PEMBUKA BICARA

Apa yang tertulis di laman blog ini datang daripada lubuk hati saya yang paling dalam dengan niat yang ikhlas. Untuk yang sudi mengikuti blog ini, terima kasih saya ucapkan dan untuk yang terguris hatinya dengan pengisian blog ini, salam kemaafan yang saya pinta. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya daripada diri saya sendiri. ~AYU AMRON~

Khamis, 28 April 2011

MENCARI KASIH KEKASIH- BAB 5-

Mak Leha leka meraut lidi kelapa untuk di jadikan penyapu. Irama gesekan bilah parang dengan batu pengasah oleh Pak Josuh menjadi halwa telinga mereka. Sesekali Mak Leha melemparkan pandang ke arah jalan. Setiap kali mendengar bunyi kenderaan di jalan pasti Mak Leha akan memanjangkan lehernya untuk melihat dan setiap kali itu jugalah dia akan melepaskan keluhan hampa kerana orang yang dinantinya tetap juga tidak kunjung tiba.
            “Dah lama awak menuntut dengan zirafah, Leha?” Soal Pak Josuh tiba-tiba. Bukannya dia tidak perasan gelagat isterinya itu. Sejak dari tadi kerjanya asyik memerhati jalan sahaja.
            “Bila pula saya menuntut dengan zirafah? Abang jangan nak mengarutlah.” Balas Mak Leha. Buat tabiat ke apa orang tua ni. Ada ke orang dikatakannya menuntut dengan zirafah. Sungguh tak masuk dek akal.
            “Dah tu, yang awak asyik menghadap ke jalan tu, kenapa? Leher pulak asyik dipanjangkan je dari tadi. Sekali pandang dah macam leher zirafah.” Jawab Pak Josuh.
            “La… saya tunggu anak dara kita baliklah bang. Katanya sampai pagi tadi tapi kenapa matahari dah tegak kat atas kepala, dia tak sampai-sampai lagi. Kot-kot Zara sesat tak bang?”
            “Isy awak ni Leha, takkanlah anak dara awak tu sesat. Zara tu baru tak balik sini tiga tahun bukannya tiga puluh tahun. Kalau tiga puluh tahun tu, abang percayalah dia sesat.”
            “Manalah tau.”
            “Awak kalau bab buat cerita dongeng macam tu memang nombor satu kan.”
            Tin tin!!! Bunyi hon kedengaran di halaman rumah mereka. Mak Leha dan Pak Josuh berpaling serentak ke arah bunyi itu. Mereka mengukir senyum sebaik sahaja melihat susuk tubuh yang keluar daripada perut kereta itu.
            Mak Leha pantas menuju ke arah susuk tubuh yang amat dikenalinya itu lalu diraihnya ke dalam pelukan. Ada mutiara jernih yang terbit di birai mata tuanya itu. “Zara.” Sebaris nama itu meniti di bibir tuanya. Pelukannya dileraikan, wajah di hadapannya ditatap lama untuk melepaskan beban rindu di hati yang sudah terpendam sekian lama.
            “Mak, abah.” Ujar Zara sambil menyalami tangan tua Mak Leha dan Pak Josuh.
            “Zara, mak rindu sangat dengan kamu.” Ujar Mak Leha sambil menyeka air matanya dengan menggunakan hujung lengan bajunya. Hati ibu mana yang tidak terusik apabila menerima kepulangan anak yang sudah lama di rantau orang.
            “Zara pun rindu sangat dengan mak dan abah. Rindukan adik-adik juga. Mak dengan abah, sihat?”
            “Kami sihat. Semuanya sihat cuma abah kamu ni hah yang tak berapa nak sihat.” Jawab Mak Leha.
            “Abah tak sihat? Abah sakit apa?” Soal Zaharah dengan nada risau. Jelas tergambar riak kegusaran di sepasang mata bening milik gadis itu. Degupan jantungnya seolah-olah berdegup dua kali ganda daripada biasa.
            “Tak usahlah didengar cakap mak kamu tu, abah ni sihat cuma jantung ni je yang tak berapa nak sihat.” Sela Pak Josuh. Mendalam sungguh makna ucapannya itu. Mak Leha yang tahu maksud di sebalik kata-kata itu menjeling tajam kepada suaminya. Isy, orang tua ni! Kalau ye pun nak dok smash si Zara ni, tunggulah budak ni masuk rumah dulu. Omel Mak Leha di dalam hatinya.
            “Abah sakit jantung ke mak? Serius ke?” Soal Zaharah lagi dengan nada bimbang.
            “Ya, abah ni memang dah kena sakit jantung. Tak adalah seserius mana pun tapi dah sampailah juga tahap parah. Dah bernanah dah pun.” Jawab Pak Josuh selamba. “Mana tak bernanahnya kalau dapat berita kamu nak bernikah dengan lelaki asing.” Tokoknya lagi. Zaharah yang mendengar ucapan Pak Josuh itu menjadi serba salah. Adakah benar hasratnya untuk bernikah dengan Eddy telah menyebabkan ayahnya jatuh sakit?
            “Isy, abang ni! Kot ye pun, berilah Zara ni masuk rumah dulu. Takkan abang nak buka ceramah kat tengah-tengah laman ni.” Tegur Mak Leha. Dia kurang senang dengan sikap suaminya itu. “Zara, jom masuk. Panas kat luar ni. Kamu tu tentu penat sebab berjalan jauh. Mak ada masak sambal udang petai dengan kerabu mangga yang kamu suka tu. Usah dipedulikan apa yang abah kamu tu cakap.” Sambung Mak Leha lagi sambil cuba untuk membantu Zara membawa bagasinya masuk ke dalam rumah.
            “Tinggalkan aje beg kamu tu kat situ. Pergi ikut mak kamu tu masuk. Dari pagi tadi beria-ia benar dia masak untuk kamu. Beg kamu tu nanti biar abah aje yang bawa masuk ke dalam.” Ujar Pak Josuh. Memang hatinya masih panas dengan tingkah Zaharah yang mahu bersuamikan pemuda berbangsa asing namun, sepanas-panas hati tuanya, sayangnya pada Zaharah masih menebal.
            “Tak apalah bah, Zara boleh bawa sendiri. Berat beg ni.” Balas Zaharah. Masakan dia sampai hati melihat abahnya yang sudah tua itu membawa begnya yang berat itu.
            “Abah ni memang dah tua tapi setua-tua abah ni, masih lagi ada kudrat. Masih kuat lagi setakat nak angkat beg kamu tu untuk bawa masuk ke dalam.”
Mak Leha tersenyum melihat telatah Zaharah. Berselera benar dia makan. Langsung tidak ditolehnya kiri dan kanan. Maklumlah semua lauk yang terhidang adalah lauk-pauk kegemaran Zaharah. Mak Leha melihat sesusuk tubuh milik Zaharah. Sedikit susut tubuh itu di pandangan mata tuanya.
            “Mak tengok Zara macam dah kurus sikit. Zara tak makan ke kat sana?” Soal Mak Leha.
            “Sibuklah kat sana. Kadang-kadang nak makan pun tak sempat. Lagipun kat sana, mana ada makanan yang sedap-sedap macam yang mak masak ni.”
            “Hari tu kamu kata nak balik berdua. Ini, abah tengok kamu balik sorang je. Kawan lelaki kamu tu mana?” Soal Pak Josuh tiba-tiba.
            “Uhuks…” Zaharah tersedak apabila mendengar soalan abahnya itu. Suapannya terhenti. Pantas dia meneguk minumannya.
            “Abang ni, cubalah belajar bersabar sikit. Tak menyempat-nyempat nak tanya. Biarlah budak ni habis makan dulu. Tengok, sampai tersedak Zara dibuatnya.” Omel Mak Leha.
            “Tak apalah mak, abah tanya tu sebab dia nak tahu. Eddy ada kat rumah Tok Sidang.”
            “Rumah Tok Sidang? Buat apa dia kat sana? Dia tak sudi nak injak pondok buruk kita ni ke?” Soal Pak Josuh bertalu-talu.
            “Isy abang ni, kalau nak bertanya pun biarlah satu-satu. Ni tak, bertalu-talu dah macam machine gun.”
            “Eddy kata tak berapa manis kalau orang kampung pandang dia duduk di sini sebab dia dengan Zara belum ada apa-apa ikatan pun. Takut timbul fitnah pula nanti. Sebab tulah Eddy tinggal dekar rumah Tok Sidang. Lagipun Tok Sidang tu kan peserta program Homestay kat kampung kita ni.” Jawab Zaharah. Dia berharap benar yang jawapannya itu dapat memuaskan hati abahnya itu. Dia tidak mahu abahnya berkecil hati dan berfikiran yang bukan-bukan tentang Eddy hanya kerana Eddy menginap di rumah Tok Sidang.
            “Bila dia nak ke sini?” Soal Mak Leha pula.
            “InsyaAllah, kalau tiada aral melintang Eddy datang besok.
Kok, kok, kok, kok!!! Kok, kok, kok, kok!!! Bunyi kokokan ayam jantan yang saling bersahutan menandakan hari sudah dinihari. Bunyi ketukan beduk di surau berhampiran juga telah kedengaran, menandakan waktu solat subuh hampir tiba.
            “Asalamualaikum Tok.”
            “Waalaikumussalam. Eh, Eddy! Awalnya kamu bersiap. Kamu nak ke mana?” Soal Tok Sidang apabila melihat Eddy sudah lengkap berpakaian kemeja berlengan panjang dan berseluar slack hitam. “Masih awal kalau kamu nak ke rumah Zara.”
            “Saya bukan nak ke rumah Zara. Saya nak ikut tok ke surau untuk solat subuh. Boleh ke?” Tanya Eddy.
            “Surau dengan masjid tu kan rumah Allah. Sesiapa pun boleh pergi. Tak payahlah kamu nak minta izin tok.” Balas Tok Sidang sambil tersenyum.
“Allahuakbar, Allahuakbar. Ashaduallah ilahailallah. Ashaduanna muhammadarasuluallah. Haiya allal solah. Haiya allal falah. Qatqomatisolah tu qatqomatisolah. Allahuakbar, Allahuakbar. Lailahaillaallah.” Selesaikan sahaja Iqamat dilafazkan, semua jemaah pun menadah tangan untuk membaca doa.
Entah mengapa hati Pak Josuh begitu tersentuh dengan Iqamat yang dibaca pada pagi ini. Suara yang mengalunkannya pun agak tenang dan lunak sahaja di telingganya. Dia tertanya-tanya sendiri, siapalah yang membaca Iqamat pagi ini. Lamunan Pak Josuh terhenti di situ apabila melihat para jemaah sudah bangun dan memenuhkan saf di hadapannya.
Usai mengerjakan solat subuh, Pak Josuh menyuruh Zahid dan Zaidi pulang dahulu ke rumah untuk bersiap-siap ke sekolah, sementara dia masih lagi mahu berada di surau bersama-sama dengan kariah surau. Sedang Pak Josuh asyik menyusun sejadah di atas rak, tiba-tiba bahunya ditepuk daripada belakang. Pantas dia menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang menepuk bahunya tadi.
“Eh, Tok Sidang rupanya. Saya fikir siapa tadi.” Ujar Pak Josuh sambil berjabat tangan dengan Tok Sidang dan pemuda Mat Salleh yang bersama-sama dengan Tok Sidang itu.
“Kamu dah sihat ke Josuh?” Soal Tok Sidang.
“Alhamdulilah Tok. Saya dah sihat. Erm… ni siapa Tok?” Soal Pak Josuh pula walaupun hati tuanya sudah dapat mengagak siapakah pemuda itu.
“Inilah Eddy, kawan anak kamu tu. Eddy, ini Pak Josuh, ayah Zaharah merangkap bakal ayah mertua kamu.” Ujar  Tok Sidang, memperkenalkan mereka di antara satu sama lain.
“Apa khabar pak cik? Saya Eddy. Eddy Saifuldeen Edison bin Abdullah.” Ujar Eddy sambil berjabat tangan sekali lagi dengan Pak Josuh.
“Reti cakap melayu kamu ni?” Soal Pak Josuh agak terkejut dengan kepetahan Eddy bertutur dalam bahasa melayu.
“Reti Josuh. Hari ni pun yang baca Iqamat tadi, Eddylah.” Tok Sidang memberi jawapan bagi pihak Eddy.
“Ye ke?” Kata Pak Josuh bagaikan tidak percaya dengan kata-kata Tok Sidang itu. “Eh, Tok, Eddy jomlah kita ke rumah aje.” Pelawa Pak Josuh. Eddy tersenyum mendengar pelawaan itu. Baginya, itu merupakan satu permulaan penerimaan yang baik daripada Pak Josuh.
“Abang! Abang! A…bang!!!”
“Ouch! Kenapa jerit-jerit kat telinga abang ni? Boleh pecah gegendang telinga ni tau kalau hari-hari macam ni.” Omel Eddy, Tidak berpuas hati dengan Zaharah kerana menganggu konsentrasinya untuk berkhayal.
“Macam manalah Zara tak nak jerit, Zara ni dah panggil abang banyak kali tau tak. Tapia bang tu buat tak tahu je kat Zara. Asyik berkhayal je dari tadi sampai Zara dah ada kat sebelah ni pun abang boleh tak perasan. Abang tu fikirkan apa? Ingatkan siapa?” Soal Zaharah. Geram betul dia dengan sikap Eddy yang asyik termenung dari tadi sambil tersenyum-senyum sumbing. Entah apalah yang ada di fikiran suaminya saat ini sehinggakan dipanggil beberapa kali pun tidak didengarnya. Sudahnya, Zaharah nekad untuk menjerit di telinga suaminya.
“Yeke Zara ada panggil abang tadi? Tak dengar apa-apa pun.”
“Macam mana nak dengar, dari tadi asyik berkhayal je. Mesti tengah dok ingatkan staf-staf perempuan yang cantik jelita kat office tu kan?” Zaharah sudah memuncungkan bibirnya, tanda dia tidak berpuas hati dengan sikap suaminya itu. Eddy tersenyum melihat Zaharah yang sudah memuncungkan bibirnya. Panjang!!! Boleh diikat dengan reben merah. “Orang tengah marah ni pun, abang boleh senyum-senyum lagi. Abang memang sukakan buat Zara selalu marah-marah macam ni.” Zaharah semakin tidak berpuas hati dengan Eddy apabila melihat suaminya itu masih boleh tersenyum sedangkan dia sudah memuncungkan bibirnya.
“Mana ada.” Nafi Eddy. “Zara tu aje yang suka muncungkan bibir bila marah dengan abang. Sekali pandang dah macam rupa muncung itik.” Tambah Eddy lagi.
“Apa?” Muncubg di bibir Zaharah bertambah panjang. Eddy tersenyum lagi melihat gelagat isterinya yag suka merajuk itu. Satu sifat yang baru diketahuinya setelah mereka sah bergelar suami isteri. Namun, rajuk Zaharah tidak pernah lama kerana Eddy adalah seorang suami yang sangat pintar memujuk.
“Tengoklah tu, makin panjang muncungnya. Ala… tak maulah muncung-muncung.” Eddy mula memujuk namun pujukan Eddy tidak diendahkan oleh Zaharah. Zaharah hanya berpeluk tubuh di sisi suaminya sambil memintal-mintal hujung rambutnya yang ikal itu. “Ok, kalau Zara terus muncung macam ni, nanti abang cium bibir tu baru tau.” Ugut Eddy, namun seperti tadi Zaharah tetap tidak mepedulikan Eddy. “Betul ni tau, abang cium.” Ugut Eddy lagi.
Zaharah mengangkat keningnya seolah-olah dia mencabar Eddy untuk melakukannya. Eddy bingkas bangun lalu berdiri di hadapan Zaharah. Wajahnya didekatkan sedikit demi sedikit ke wajah Zaharah. Wajah Zaharah mula berona merah. Dia dapat merasakan desah nafas hangat Eddy menampar wajahnya. Eddy memejamkan matanya dan wajahnya semakin mendekati Zaharah. Dan akhirnya... cupp!!! Kucupan hangat Eddy hanya berjaya singgah di belakang tapak tangan Zaharah kerana Zaharah telah terlebih dahulu menutup mulutnya.
“Ala… Zara ni, tak sportinglah.” Keluh Eddy kehampaan.
“Abang ingat, abang boleh senang-senang cium Zara macam tu je. Not so easylah bang.” Zaharah merenung wajah tidak puas hati suaminya. Eddy mengeluh, kali ini dia terkena dengan isterinya sendiri. Kini, otaknya ligat berputar mencari jalan untuk mengenakan isterinya semula. Eddy tersenyum. Dia sudah mendapat idea.
“Zara, tengok tu.” Ujar Eddy tiba-tiba sambilmenunjuk ke arah lantai.
“Tengok apa? Tak ada apa-apa pun kat situ.” Zaharah memandang ke arah yang ditunjukkan oleh suaminya.
“Tu… cuba tengok betul-betul. Ada lipas kat hujung sana.” Balas Eddy.
“What? Lipas?” Jerit Zaharah yang sememangnya fobia dengan lipas. Dia pantas memaut pinggang Eddy sambil matanya meliar mencari lipas yang dimaksudkan oleh suaminya itu. Eddy tersenyum melihat gelagat isterinya. Umpannya mengena. Zaharah leka mencari makhluk tuhan yang digeruninya itu. Eddy menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Cupp!!! Satu kucupan hangat singgah tepat di bibir Zaharah. Lama bibir mereka bertaut bersama. Zaharah terpana seketika dengan aksi nakal suaminya sebelum menolak tubuh itu jauh darinya.
“Jahat!!! Main tipu!!! Mana aci macam ni!” Jerit Zaharah nyaring. Wajahnya yang putih bersih itu mula bertukar warna kerana menahan malu. Bagaimanalah dia boleh terpedaya dengan helah suaminya ini? Gumamnya sendirian di dalam hati.
“Mana ada? Zara yang cabar abang tadi.” Nafi Eddy sambil mengangkat sebelah keningnya ala-ala Ziana Zain.
            “Zara tak cabar pun. Abang tu aje yang terperasan lebih.” Bantah Zaharah.
            “Betul Zara tak cabar abang tadi?” Soal Eddy pula sambil melangkah mendekati isterinya.
            “Betullah.” Balas Zaharag tegas.
            “Betul?” Soal Eddy lagi yang kian merapati Zaharah. Zaharah dapat membaca agenda yang bermain di fikiran suaminya itu, lantas dia menolak tubuh Eddy untuk menjauhinya.
            “Sorry dear. Not now please. Zara lapar ni, jom kita makan. Dah sejuk agaknya lauk kat bawah tu.” Ujar Zaharah lembut.
            “Oklah. Jom kita pergi makan.” Balas Eddy sedikit hampa sambil berjalan beriringan dengan Zaharah menuju ke ruang makan.
            Bersinar mata Eddy apabila melihat pelbagai lauk-pauk yang sudah sedia terhidang di atas meja. Ada kari kepala ikan kegemarannya, sayur campur, paceri nenas dah ayam goreng berempah.
            “Banyaknya! Ada restoran Malaysia yang baru buka ke dengan kawasan apartment kita ni?”
            “Restoran? Oit, tak mainlah beli.” Bidas Zaharah.
            “So, don’t tell me yang Zara masak semua ni.”
            “Mestilah Zara yang masak. Home made ngitu. Kenapa? Any objection?” Balas Zaharah sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan Eddy.
            “Macam tak percaya je Zara yang masak semua ni.” Ujar Eddy sambil menyuapkan nasi ke mulutnya. “Zara kata Zara busy dengan thesis. Macam mana plak ada masa nak masak semua ni?” Soal Eddy.
            “Wahai Encik Eddy Edison yang ku cintai, awak ni betul-betul tak update dengan status isteri sendirilah. Isteri awak ni dah siapkan thesis dia and dah hantar pun kat kampus pagi tadi. Then balik dari kampus tadi singgah kejap kat market sebab terasa macam nak masak something special plak malam ni.” Ujar Zaharah secara berselorah.
            “So, kiranya boleh honeymoonlah lepas ni sebab thesis dah siap?” Soal Eddy.
            “Tak ada maknanya nak honeymoon honeymoon bagai. Sekarang ni kena kumpul material untuk buat survey pulak. Tu tak masuk SPSS lagi. MBA susahlah. Banyak kerja kena settlekan.” Rungut Zaharah.
            “Mana ada susah, biasa jelah. Abang buat MBA dulu ok je.”
            “Abang lain, Zara lain.”
            “Apa yang lainnya?” Soal Eddy.
            “Abang tu… brilliant, genius, top student, scorer lagi.” Balas Zaharah.
            “Kalau abang ni brilliant, isteri abang yang cantik rupawan ni apa kurangnya. Brilliant juga.” Balas Eddy sambil mencuit hidung mancung isterinya.
            “Oh ya! Tadi Zara ada terjumpa Hanis masa kat market.”
            “Hanis? Hanis yang mana?” Soal Eddy. Dia berfikir sejenak. Mengimbau kembali memorinya untuk mengingati Hanis yang sedang diperkatakan oleh isterinya. “Oh, that Hanis! Yang kita pergi majlis nikahnya di Masjid Christchurch tiga bulan lepas.” Sambung Eddy.
            “A’ah. Hanis yang tulah.”
            “How is she?”
            “Fine. Hanis dah pregnant dua bulan.” Beritahu Zaharah. Wajahnya yang ceria tadi bertukar mendung. Serta-merta kotak fikirannya mengimbas kembali peristiwa yang berlaku kira-kira enam bulan lalu. Peristiwa di mana dia disahkan keguguran di saat usia kandungannya baru mencecah lima minggu. Dia terlalu sibuk waktu itu dengan urusan kuliah dan juga thesisnya sehinggakan dia tidak sedar bahawa dia telah hamil. Kalau tidak kerana dia tergelincir di tangga kampus mugkin sekarang dia sedang sarat mengandung. Dia tahu Eddy kecewa dengan peristiwa itu walaupun Eddy tidak pernah menyatakan apa-apa kepadanya.
            Eddy menatap wajah keruh Zaharah. Sebagai suami, dia faham apa yang sedang bergelonjak di hati isterinya saat ini. Dia juga seperti Zaharah, kecewa dengan apa yang telah berlaku namun sebagai suami juga dia harus tetap kelihatan kuat dan tabah di hadapan Zaharah.
            “Zara, sabarlah. Belum ada rezeki lagi. InsyaAllah, bila dah sampai waktunya Tuhan akan beri kita rezeki.” Eddy cuba menenangkan Zaharah sambil menyeka air mata yang mula tumpah di pipi Zaharah dengan jari kasarnya. “Lusa, abang kena outstation ke Singapore. Business trip.” Eddy cuba mengalih topik perbualan mereka.
            “Berapa lama?”
            “Lebih kurang dua minggu.”
            “Lamanya. Zara ni asyik kena tinggal je dengan abang.” Keluh Zaharah.
            “Mana ada lama. Dua minggu je. Empat belas hari. Zara ni macam tak biasa plak dengan kerja abang yang memang sejak azali lagi asyik kena pergi outstation je. Lagipun dua minggu tu sekejap je, pejam celik, pejam celik dah dua minggu.”
            “Kalau pejam je tak celik-celik macam mana?”
            “Hisy, ada ke cakap macam tu. Tak baiklah.” Tegur Eddy kurang selesa dengan kata-kata isterinya itu.
            “Apa plak tak baik, baiklah bang. Mengingatkan kematian itukan sunat.” Bidas Zaharah.
            “Itu abang tahulah tapi abang tak suka dengar Zara cakap macam tu. Dah lah, tak nak cakap pasal benda ni lagi. Nanti Zara tolong packing barang-barang abang.” Eddy menukar topik perbualan mereka.
            “Yang menurut perintah, Tuan.” Balas Zaharah sambil memberi tabik hormat kepada Eddy. Pantas Eddy mencuit hidung mancung Zaharah dengan jari telunjuknya dan akhirnya mereka berdua sama-sama tertawa.
            Mak Leha sedang asyik melayukan daun pisang di atas bara api sambil dibantu oleh anak bongsunya, Zaidi manakala Pak Josuh pula sibuk mengupas kelapa yang dibawanya dari kebun pagi tadi. Dari jauh, Zaidi dapat melihat ada sebuah kereta yang sedang menuju ke rumah mereka.
            “Mak, ada kereta masuk tu.” Zaidi memberitahu Mak Leha tentang apa yang dilihatnya.
            “Mana?” Mak Leha memanjangkan lehernya untuk melihat apa yang diperkatakan oleh anak bongsunya itu.
            “Tu… macam kereta dari airport je mak. Kak Zara ada beritahu mak dia nak balik sini ke?”
            “Tak adalah pulak. Semalam baru akak kamu tu telefon mak tapi dia tak ada cakap apa-apa pun.” Mak Leha kehairanan, kalau betul Zaharah yang balik pasti awal-awal lagi Zaharah sudah memberitahu perkara itu kepadanya.
            “Zaidi, cuba kamu tengok siapa tu. Manalah tahu kot-kot orang tersesat, salah alamat ke.” Sampuk Pak Josuh pula.
            “Baiklah bah.” Zaidi akur dengan arahan Pak Josuh itu. Dia melangkah pergi ke halaman depan rumahnya. Eddy tersenyum melihat Zaidi sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah adik iparnya itu.
            “Eh, abang Eddy! Ingatkan siapa tadi.” Tegur Zaidi sambil menyalami tangan abang iparnya itu. “Mak, abah!!! Marilah!!! Cuba tengok siapa yang balik ni!” Laung Eddy.
            “Eddy?” Soal Mak Leha dan Pak Josuh hampir serentak, terperanjat melihat menantu mereka terpacak di tengah halaman rumah.
            “Mak,abah, apa khabar?” Soal Eddy sambil menyalami tangan kedua-dua mertuanya itu.
            “Alhamdulilah, kami sihat.” Balas Pak Josuh sambil matanya meliar mencari-cari kelibat Zaharah. “Kamu balik sorang je ke? Zara mana?” Soal Pak Josuh.
            “Eddy balik sorang je bah. Kebetulan ada kerja di Singapura, jadi dah terlanjur dekat ni Eddy singgahlah jenguk mak dengan abah. Zara tak ikut sebab dia masih sibuk dengan thesisnya di Christchurch.” Terang Eddy.
            “Oh, begitu rupanya. Dah, jom kita masuk. Takkanlah kita nak berborak kat bawah ni plak. Zaidi, tolong angkat beg abang Eddy kamu ni ke atas.” Arah Pak Josuh.
            Usai solat Isyak, Mak Leha meneruskan rutin hariannta seperti biasa iaitu menguli tepung untuk menyediakan kuih-muih jualan hari esok. Sedang asyik menguli, dia terdengar derap kaki seseorang menuju ke dapur.
            “Eddy nak kopi ke?” Soal Mak Leha kepada menantunya itu yang sudah duduk di hadapannya.
            “Tak naklah mak. Minum kopi malam-malam macam ni, karang tak pasal-pasal je tak boleh tidur.”
            “Kamu balik sorang je ke dari surau? Abah kamu mana?” Soal Mak Leha lagi.
            “Abah singgah rumah Tok Sidang. Dia suruh Eddy balik dulu.” Jawab Eddy sambil mengelap helaian daun pisang yang terdapat di atas meja. “Mak, kalau Eddy tanya sikit boleh tak? Tapi mak kena janji mak jangan marah plak bila Eddy tanya.”
            “Apa dia?”
            “Kenapa mak buat kuih lagi? Duit yang Eddy kirim tiap-tiap bulan tu tak cukup ke?” Mak Leha tersenyum mendengar soalan Eddy. “Abah pun, Eddy tengok masih ke kebun lagi. Abah tu kan tak berapa sihat lagi. Tak payahlah ke kebun tu.” Sambung Eddy lagi.
            “Itu jeke yang Eddy nak tanya? Mak ingatkan tadi benda apalah yang Eddy nak tanya siap suruh mak janji jangan marah bagai.”Ujar Mak Leha sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. “Duit yang Eddy kirim tu cukup bahkan lebih dari cukup. Mak buat kuih ni sebab Tok Sidang yang mintak. Dia kata kalau tak ada kuih mak ni, warung dia tu tak ramai orang yang nak datang. Sebab tulah mak buit kuih ni. Abah kamu tu pulak, dia ke kebun sebab dia bosan duduk di rumah. Kata abah, badanya sakit-sakit kalau tak buat apa-apa kerja.” Jawab Mak Leha sambil tersenyum. “Eddy tak perlulah risau tentang kami di sini, Eddy dapat tampung biaya Zara sambung belajar tu pun dah cukup syukur alhamdulilah. Keluarga ni tanggungjawab mak dengan abah. Eddy tak perlulah risau sangat. Lagipun kami dah banyak termakan budi Eddy.”
            “Mak, bila Eddy kahwin dengan Zara itu bermaksud Eddy dah bersedia untuk ambil alih tanggungjawab Zara sebagai anak sulung dalam keluarga ni dah itu juga bermaksud keluarga ni dah jadi keluarga Eddy sendiri. Apa yang Eddy lakukan selama ni untuk keluarga ni, itu adalah tanggungjawab dan kewajipan Eddy sebagai menantu sulung dalam keluarga kita. Jadi, sekarang ni tak timbul pun isu termakan budi. Eddy ikhlas mak.” Ujar Eddy bersungguh-sungguh kepada Mak Leha.
            Sedari awal perkahwinannya lagi, Eddy sudah bertekad untuk menganggap keluarga Zaharah seperti keluarganya sendiri meskipun penerimaan ayah mertuanya masih lagi hambar. Namun begitu, dia masih sangat-sangat bersyukur kerana kehadirannya di dalam keluarga ini diterima baik oleh ibu mertuanya dan juda dua orang adik iparnya, Zahid dan Zaidi.
            “Eddy.”
            “Ya, mak.”
            “Eddy selalu kirim duit ke sini, untuk kamu dengan Zara kat sana tu cukup ke?” Mak Leha meluahkan kebimbangannya. Manalah tahu, kalau-kalau anak dan menantunya terpaksa mengikat perut hanya kerana mahu mengirim wang ke sini.
            “Pasal kami, mak tak perlulah bimbang. InsyaAllah cukup.” Jawab Eddy sambil tersenyum. “Erm… mak nak buat kuih apa ni?” Soal Eddy pula apabila melihat Mak Leha asyik menguli tepung dari tadi.
            “Mak nak buat kuih cucur badak.”
            “Kat kampung kita ni, ada orang jual daging badak ke mak?” Tercenggang Mak Leha mendengar pertanyaan yang keluar daripada mulut menantunya itu. Aneh!!! Teringin nak makan daging badak pula ke? Mak Leha bertanya sendiri di dalam hatinya.
            “Kenapa Eddy tanya macam tu? Eddy teringin nak makan daging badak ke?”
            “La… kan mak yang cakap mak nak buat kuih cucur badak tadi. Tu yang Eddy tanya kat sini ada orang jual daging badak ke?” Berkerut dahi Mak Leha mendengar jawapan itu. Pelik dan aneh.
            “Apa kena mengena pulak dengan mak nak buat kuih cucur badak dengan orang jual daging badak?” Soal Mak Leha kehairanan.
            “Yelah, kalau kita buat cucur udang kita letak udang jadi kalau mak nak buat cucur badak, mak kena letak daging badaklah.” Selamba Eddy memberi jawapan berdasarkan konsep yang pernah dijelaskan oleh Zaharah mengenai cucur. Meletus ketawa Mak Leha apabila mendengar jawapan daripada Eddy itu. “Kenapa mak ketawa? Salah kea pa yang Eddy cakap?” Soal Eddy pelik melihat tingkah ibu mertuanya itu.
            “Siapa yang beritahu Eddy macam tu?” Tanya Mak Leha setelah tawanya sedikit reda.
            “Zara. Dia suka sangat buat cucur. Macam-macam jenis cucur dia buat. Cucur pisang letak pisang, cucur udang letak udang, cucur kentang letak kentang. Ada satu hari tu, dia nak buat cucur badak tapi dia tak jadi buat sebab Zara kata kat Chrischurch tak ada jual daging badak.” Mak Leha menguntum senyum mendengar perjelasan Eddy. Sah!!! Hidup-hidup Eddy dikerjakan oleh Zaharah.
            “Kenapa mak senyum?” Soal Eddy. Belum sempat Mak Leha membuka mulut untuk menerangkan perkara yang sebenarnya, terdengar jeritan anak bongsunya mencari Eddy.
            “Abang Eddy kat mana?” Soal Zaidi sambil menjerit.
            “Kat dapur.” Jawab Eddy sambil menjerit juga. Terdengar derap kaki Zaidi menuruni anak tangga.
            “Kak Zara call abang. Dia bising sebab abang balik sini tak beritahu dia dulu.” Ujar Zaidi sambil menyerahkan telefon bimbit milik Eddy. Eddy menyambut huluran itu lalu kekunci loud speaker ditekannya sebelum meletakkan telefon itu di meja makan.
            “Yeah, Zara.”
            “You… apa you ni? Balik kampung I tapi tak beritahu I. You ni suka buat kerja kat belakang I macam ni.” Omel Zaharah, geram. Geram kerana dia tidak tahu menahu langsung tentang kepulangan suaminya ke rumah orang tuanya di kampung. Untung adiknya, Zaidi yang menjawab panggilan, kalau tidak dia mugkin tidak akan tahu mengenai hal ini. Hajat di hatinya mahu memberi kejutan buat suami yang tercinta tetapi akhirnya dia sendiri yang terkejut. ‘Watch out Eddy, you will pay with wath you do.’ Gumamnya sendirian di dalam hati.
            “Amboi, Puan Zara! Cantiknya bahasa yang Zara pakai. Dah ber ‘I’ ber ‘you’ plak dengan abang.” Tegur Eddy.
            “Opss!!! Sorry. Terlepas pulak.”
            “Abang tak plan pun nak balik sini. Tetiba je seminar tu habis cepat sebab diarang cancel beberapa slot. So, dah terlanjur abang ada kat Singapore ni, abang balik jelah sini. Boleh jugak jenguk mak dengan abah. Nasib baik abang balik rumah parents Zara, kalau abang ni melencong ke tempat lain lagi susah.”
            “Kalau abang berani nak melencong ke tempat lain itu tandanya abang memang nak kena pancung dengan Zara.”
            “Zara!!!” Terkejut Zaharah mendengar suara abahnya di dalam talian. “Ada ke patut kamu cakap dengan suami macam tu.” Tegur Pak Josuh. Zaharah yang mendengarnya sudah terkulat-kulat seperti ayam tertelan kapur. “Kamu pun sama Leha. Dah dengar Zara tu cakap macam tu, tegurlah. Suruh dia cakap elok-elok dengan lakinya.” Omel Pak Josuh.
            Kalau tadi hanya Eddy dan Zaharah yang bercakap tetapi giliran Mak Leha dan Pak Josuh pula bercakap dengan Zaharah. Hampir setengah jam berlalu, kini telefon sudah kembali ke tangan Eddy. Loud speaker dimatikannya, lalu telefon itu ditekapkan ke telingganya.
            “Best ke dengan ceramah?” Sindir Eddy. Dia cuba membayang riak wajah isterinya saat ini setelah terpaksa merelakan telingganya mendengar omelan daripada bapa mertuanya tadi. Pasti wajah manis isterinya itu sedang kelat sekarang ini.
            “Sangat-sangat best.” Balas Zaharah. Perkataan terakhirnya sengaja ditekan agar lebih jelas diperdengaran Eddy. “Abang ni memang sengaja tau nak kenakan Zara. Kenapa buat loud speaker? Malu Zara dengan mak dan abah. Siapa je lagi yang dengar perbualan kita?”
            “Masa Zara mula-mula call tadi just ada abang dengan mak je kat dapur. Tu yang abang buat loud speaker, nak bagi mak dengar suara Zara. Tak perasan plak abah dah balik dari surau. Kesian kat isteri abang ni, tak pasal-pasal kena tadah telinga dengar ceramah dari abah tadi.”
            “Tahu taka pa.”
            “Sorry dear.”
            “It’s okay. Small matter lah. Telinga Zara ni dah lali dah dengar ceramah abah. Dari kecil sampai besar dengar abah berleter. So, dah tak ada kesan apa-apa lagi, dah immune. Zara risaukan abang tu aje.”
            “Risaukan abang? Kenapa plak?” Soal Eddy kehairanan.
            “Abang tu boleh tahan ke dengar abah punya ceramah yang panjang berjela macam orang tengah baca khutbah jumaat tu?”
            “See my leg lah.”Jawab Eddy sambil tergelak kecil. Zaharah yang mendengar suara gelak Eddy hanya mampu tersenyum.
            “See your leg, nak buat apa? Hutan rimba. Banyak bulu mengalahkan orang utan je. Kalau see my leg tak apa. Cantik, licin, tak ada pun hutan rimba.” Balas Zaharah.
            “Cantik ke? Pi…rah! Masuk bakul angkat sendiri.”
            “Habis tu dah tak ada orang nak tolong angkat, angkat sendirilah.” Zaharah tergelak kecil. “Actually, Zara call ni sebab nak bagi abang surprise tapi tak sangka pulak Zara yang terkejut bila dapat tahu abang ada kat kampung sekarang ni.”
            “Surprise? I like surprise. What is it?” Soal Eddy teruja.
            “Tak jadilah nak beritahu abang sekarang ni. Dah tak syok sebab Zara plak yang terkejut dulu. Zara tunggu abang balik sini dululah, baru Zara bagi tahu kat abang.”
            “Ala… beritahu jelah sekarang. Please!!!” Rayu Eddy.
            “No. Tunggu abang balik sini dulu.” Zaharah cuba untuk bermain tarik tali dengan suaminya.
            “Please Zara… just tell me now.” Eddy masih terus merayu isterinya itu.
            “No.”
            “Please!!!”
            “S. A. B. A. R. Sabar!!!” Balas Zara sebelum mematikan talian. Eddy terpinga-pinga sendiri apabila Zaharah mematikan talian. Dia tertanya-tanya sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh Zaharah.
 P/S: Hai readers semua!!! Harap u all enjoy tis entry & hopefully kalau sudi tinggalkanlah comment di sini  :)

5 ulasan:

Aida Nadia berkata...

best laa...

AYU AMRON berkata...

terima kasih aida.....harap aida terhibur:)

mutmainnah eein berkata...

makin seronok cite u yunk..love it! :)

AYU AMRON berkata...

thanks dear!!!!!!!!

bisikan hati berkata...

ROMANTIKnyeee babak kiss tu!!