PEMBUKA BICARA

Apa yang tertulis di laman blog ini datang daripada lubuk hati saya yang paling dalam dengan niat yang ikhlas. Untuk yang sudi mengikuti blog ini, terima kasih saya ucapkan dan untuk yang terguris hatinya dengan pengisian blog ini, salam kemaafan yang saya pinta. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya daripada diri saya sendiri. ~AYU AMRON~

Khamis, 14 April 2011

SEMPURNANYA CINTAMU

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_156266277748013&ap=1

Ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu, tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu. Ku kan selalu di sini untuk menunggumu.
            “Kenapa you tutup radio tu?” Soal Sandra. Panas hatinya dengan tingkah Samson yang mematikan radio saat dia sedang asyik menghayati lirik lagu penyanyi kegemarannya, Rossa.
            “I have something to tell you.” Ujar Samson.
            “Oh really? Me too…” Ujar Sandra sambil asyik memintal-mintal hujung rambut ikalnya yang separas bahu itu. “Erm… I’m pregnant.” Sambung Sandra lagi.
            “What? Are you kidding me?” Soal Samson. Dia bagaikan tidak percaya dengan berita yang baru sahaja disampaikan oleh Sandra. Bala! Ini memang bala! Jeritnya di dalam hati.
            Sandra mengeluarkan alat ujian kehamilan daripada tas tangannya lalu dihulurkan kepada Samson. Samson melihat alat itu. Jelas terpampang dua garisan yang berwarna merah jambu pada alat itu yang menandakan Sandra sah positif hamil.
            “Gugurkan.” Hanya sepatah kata itu sahaja yang keluar daripada mulut Samson.
            “Sam! You sedar tak you suruh I bunuh anak kita? This is our baby!!!”
            “Woo!!! Anak kita? Itu anak you! Bukan anak kita dan yang paling penting bukan anak I!” Perkataan terakhirnya sengaja ditekan oleh Samson agar jelas diperdengaran Sandra.
            “Sam! I tak pernah bersama dengan lelaki lain selain daripada you. Anak dalam perut I ni, anak you.” Ujar Sandra bersungguh-sungguh sambil menarik sebelah tangan Samson lalu dilekapkan ke perutnya dengan harapan lelaki itu akan mempercayainya.
            “Ok, ok. Fine!!! Anak ni anak I tapi I tak nak budak ni. So, I nak you gugurkan. Gugurkan!!!” Tempik Samson.
            “What???” Sandra terkejur dengan kata-kata Samson sehingga tanpa dia sedari dia telah memaut stereng kereta Samson.
Ponpon!!! Tit!!! Bang!!!
            “Doktor, how is my daughter?” Soal Tengku Sallehuddin dengan nada bimbang.
            “Tengku Sandra selamat. Selain daripada luka-luka kecil, dia hanya mengalami keretakan di kaki kirinya.”
            “Alhamdulilah.” Segera Tengku Sallehuddin dan isterinya, Puan Azwa memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana telah menyelamatkan satu-satunya puteri tunggal mereka.
            “Tetapi…”
            “Tetapi apa doktor?” Segera Tengku Sallehuddin memintas kata-kata doktor itu. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa bimbang dan resah.
            “Hentakan kuat yang dialami oleh Tengku Sandra sewaktu kemalangan tadi telah menyebabkan kandungannya sedikit berisiko dan lemah. Jadi, saya harap sepanjang tempoh kehamilan ini Tengku Sandra dapat berehat sepenuhnya.” Tercenggang Tengku Sallehuddin dan Puan Azwa mendengar penerangan daripada doktor muda itu. Lawak apakah yang cuba disampaikan oleh doktor muda itu.
            “ Maksud doktor anak saya mengandung?” Soal Tengku Sallehuddin.
            “Ya. Usia kandungannya sudah lebih kurang dua bulan.” Jawab doktor itu. Tengku Sallehuddin terpana seketika. Malunya bukan kepalang. Anaknya hamil tanpa nikah.
            “Sam! Sam!” Sandra meracau-racau. “Sam!!!” Jerit Sandra. Dia terjaga. Pandangannya sedikit berpinar. Dia memerhati keadaan sekeliling. Asing!!! Dekat mana aku ni? Soalnya sendiri di dalam hati.
            “Sandra dah sedar sayang.” Tegur Puan Azwa. “Bang, anak kita dah sedar.”
            “Mama, Sandra kat mana ni?” Soal Sandra kebingungan. Seingatnya tadi dia bersama Samson di dalam kereta.
            “Sandra kat hospital sekarang ni. Tadikan Sandra kemalangan.” Jawab Puan Azwa.
            “Kemalangan?” Soal Sandra lagi. Dia mengerutkan dahinya sambil cuba untuk mengingati apa yang telah terjadi. “Mana Samson, ma? Dia baik-baik aje kan?” Sandra cuba untuk bangun namun dihalang oleh Puan Azwa. “Mama please… tell me, Samson kat mana sekarang?” Gesa Sandra lagi sambil menangis teresak-esak.
Pang!!! Satu tamparan kuat singgah tepat di wajah Sandra. Sandra dan Puan Azwa sama-sama terkesima.
“Bang! Apa abang ni? Anak tengah sakit tu kan.” Puan Azwa menegur perbuatan suaminya itu.
“Sakit? Sakit dia je yang awak nampak. Sakit hati saya ni awak tak nampak? Tu… budak kat dalam perut tu, anak siapa?” Soal Tengku Sallehuddin sambil menunding jarinya ke arah perut Sandra. “Kenapa kau diam? Jawablah!!!” Tengking Tengku Sallehuddin. Hilang sudah kesabarannya hari ini. Satu-satunya anak yang dimilikinya kini menconteng arang ke wajahnya. “Samson? Budak ni anak Samson?” Soal Tengku Sallehuddin lagi sambil mengoncang kuat kedua-dua bahu Sandra. Sandra hanya mampu mengangguk lemah sambil menangis teresak-esak.
Pang!!! Satu lagi penampar Tengku Sallehuddin singgah ke wajah Sandra. Tangisan Sandra bertambah kuat.
“Abang!”
“Awak diam Azwa! Jangan awak cuba nak bela budak ni.” Tengku Sallehuddin memberi amaran kepada isterinya. “Nasib baik budak Samson tu dah mati, kalau tidak sekarang juga aku bunuh budak tu.” Tengku Sallehuddin melepaskan keluhan berat. Dipicit-picit kepalanya. Perkara ini harus diselesaikannya secepat mungkin. Kalau tidak nama baiknya akan tercemar. Tetapi persoalannya sekarang bagaimana dia harus menyelesaikan perkara ini? Qushairi Hafsyam!!! Nama itu tiba-tiba terlintas di benaknya. Hanya anak muda itu harapannya kini.
“Aku terima nikahnya, Tengku Sandra Nabilah Binti Tengku Sallehuddin dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah.” Dengan sekali lafaz sahaja, kini Sandra dan Qushairi sah bergelar suami isteri.
Qushairi memandang sekilas jam yang berada di pergelangannya. Sudah jam sebelas malam. Dia menebar pandang ke sekeliling rumah agam itu. Para tetamu yang hadir juga sudah beransur-ansur pulang.
“Kalau Shairi dan letih, pergilah naik atas. Berehat.” Saran Tengku Sallehuddin.
Tuk, tuk, tuk!!! Tuk, tuk, tuk!!! Shairi mengetuk pintu kamar tidurnya beberapa kali namun tiada sebarang sahutan dari dalam. Dipulasnya tombol pintu itu perlahan-lahan lalu dikuaknya sedikit. Pap!!! Beberapa buah bantal tepat mengenai mukanya.
“Siapa suruh kau masuk bilik aku?” Soal Sandra sambil bercekak pinggang. Qushairi tidak mempedulikan soalan itu sebaliknya dia mengutip bantal-bantal yang bersepah di atas lantai.
“Hoi! Kau pekak ke? Kenapa tak jawab soalan aku?” Soal Sandra lagi. “Aku nak kau keluar dari bilik aku sekarang juga.” Sandra menolak tubuh sasa Qushairi ke muka pintu.
“Abang tak akan keluar daripada bilik ni.” Jawabnya tenang.
“What? Abang? Hei, tak payahlah kau nak berabang-abang dengan aku. Naik loya tekak aku ni tahu tak bila dengar kau cakap macam tu. Sedarlah diri kau tu sikit. Kau tu hanya manager cabuk kat company bapak aku.” Bentak Sandra keras.
“Abang rasa sekarang ni, Sandra tu yang tak sedar diri.” Sela Qushairi.
“What?” Bulat mata Sandra mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Qushairi.
“Tahulah mata tu cantik. Tak payahlah nak bulatkan mata tu besar-besar kat depan abang. Sandra tu yang perlu sedarkan diri Sandra bahawa Sandra tu sekarang dah sah bergelar isteri kepada manager cabuk ni.” Perkataan ‘isteri’ itu sengaja ditekan Qushairi agar jelas diperdengaran Sandra.
“Kau!!!”
“Chop!!! Malam-malam macam ni parlimen pun dah tutup. So, kita sambung jelah perbahasan kita ni esok siang.” Pintas Qushairi sambil mula merebahkan tubuhnya di atas katil.
“Kalau kau tidur kat atas katil, aku nak tidur dekat mana?” Soal Sandra sambil tayang muka tidak puas hati kepada Qushairi.
“Katil nikan besar, tidur jelah kat sebelah abang. Tak pun tidur jelah kat dalam bathtub tu. Bolehlah sejukkan sikit hati yang tengah panas.” Balas Qushairi selamba. “And one more thing, tolong senyap. Abang nak tidur.” Sambungnya lagi.
“Kalau tak?” Sengaja Sandra ingin mencabar Qushairi.
“Sekarang Sandra pilih, Sandra nak senyap atau Sandra nak abang cium mulut tu untuk buat Sandra senyap. The choice is in your hand, my darling.” Ugut Qushairi. Sandra mendengus perlahan lalu merebahkan dirinya di sisi Qushairi sambil menjadikan bantal sebagai sempadan mereka. Matanya semakin lama semakin berat dan akhirnya dia terlelap sendiri.
“Sandra! Bangun Sandra. Dah subuh ni.” Qushairi mengejutkan Sandra perlahan.
“Apa ni? Kejut orang pagi-pagi. Ngantuklah.” Sandra segera menaikkan selimut untuk menutupi wajahnya. Qushairi merentap selimut itu daripada Sandra. “Apa ni?” Soal Sandra.
“Baik Sandra bangun sekarang, bersiap dan solat subuh dengan abang. Kalau Sandra degil juga, abang akan cium Sandra.” Ugut Qushairi. Dengan wajah kelat dan hati yang separuh rela, Sandra akur juga dengan arahan Qushairi.
Usai mengerjakan solat, Sandra duduk termenung di birai katil. Dia menghitung hari. Sudah enam bulan dia bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama Qushairi Hafsyam. Dalam tempoh enam bulan itu juga, hidupnya mula berubah. Dia mula mengerjakan solat, memakai pakaian yang sopan dan belajar memasak. Sandra tersenyum sendiri apabila mengenangkan ini semua adalah merupakan berkat ugutan ciuman daripada suaminya. Pandangannya jatuh ke perutnya yang sedang sarat. Senyumannya mati di situ. Dia teringatkan bait-bait doa suaminya lewat malam tadi.
“Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah dan hanya kepadaMu sahajalah aku memohon dan meminta. Ampunkanlah dosaku, isteriku dan kedua-dua orang tua kami. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk terus mempertahankan perkahwinanku dan memimpin isteriku ke jalan yang direhdaiMu kerana sesungguhnya aku sangat-sangat mencintainya. Dan berikanlah kami anak-anak yang soleh dan juga solehah. Amin!!!”
Menitis air matanya di sebalik selimut saat dia mencuri dengar doa suaminya lewat malam tadi. Kini, baru dia sedar bertapa besarnya pengorbanan dan cinta suaminya dan bertapa tingginya juga harapan suaminya untuk memiliki anak-anak yang soleh. Anak? Sandra memegang perutnya. Tidak! Tidak!!! Anak ini tidak layak lahir ke dunia. Qushairi tidak boleh menerima anak ini. Tidak! Tidak!!! Sandra bermonolog sendiri dan akhirnya dia memukul-mukul perutnya sekuat hati. Qushairi yang baru sahaja pulang dari pejabat terkejut melihat adegan itu.
“Ya Allah! Mengucap Sandra. Apa yang awak buat ni?” Qushairi berusaha sedaya mungkin untuk menghalang Sandra dari terus memukul perutnya.
“Budak ni tak patut lahir. Biarkan dia mati!” Balas Sandra sambil terus memukul perutnya.
Pang!!! Satu tamparan hinggap di pipi kanan Sandra. Sandra menangis teresak-esak lalu Qushairi merangkul Sandra ke dalam pelukannya.
“Bayi ini tak salah. Dia tak tahu apa-apa dan dia berhak untuk hidup. Kita tak layak untuk merampas hak itu.” Pujuk Qushairi lembut sambil mengucup dahi isterinya. Sandra terpana. Hatinya jadi nyaman. Tidak pernah dia merasakan hatinya senyaman ini. Tiba-tiba, Sandra merasakan belakang pinggangnya sakit bagaikan ditusuk-tusuk manakala perutnya pula memulas-mulas. Sakit yang teramat sangat. “Abang… sakit!” Rintih Sandra.
“Tahniah Encik Qushairi. Baby girl.” Ujar doktor yang merawat Sandra sambil berjabat tangan dengan Qushairi. “Sekarang, encik boleh jumpa isteri dan anak encik.” Tambah doktor itu lagi sebelum pergi meninggalkan Qushairi dan Sandra di wad VVIP itu.
“A…a…bang.” Sandra bersuara lemah. “Sandra dah selamat melahirkan. Abang tentu nak ceraikan Sandra sekarang kan?”
“Apa yang Sandra merepek ni? Demi Allah, tak pernah terlintas langsung di fikiran abang ni nak ceraikan Sandra.”
“Tapi Sandra tak layak jadi isteri abang. Abang terlalu sempurna untuk Sandra.” Tungkas Sandra.
“Apa pun yang terjadi abang tetap akan jadi suami Sandra sampai ke helaan nafas abang yang terakhir.” Ujar Qushairi.
“Terima kasih bang sebab sudi terima Sandra seadanya. Sandra janji dengan abang yang Sandra akan sayang, kasih dan cintakan abang sampai akhir hayat. Sandra janji bang.” Ujar Sandra sambil mengucup lembut tangan Qushairi. Qushairi menyeka air mata yang berlinangan di pipi Sandra dengan jari kasarnya.
“Bonda!” Seorang kanak-kanak perempuan sedang melambai-lambaikan tangannya kepada Sandra. “Tadi uncle Iqram datang. Dia suruh Jasmine serahkan bungkusan ini kat bonda.” Tambahnya lagi. Bungkusan itu kini bertukar tangan. Sandra membukanya, terdapat sebuah tafsir Al-quran dan juga seutas tasbih di dalamnya. “Bonda, tu ada surat di dalamnya.”
Salam yang teristimewa buat isteriku yang tercinta. Saat Sandra menerima warkah ini, abang telah pun selamat pergi ke alam baqa’. Terima kasih kepada Sandra kerana memberi abang kesempatan untuk merasa nikmat bergelar seorang suami dan juga ayah. Masih ingat janji abang kepada Sandra? Janji bahawa abang akan tetap menjadi suami Sandra hingga ke helaan nafas yang terakhir. Abang telah lunasi janji itu. Sandra juga pernah berjanji bahawa Sandra akan tetap sayang, cinta dan kasihkan abang hingga ke akhir hayat. Kalau benar Sandra sayangkan abang, Sayangilah Jasmine sepenuh hati dan berikanlah dia pendidikan dunia dan akhirat yang sempurna. Kalau benar Sandra cintakan abang, buktikanlah cinta itu dengan mencintai agama Allah. Kalau benar Sandra kasihkan abang, kasihkanlah juga junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Buat terakhir kalinya abang titip ciuman dan pelukan untuk puteri kita, Jasmine dan untuk Sandra, abang titipkan barang-barang ini. Gunakanlah sebaik mungkin untuk mencari cinta yang sempurna di sisiNya.
Sekian, wasalam.
Suamimu… Qushairi Hafsyam
            Usai membacanya, Sandra mendakap erat Jasmine. ‘Terima kasih bang untuk segalanya. Sesungguhnya, selain daripada cintaNya, cinta abang adalah yang paling sempurna untuk Sandra.’

3 ulasan:

AYU AMRON berkata...

hai readers....ini cerpen pertama saya di blog ini..harap u all semua suka ye. Actually draf sebenar cerita ini lebih panjang tetapi terpaksa diedit semula untuk memenuhi syarat pertandingan yg tlh ditetapkan oleh pihak penganjur. walaubagaimanapun slps pertandingan ini tamat, insyaAllah saya akan masukkan cerpen ini semula dengan draf asal=)

siti berkata...

terharu sy bca cite ni..
ada gak org yg baik cam qushairi tu..
best cite ni...

AYU AMRON berkata...

terima kasih siti sb sudi membaca dan mengomen cerita saya :)
harap anda boleh terus sokong cerita saya