekali my dad. I tak ada kekuatan nak beritahu mereka.” Jawab Zaharah. Eddy mengeluarkan mengeluarkan telefon bimbitnya lalu diletakkan di atas telapak tangan Zaharah. Zaharah memandang wajah tampan milik Eddy dan telefon yang berada di tangannya silih berganti. Dia tidak dapat menangkap maksud sebenar Eddy memberikan telefon itu kepadanya.
“Kenapa you beri telefon you kat I? I ada telefon I sendirilah.” Ujar Zaharah, binggung.
“Use my phone and make a call.” Arah Eddy dengan nada yang agak mendatar.
“Call? Call siapa?” Soal Zaharah lagi.
“Your parents, Zara. Tadi you kata you tak ada kekuatan untuk beritahu hal kita dekat family you. But now, I ada dekat sebelah you and you ambillah sebanyak manapun kekuatan yang you nak dari I to let your parents know about us.”
“What? You want me to call them now?” Soal Zaharah sedikit terkejut. ‘Biar betul mamat ni nak suruh aku call family aku sekarang. Dekat sini memanglah siang tapi dekat Malaysia mesti dah tengah malam. Mahu aku kena sembur dengan abah aku sebab telefon dia waktu macam ni.’
“Yes. Now.”
“No! I tak berani.”
“Ok. Kalau macam tu, let we make this thing simple. You dial the numbers than let me talk to them personally.”
“Hah! Are you serious?” Terkejut babun Zaharah mendengar kata-kata Eddy. Babun pun tak terkejut seperti dia.
“Yes, I do.”
“Tak payahlah call. Kita beritahu parents I by telegram.” Cadang Zaharah. Rasanya itulah jalan yang terbaik untuk mereka. Andai kata abahnya mengamuk apabila mendapat berita itu, tidaklah mereka menjadi mangsa amukan itu.
“Sempat ke? I takut kita yang sampai dulu sebelum telegram tu. Remember, we are going back in two weeks time okay.” Ujar Eddy memberikan peringatan.
“Sempatlah. Lagipun kitakan hantar telegram bukannya surat.” Balas Zaharah cuba menyakinkan Eddy.
“Okay I setuju. It’s up to you. But you must remember, I nak your parents tahu pasal rancangan kita ni sebelum kita sampai. No matter how. By email ke, by phone call ke or by telegram. I don’t care. I just care whether your parents know about it or not. I tak nak nanti kita dah sampai tapi your parents tak tahu apa-apa lagi. If that thing happen, rosak semua plan I.”
“Rancangan apa lagi?” Soal Zaharah.
“Hah!” Eddy mengaru kepalanya yang tidak gatal. “Rancangan perkahwinan kitalah. Rancangan apa lagi yang kita buat?” Ops!!! Hampir sahaja terpecah rahsia. Siti Nur Zaharah Binti Mohd Josuh, nantikan kejutan istimewa you daripada I, gumam Eddy sendiri di dalam hati. Kejutan yang pasti akan sangat membahagiakan mana-mana gadis yang bakal mendirikan rumahtangga. Ridzuan awal-awal lagi sudah dirasuah oleh Eddy untuk menyimpan rahsia kejutan itu daripada pengetahuan Zaharah. Dia tersenyum sendiri dan tanpa sedar senyuman itu turut dilihat oleh Zaharah.
“Hah! Yang you tersenyum sorang-sorang ni kenapa? Mesti you ada sorokkan apa-apa daripada I kan? Baik you mengaku sekarang dengan I.”
“Mana ada. I’m not hiding anything from you.” Nafi Eddy.
“Habis tu yang you senyum sorang-sorang tu kenapa? Tak ada orang yang senyum tanpa sebab.”
“Kata Sheikh Aziz, dalam islam, senyuman itu sedekah. So sekarang ni I senyum sebab nak bersedekah. I nak cari pahala tambahan.”
“Betul ni tak ada apa-apa?” Soal Zaharah lagi mencari kepastian.
“Betullah.”
“Kalau I tahu you ada sorokkan apa-apa dari I, siap you nanti I kerjakan.” Ugut Zaharah sambil membeliakkan anak matanya kepada Eddy.
“Betullah. Tak ada apa-apa. You tu, jangan lupa pulak apa yang I suruh you buat tadi.”
“Yelah, yelah. Nanti I beritahu mereka. Don’t worry okay.”
3 ulasan:
bestla awak!!! bila lagi nak sambung ni??
TQ awak....InsyaAllah akan disambung lg secepat yg mungkin
gila ah!cerita ni mantap abis!
Catat Ulasan