PEMBUKA BICARA

Apa yang tertulis di laman blog ini datang daripada lubuk hati saya yang paling dalam dengan niat yang ikhlas. Untuk yang sudi mengikuti blog ini, terima kasih saya ucapkan dan untuk yang terguris hatinya dengan pengisian blog ini, salam kemaafan yang saya pinta. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya daripada diri saya sendiri. ~AYU AMRON~

Selasa, 5 April 2011

MENCARI KASIH KEKASIH- BAB 3-

“Asalammualaikum! Asalammualaikum! Pak Josuh oh Pak Josuh! Mak Leha!” Laung Budi sebaik sahaja turun daripada basikalnya sambil terjengah-jengah di bawah tangga. “Isy!!! Mana pulak perginya orang tua berdua ni? Tak ada kat rumah ke? Isy. Takkanlah. Ni tingkap terbuka, pintu terlapang luas, tapi orangnya tak ada. Silap-silap haribulan penyamun masuk pun diarang tak sedar.” Bebel Budi sendirian.
“Apa yang kamu dok membebel sorang-sorang tu Budi? Kamu bercakap dengan siapa?”
“Hah! Ada pun Mak Leha. Saya ingatkan tak ada orang kat rumah ni tadi. Puas saya dok bagi salam, terjerit-jerit panggil nama Pak Josuh dengan Mak Leha tapi tak ada sapa yang menyahutnya.” Adu Budi.
“Mak Leha kat belakang tu, ambil daun pisang nak buat bungkus nasi lemak esok pagi. Mak Leha dengar suara orang, sayup je dok teriak-teriak bagi salam. Tu yang Mak Leha ke depan ni. Ingatkan sapa tadi, rupanya kamu Budi.” Balas Mak Leha.
“La… Mak Leha kat belakang ke? Patutlah saya panggil sampai nak tercabut anak tekak tapi tak ada sapa yang menyahut.”
“Ye…Mak Leha kat belakang tu.” Ujar Mak Leha sambil memuncungkan mulutnya ke arah rimbunan pokok pisang yang tumbuh subur di belakang rumahnya.
“Udah tu yang Mak Leha dok buka tingkap besar-besar, dok lapangkan pintu luas-luas tu, kenapa? Macam nak jemput perompak dengan penyamun masuk je.” Mak Leha ni macam tak mengikuti perkembangan berita semasa pula. Punyalah banyak kes samun dengan pecah rumah sekarang ni, boleh pula dia biarkan rumah terbuka macam tu saja. Memang kes sengaja nak cari nahas ni. Bisik hati kecil Budi.
“Biarlah kalau ada perompak ke penyamun ke yang nak masuk kat dalam rumah ni. Bukan ada apa-apa yang berharga pun kat dalam rumah ni yang diarang boleh ambil. Hah, yang kamu ke sini ada apa halnya?”
“Pak Josuh ke mana?” Soalan Mak Leha dibalas dengan soalan semula oleh Budi.
“Kamu ni, soalan mak cik kamu tak jawab. Kamu pula menyoal mak cik balik. Pak Josuh kamu ke tanah kebun di hujung kampung tu.”
“Tanah kebun hujung kampung? Setahu sayalah tanah tukan dah digadaikan dengan Tok Sidang masa Pak Josuh kumpulkan duit untuk buat belanja hantar Zara sambung belajar tiga tahun lepas. Dah tebus balik ke tanah tu Mak Leha?”
“Belum ditebus lagi. Kamu ingat sikit ke duit nak guna untuk tebus tanah tu balik. Manalah kami mampu. Lainlah kalau Zara tu dah habis belajar, dah bekerja, barulah boleh tebus balik tanah tu. Pak Josuh kamu minta izin Tok Sidang untuk usahakan balik tanah tu. Yelah, daripada biarkan tanah tu terbiar tak berhasil.”
“Ooo…” Panjang sahaja hujung mulut Budi membentuk huruf ‘o’ sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Betul juga apa yang Pak Josuh buat tu, daripada terbiar kosong lebih baik diusahakan tanah tu.
“Budi huruf ‘o’ tukan bulat. Bukannya panjang. Yang kamu dok menyebut huruf ‘o’ tu panjang-panjang nak buat apa?” Perkena Mak Leha.
Budi hanya menyeringai sahaja apabila mendengar kata-kata Mak Leha itu, menampakkan barisan giginya yang sudah berkarat itu.
“Kamu tu tak payahlah menyeringai macam tu. Buruk benar Mak Leha tengok. Kalau gigi kamu tu cantik macam model iklan kat tv tu tak apalah juga. Ni Mak Leha tengok dah serupa paip besi karat je.”
“Isy, Mak Leha ni sampai hati kata saya macam tu.” Budi membuat muka sedih seakan-akan hendak menangis di hadapan Mak Leha. “Kalau Mak Leha nak tahu senyuman sayalah yang paling manis kat kampung ni. Ramai anak dara kampung ni tidur bermimpikan senyuman saya tau. Ini senyum bukan calang-calang senyum.”
“Kalau mimpikan senyuman Abang Budi, itu namanya mimpi ngeri. Betul tak mak?” Celah Zaidi sambil menyorong basikalnya ke bawah rumah.
“Kamu ni Dee, saja je nak potong stim abang berangan. Nanti bila abang ni kahwin dengan kakak kamu, jadi abang ipar kamu, baru kamu tau.”
“Eei.. abang ni berangan lebihlah. Usah bermimpi di siang harilah bang. Abang fikir Kak Zara tu nak ke dekat abang.”
“Apasal pulak dia tak nak? Abang ni lebih handsome daripada Salman Khan tau.”
“Abang, Salman Khan tu badan dia mantap. Ada ketul-ketul. Abang ni, apa ada? Badan sekeping macam papan lapis tapi ada hati kata macam Salman Khan. Jauh panggang dari apilah Abang Budi oi.”
“Dah, dah, dah. Pening kepala mak cik dengar kamu berdebat dekat sini. Dee, pergi naik atas tukar baju sekolah kamu tu.” Arah Mak Leha sambil menunjukkan ke arah tangga kepada Zaidi. “Kamu ke sini sebenarnya nak apa Budi? Mak Leha kenal benar dengan perangai kamu, kalau tak bersebab memang susahlah nak nampak kamu pijak laman rumah mak cik ni.”
“Ni hah…ada telegram untuk Pak Josuh dengan Mak Leha. Saya ambil dekat warung Tok Sidang tadi. Daripada Zaharah agaknya sebab saya nampak ada alamat New Zealand tu.” Usai sahaja menghabiskan kata-katanya, dia menghulurkan sepucuk telegram kepada Mak Leha.
“Yeke? La…kenapa pulak Zara hantar telegram ni? Selalunya dia hantar surat je. Sesekali ada juga dia telefon. Tak pernah dia hantar telegram.” Mak Leha menyambut huluran telegram itu daripada Budi. Kini, telegram sudah bertukar tangan. Mak Leha membelek-belek telegram itu dengan perasaan pelik.
“La…yang Mak Leha dok belek-belek telegram tu kenapa? Bukalah. Saya pun nak tahu juga apa yang si Zara tu hantar. Penting ke? Biasanya kalau hantar telegram nikan benda-benda yang penting je?” Sesi Mami Jarum si Budi pun bermula. Ingin mengorek-ngorek apa-apa yang boleh dikorek daripada Mak Leha untuk dijadikan berita kampung. Memang tepatlah gelaran pemberita tak bertauliah yang disandangnya selama ini. Dasar CNN bergerak!!!
“Kamu ni Budi, sibuk saja nak tahu hal orang. Hal orang semua kamu nak jaga. Dah pergi balik.” Bukannya ingin menghalau tapi Mak Leha sudah tahu benar apa niat di hati Budi itu.
“Mak Leha ni, saya penat-penat hantar telegram ni ke sini. Usahkan nak cakap terima kasih, dihalaunya saya lagi. Tak baik tau memperlakukan anak yatim seperti saya sebegitu rupa.” Budi membuat mimik muka sedih. Mak Leha rasa seperti mahu tergelak melihat muka seposen Budi.
“Dahlah tu Budi. Tak payahlah kamu nak buat drama sinetron air mata pulak kat sini. Tak lakunya dengan Mak Leha ni.”
“Sebelum saya balik, air secawan tak ada ke Mak Leha?”
“Kamu ni Budi, dari subuh sampai ke senja dok bertapa kat warung Tok Sidang tu. Tak puas-puas lagi ke kamu mengopi? Sampai kat sini pun kamu nak mengopi jugak. Kalau kopi tak ada, kalau kamu nak, Mak Leha bagi kamu teh. Nak?”
“Saya bergurau jelah. Dahlah Mak Leha saya minta diri dulu. Nanti, apa isi telegram yang Zara hantar tu Mak Leha jangan lupa pulak khabarkan kat saya. Nak juga saya tahu hal si Zara tu. Maklumlah dah lama benar dia kat tempat orang tu.” Budi memusingkan basikalnya menghala ke jalan besar.
“Kalau Mak Leha khabarkan kat kamu nanti, habis satu kampung ni tahu. Silap-silap haribulan kampung yang kat seberang pun tahu.” Ulas Mak Leha.
“Ala biasalah tu. Mak Leha ni macam tak kenal saya pulak. Saya nikan CNN bergerak, takpun macam Astro. Macam-macam ada.”
“Yelah tu Budi oi. Dah pergi balik. Terima kasih sebab hantar telegram si Zara ni kat sini.”
“Sama-sama. Balik dulu Mak Leha. Asalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Mak Leha memandang telegram yang berada di gengamannya kini. Timbul pelbagai soalan di benaknya. Selama tiga tahun belajar di sana, tidak pernah sekalipun Zaharah mengutus telegram kepada mereka di kampung. Apakah perkara yang begitu penting sehingga Zaharah perlu menghantar telegram ke kampung? Mak Leha membetulkan letak simpuhnya di pangkin sambil membaca telegram itu. Sebaris ayat di atasnya membahagiakan dirinya. Siapalah yang tidak bahagia apabila anak gadis kesayangan yang sudah tiga tahun tidak ditatap bakal pulang menghabiskan cuti semester di kampung. Namun, sebaris ayat di bawahnya menimbulkan kegusaran di hati Mak Leha. Hasrat Zaharah yang ingin berkahwin dengan pemuda Inggeris yang bakal di bawa pulang bersamanya pada minggu hadapan menimbulkan kebimbangan di hatinya.
            “Hah, maknye kenapa termenung?” Soal Pak Josuh yang tiba-tiba muncul sambil menyeka manik-manik peluh di dahinya dengan sehelai tuala kecil yang disangkutnya di bahu.
            “Eh, bila pulak abang balik? Tak perasan pulak Leha.”
            “Macam manalah nak perasan, kalau dari tadi asyik termenung je. Ni, masa nak balik tadi abang ada terserempak dengan Budi kat simpang depan tu. Katanya Zara ada hantar telegram. Apa ceritanya anak dara kita tu?”
            “Zara nak balik minggu depan. Katanya, cuti semester tiga bulan.” Jawab Mak Leha ringkas.
            “Aik? Mimpi apa si Zara tu? Tak pernah-pernah dia balik cuti semester. Selalunya kalau cuti semesterkan dia bekerja. Cari duit poket. Tak payahlah balik. Buang duit je. Bukannya murah tiket kapal terbang dari sana ke sini.” Balas Pak Josuh. Bukannya  dia tidak rindukan anak itu. Tapi, kalau difikir-fikirkan balik kos perjalanan untuk pergi dan balik yang tinggi, adalah lebih baik kalau anak itu tidak pulang.
            “Ada hal katanya nak bincang dengan kita. Sebab tulah dia nak balik ke sini.” Mak Leha memulakan mukadimahnya. Berat mulutnya untuk memberitahu hasrat hati anak gadisnya itu kepada suaminya. Bukannya dia tidak tahu perangai suaminya itu. Takut nanti, selesai sahaja perkhabaran itu dimaklumkan kepada Pak Josuh, maka akan terjadi pulak ribut taufan.
            “Hal apa yang penting sangat tu? Sampai sanggup balik ke sini. Kalau hal yang pasal dia nak sambung lagi dua tahun sebab nak ambil master tu, bukannya abang tak izinkan, cuma kita ni manalah mampu nak tanggung dia lama-lama kat sana. Abang ni suka sebab Zara tu ada semangat nak belajar tinggi-tinggi tapi bila difikir-fikirkan balik, Zahid dengan Zaidi tu nak sekolah juga. Tahun depan, Zahid nak ambil STPM. Buatnya dia dapat keputusan cemerlang, dapat pulak masuk universiti, kita nak hantar dia pakai duit daripada mana. Sebab itulah kalau boleh, bila Zara tu habis belajar tahun depan, abang nak dia balik ke sini. Kerja kat sini. Setidak-tidaknya dapat juga dia bantu duit sekolah adik-adiknya tu. Lepas dia bantu adik-adiknya tu, dia nak sambung belajar balik, sambunglah. Abang tak kisah pun. Kalau susah-susah sangat, dia boleh belajar waktu hujung minggu je. Bukannya tak ada univesiti tempatan yang buat program, apa ke namanya program tu? Abang tak ingatlah pulak namanya. Alah yang belajar masa hujung minggu je tu.”
            “PJJ.” Sampuk Mak Leha.
            “Hah! Betul! PJJ. Lagipun abang bimbang kalau dia lama-lama kat sana. Bimbang kalau dia tersangkut dengan mat salleh kat sana tu. Karang tak pasal-pasal dia dok bernikah pulak dengan bangsa asing.” Sambung Pak Josuh lagi. Bimbangnya bukan kepalang apabila Zaharah mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara tiga tahun lepas. Bimbang kalau-kalau Zaharah kelak bernikah dengan bangsa asing. Namun, dia akur juga akhirnya. Melepaskan Zaharah pergi ke sana apabila difikirkan itu adalah jalan terbaik untuk masa hadapan Zaharah. Dia masih ingat bagaimana orang-orang kampung begitu gembira dan berbangga dengan pencapaian Zaharah. Zaharah satu-satunya anak kampung ini yang belajar hingga ke luar negara dan dia berbangga dengan anak gadisnya itu.
            “Itu pun satu hal juga bang.” Ujar Mak Leha setelah mendiamkan diri agak lama. Hatinya berdoa moga-moga tiada apa-apa yang tidak baik akan berlaku andai kata dia menyampaikan tujuan sebenar kepulangan Zaharah kepada suaminya ini.
            “Hal apa?” Soal Pak Josuh.
            “Cuba abang baca apa yang Zara tulis ni. Dia nak bernikah dengan pemuda Inggeris. Sebab itulah dia nak balik ke sini. Dia nak tunjukkan budak tu dekat kita. Nak bincang sekali tentang hal nikahnya.” Jelas Mak Leha sambil menarik nafas lega apabila perkara yang perlu dimaklumkan kepada suaminya telah diungkapkan.
            “Hah! Nak kahwin dengan mat salleh? Allahuakbar!!!” Jerit Pak Josuh sambil mengurut dadanya. Terasa seolah-olah nafasnya tersekat dan tidak lama kemudian, pandangannya pun menjadi kelam. Hanya suara pangilan Mak Leha sahaja yang didengarnya sayup-sayup memanggil namanya.
“Abang!!!”
Zaharah resah diperbaringan. Pusing ke kiri salah. Pusing ke kanan pun salah. Dia rasa serba tak kena. Hatinya rasa tidak sedap. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak elok sedang berlaku. Dia melepaskan keluhan berat. Dipejamkan matanya, berharap semoga perasaan yang tidak enak itu akan berlalu pergi. Namun, hampa. Semakin lama semakin hatinya berasa tidak keruan.
‘Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu.’ Lalu telefon bimbit di atas tilamnya dicapai. Pantas sahaja dia mendail nombor Eddy. Lama dia menunggu Eddy menjawab panggilannya. Gagal. Didail sekali lagi nombor yang sama. Gagal juga. ‘ Isy, tidur mati ke apa? Takkanlah tak bangun lagi.’ Zaharah mencuba lagi untuk kali ketiga. Semoga kali ini, Eddy akan menjawab panggilannya.
“Hello.” Lemah sahaja suara yang menjawab panggilan itu. Kemudian terdengar suara Eddy mengeliat di hujung talian. Sah Eddy baru bangun tidur! Maklum sahajalah waktu hujung minggu begini barulah Eddy berpeluang untuk bangun lewat.
“Tak siap-siap lagi ke you lukis peta dunia? Atau you dah start lukis peta lost world?” Sengaja Zaharah menyindir Eddy kerana dia tahu Eddy memang kuat tidur. Perkara yang akan dilakukannya kalau ada waktu terluang adalah tidur. Tidak kisahlah waktu itu dia sedang berada di mana sekali pun. Sewaktu duduk pun, Eddy boleh tidur. Sewaktu di dalam kelas pun, Eddy boleh tidur. Yang peliknya, walaupun Eddy selalu tidur di dalam kelas namun dia tetap boleh mendapat keputusan yang cemerlang. Eddy pernah cakap, itu semua adalah kerana dia memang telah dilahirkan sebagai seorang yang genius. Uwekk!!! Naik loya anak tekaknya mengingatkan itu semua. Memang dasar masuk bakul angkat sendirilah.
“Zara, what time now?” Soal Eddy dengan suara serak-serak basahnya. Alamak!!! Romantik pula dengar suara dia baru bangun tidur. Macam manalah muka dia sekarang. Mesti tengah serabut. Comelnya!!! Isy, Zara control you mind. Jangan fikir yang bukan-bukan.
“Zara, you still there?” Soal Eddy lagi apabila Zaharah tidak menjawab soalan pertamanya tadi.
“Yeah. I’m still here. It almost 10.00 am” Jawab Zaharah. Kalaulah Eddy tahu apa yang sedang difikirkannya waktu ini, alangkah malunya. Mahu di kemanakan mukanya. Hendak simpan dalam beg tangannya pun belum tentu muat.
“Ada apa-apa yang urgent ke you call I? Kenapa you call pagi-pagi buta ni?” Soal Eddy lagi sambil meraba-raba meja sisi di sebelah katilnya untuk mencari cermin matanya.
Pagi-pagi buta??? Bertuah punya teman lelaki, matahari dah terpacak dekat atas kepala, dia boleh kata aku call pagi-pagi buta. Ops!!! Lupa pula. Sekarang nikan tengah musim sejuk, mana ada matahari dekat sini. Patutlah dia sedap dok berlingkar lagi kat atas katil tu. Isy, tak prihatin betullah teman lelaki aku ni. Hujung-hujung minggu macam ni, ajaklah aku keluar pergi dating.
“You? Kenapa senyap je? You tak jawab pun soalan I tadi.”
“Kita keluar. I tunggu you kat tempat biasa?” Akhirnya Zaharah bersuara. Kalau mahu tunggu Eddy yang bersuara untuk ajak keluar, alamatnya sampai ke sudahlah mereka tidak keluar.
“Sekarang ke?”
“Sekaranglah. Takkan nak tunggu besok pulak.” Getus Zaharah geram.
“Pagi lagilah sekarang ni.”
“Pagi apanya. Sekarang nak dah pukul sepuluh lebih tau. Nanti nak tunggu you mandi, bersiap lagi. You tu dahlah kalau bersiap lambat. Mengalahkan anak dara kalau mandi. Apa you buat dok bertapa kat dalam bilik mandi tu lama-lama?”
“Nama pun mandi mestilah lama. Kena gosok gigi, cuci muka, shaving dan macam-macam lagi. I bukannya macam you. Kucing. Takut air. Takut nak mandi. Samalah macam you. Mieow!!!” Sengaja meniru bunyi kucing untuk menyakitkan hati Zaharah.
“Apa mieow,mieow? Dasar kucing jantan sesat.”
“Kalau I ni kucing jantan, you tu kucing betina. Paling tepat kucing betina yang takut air. Mieow!!!” Ujar Eddy, terus-terusan mahu menyakat Zaharah. Entah mengapa, dia akan berasa puas kalau dapat menyakat teman wanitanya itu dan membuat gadis itu marah. Pelik!!! Orang lain kalau bercinta, sangatlah menjaga hati dan perasan pasangannya tetapi dia, sebaliknya pula.
“Setidak-tidaknya, I ni kucing betina yang comel. You tu kucing jantan yang comot.” Balas Zaharah tidak mahu mengaku kalah.
“You comel? Comel ke? Secomot-comotnya I ni, you tetap gila bayang dengan I kan.”
“Menyampahlah cakap dengan you ni. Tak pernahnya I dapat menang. Dah, baik you pergi bersiap cepat. Kita jumpa kat tempat biasa sejam lagi.” Ujar Zaharah memberi arahan mandatori kepada Eddy sebelum memutuskan talian.
 Isy,geramnya aku!!! Tuhan ajelah yang tahu perasaan aku sekarang ni. Kenapalah teman lelaki aku tak sama macam teman lelaki orang lain. Suka sangat sakitkan hati aku. Hobi ke?
Eddy bingkas bangun daripada katil lalu meletakkan telefon bimbit di tangannya ke atas meja. Dia membayangkan wajah Zaharah lalu tersenyum. Pasti wajah gadis itu sedang masam mencuka gara-gara disakatnya tadi. Zaharah, Zaharah. Nama yang selalu ada di setiap helaan nafasnya.
Seorang pelayan yang kemas berbaju kemeja putih dan berseluar slack hitam meletakkan secawan kopi di atas meja dengan penuh sopan dan tertib.
            “Enjoy your drink, sir.” Ujar pelayan itu sopan sebelum berlalu pergi meninggalkan Eddy sendirian. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir setengah jam dia menunggu di kafe ini namun bayangan Zaharah tetap tidak kunjung tiba.
            Kalau dah namanya perempuan, perempuan juga. Kalau bersiap pasti lama. Tadi mengata aku bersiap lambat mengalahkan anak dara, diri sendiri pun sama juga.
            Eddy mendengar bunyi loceng di pintu masuk kafe. Dia menoleh. Kelihatan Zaharah yang tampak anggun walaupun hanya berpakaian kasual melangkah ke arahnya. Eddy tersenyum melihat Zaharah. Macam berjanji pula mereka. Mengenakan pakaian dengan warna yang sedondon.
            “You are late.” Tegur Eddy sebaik sahaja Zaharah melabuhkan punggungnya bertentangan dengannya.
            “Sorry dear.” Balas Zaharah sambil menghela nafasnya dalam-dalam sebelum melepaskannya keluar. Dia kelihatan sedikit kepenatan.
            “You baru habis jogging keliling Bandar Chrischurch ke?” Soal Eddy sambil menyisip sedikit minumannya. Soalan yang lebih menjurus ke arah sindiran sebenarnya. “ Kalau ye pun you nak berjogging, janganlah berjogging waktu winter macam ni. Bukannya berpeluh pun, dapat penat je. Lemak you yang banyak tu pun tak akan terbakar.” Sela Eddy lagi.
            Ceh, nak sindir akulah tu. Tahulah aku datang lambat hari ni. Dasar mamat selenga. Zaharah tidak mengendahkan soalan Eddy itu sebaliknya dia memanggil pelayan Kafe untuk membuat pesanan.
            “Yes, Miss. Can I take your order?” Soal pelayan itu.
            “One hot chocolate please.” Jawab Zaharah sambil menyelak-nyelak menu di hadapannya. “You nak makan ke?” Tanya Zaharah kepada Eddy. Eddy mengelengkan kepalanya. “And one set sandwich. That’s all.” Sambung Zaharah lagi sambil menyerahkan menu di tangannya kepada pelayan tadi.
            “I repeat. One hot chocolate and one set sandwich. That’s all?”
            “Yes. That’s all. Thank you.”
            Sejurus selepas pelayan itu pergi, Zaharah pun mengukir senyum. “Tak handsome tapi cute.”
            Eddy yang sedang meneguk minumannya hampir tersedak apabila mendengar kata-kata Zaharah itu. “Pardon? What you say? Can you repeat it.”
            “I kata waiter tadi tu tak handsome tapi cute.” Perkataan terakhirnya itu sengaja ditekankan supaya kedengaran lebih jelas. Sengaja mahu bikin panas hati Eddy.
            Bagaikan terbakar rasanya hati Eddy tatkala itu apabila mendengar ucapan yang keluar daripada mulut Zaharah itu. Cuaca yang dingin hingga mencucuk-cucuk ke tulang hitam pun tidak dapat menyejukkan hatinya. Rona mukanya berubah. Masam mencuka. Zaharah mengukir senyum di dalam hatinya apabila melihat perubahan di wajah Eddy. Sukanya!!! Padan muka! Asyik nak kenakan aku je. Kali ini rasakan. Ting!!! Idea!
            Zaharah mengambil cawan minuman Eddy lalu diminumnya. Eddy yang melihatnya hanya membiarkan sahaja. Bukan perkara pelik untuk mereka berkongsi minuman mahupun makanan. Zaharah mengerutkan dahinya setelah meneguk minuman Eddy sedikit.
            “Why?” Soal Eddy apabila melihat kerutan yang menghiasi dahi Zaharah itu.
            “Kopi ni manis as usual.” Zaharah meletakkan kembali cawan itu di hadapan Eddy.
            “So?” Eddy tidak mengerti kata-kata Zaharah.
            “I ingatkan kopi ni masam tadi.”
            “I order kopi bukannya fresh orange. Kalau I order fresh orange, barulah masam rasanya.” Ada-ada jelah si Zara ni. Sejak bila pula air kopi rasa masam??? Pening kepala Eddy memikirkannya.
            “Dah tu kenapa muka you masam je? I ingatkan kemasaman air ni dah menurun kat you.” Ujar Zaharah selamba.
            Terkulat-kulat Eddy mendengar kata-kata Zaharah itu. Cuba untuk mengerti. Dan akhirnya… sah aku terkena lagi dengan Zara ni!!! Wahai hati, bersabarlah kamu.
            Eddy yang baru sahaja hendak membuka mulut untuk membalas kata-kata Zaharah tadi terpaksa mematikan niatnya apabila pelayan tadi menghantar pesanan mereka.
            “Enjoy your meal, Miss.”
            “Thank you.” Zaharah melemparkan senyuman yang sehabis manis kepada pelayan itu. Sengaja mahu membakar hati Eddy yang sudah memang terbakar. Hehehe… sudah ada bau hangit. Hati siapalah yang tengah rentung sekarang ni.
            “Satu hari berapa kilo gula yang you makan?” Soal Eddy sebaik sahaja pelayan itu hilang daripada pandangan mata mereka. Giliran Zaharah pula yang terkulat-kulat mendengar soalan Eddy itu.
            “Mean?”
            “Sugar is not good for your health.” Kias Eddy lagi.
            Zaharah tersenyum. Dia dapat menangkap maksud di sebalik kata-kata Eddy itu. “I tak makan gula banyak-banyak. I amalkan konsep kurangkan manis dalam makanan tapi lebihkan manis dalam senyuman. That’s why lah I ada senyuman yang paling manis. Kenapa? Jeleous ke?”
            “Hello… I nak jeleous kat you? Tunggu malam sikit.” Mulut kata tidak tapi dalam hati, tuhan ajelah yang tahu. Tapi, takkan nak mengaku kot. Tidak!!! Buat malu je.
            “Dah jeleous tapi tak nak mengaku. Kalau you tak jeleous kenapa muka you tadi masam macam cuka bila I kata muka waiter tadi tu cute?” Soal Zaharah. Sengaja mahu memprovok Eddy.
            “Yelah, yelah. I jeleous. Puas hati you sekarang?”
            Satu kosong. Menang!!! Zaharah mengukir senyum.
            “Let change our topic. Tak naklah cakap pasal benda ni lagi. You sengaja nak bakar hati I pagi-pagi ni tau.” Getus Eddy.
            “Last night, I tak boleh nak tidurlah. Rasa macam tak sedap hati je. Do no why?” Zaharah menukar topik perbicaraan mereka.
            Eddy mengerutkan dahinya. “Kenapa pula?”
            “Entahlah. I pun tak tahu.”
            “Mungkin sebab you takut nak berhadapan dengan family you. Tinggal dua hari je lagi kita nak pulang ke Malaysia.” Ujar Eddy memberikan alasan yang dirasakannya munasabah dan dapat diterima akal.
            “May be. Tapi I tetap rasa tak sedap hati. Macam ada benda yang tak kena je yang jadi.”
            “Tak payahlah difikirkan sangat. Mainan perasaan je tu. Nanti buat rungsing fikiran you je. InsyaAllah, tak ada apa-apa tu.” Pujuk Eddy.

2 ulasan:

bisikan hati berkata...

babak lucu yg diselitkan memg mencuit hati.rasa mcm baca komik pula.

bisikan hati berkata...

babak lucu yg diselitkan memg mencuit hati.rasa mcm baca komik pula.