PEMBUKA BICARA

Apa yang tertulis di laman blog ini datang daripada lubuk hati saya yang paling dalam dengan niat yang ikhlas. Untuk yang sudi mengikuti blog ini, terima kasih saya ucapkan dan untuk yang terguris hatinya dengan pengisian blog ini, salam kemaafan yang saya pinta. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya daripada diri saya sendiri. ~AYU AMRON~

Ahad, 8 Mei 2011

SATU-SATUNYA RATU DI HATIKU

Ibu, Umi, Mama, Mummy, Emak, Amma dan Bonda....
Tidak kisahlah gelaran apa sekalipun yang diberi,
Dia tetap satu-satunya ratu di hatiku,
Wanita terhebat di dalam hidupku.
Kerana apa?
Kerana memegang begitu banyak jawatan dalam hidupku,
Buktinya?
Menteri Kewangan kerana mengawal semua aliran kewanganku,
Menteri Pertahanan kerana sering mempertahankanku,
Menteri Pelajaran kerana menemaniku ke sekolah,
Menteri Kesihatan kerana menjagaku tika aku sakit.
Menteri Pengangkutan kerana sanggup menghantarku ke mana jua,
Kaunselor yang sangat memahamiku,
Pendengar setia kepada semua masalahku,
Hebat bukan?
Ibu...
Ibarat mentari yang menyinar di siang hari,
Ibarat rembulan yang menyuluh kelam pandanganku di waktu malam,
Ibarat bintang di langit yang kadang nampak yang kadang tidak,
Namun,
Aku tahu kalau bintang itu memang sentiasa ada di langit,
Untuk menceriakan hidupku dan hidup kita semua yang bergelar anak.
Ibu...
SATU-SATUNYA RATU DI HATIKU!!!!!!!!!

P/S: Mama, adik sayang mama sangat2....thank you so much because be such a great mum to me n abang. Thanks you coz always be on our side walaupun kita orang nakal n selalu kena marah n denda dengan ayah.
I luv u so........much mama

1 ulasan:

Alan Rizque berkata...

Selamat hari ibu..pengorbanan mereka sukar dinilai dengan wang ringgit..